Followers

08/04/2013

20 AkuJanji Najib

1. BR1M untuk isi rumah sebanyak RM 1,200 dan BR1M untuk bujang sebanyak RM 600.

2. Baucar Buku 1 Malaysia RM 300 dan Bantuan Persekolahan RM 150.

3. Penurunan harga kereta secara berperingkat antara 20% hingga 30%.

4. Membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah PR1MA.

5. Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

6. Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

7. Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

8. Mengurangkan bayaran tol antara Bandar secara berperingkat-peringkat.

9. Mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan baru.

10. Menyediakan lalauan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

11. Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

12. Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

13. Memperuntukkan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

14. Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

15. Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

16. Melaksanakan Aku Janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

17. Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam.

18. Berjuang untuk penubuhan sebuah Negara Palestin.

19. Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

20. Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Selatan Thailand dan lain-lain kawasan.

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...