Followers

15/04/2013

Sidang Media Penguman Calon Pilihan Raya

Salam 1Malaysia, 

PM Najib baru sahaja selesai mengadakan sidang media di PWTC selepas bermesyurat dengan semua wakil komponen parti Barisan Nasional. 

NAJIB UMUM 'PASUKAN TRANFORMASI' - PENTING UNTUK MEMBAWA BARISAN NASIONAL KE TAHAP BARU

Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato' Seri Najib, telah menyerahkan senarai akhir calon-calon Barisan Nasional PRU13 kepada semua parti-parti komponen pagi tadi. Kesemua Pengarah Jentera PRU Negeri juga telahpun diberikan watikah yang akan diumumkan secara rasmi esok. 
Dato' Seri Najib juga mengumumkan bahawa seramai 33 % calon BN di peringkat Parlimen adalah muka baru. 49 % di peringkat DUN juga adalah di kalangan muka baru yang mampu menggalas amanah untuk kemenangan dan kejayaan BN. 
PM tidak menolak bahawa ada muka lama yang dikekalkan - khusus untuk memberi pengalaman kepada barisan kabinet yang bakal ditubuhkan nanti. 
PM Najib berharap agar rakyat dapat menilai pencalonan ini secara 'menyeluruh' - pasukan ini bakal menggalas amanah untuk memenuhi perkara yang dijanjikan di dalam akujanji manifesto BN.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...