Followers

20/11/2014

Panduan Telefon Mengenai Banjir Di Negeri Terengganu


TERENGGANU, Bagi kemudahan orang ramai mendapatkan perkembangan semasa mengenai banjir di negeri Terengganu dan juga bantuan, boleh menghubungi di talian berikut:-
PANDUAN TELEFON INFO BANJI NEGERI TERENGGANU

11/11/2014

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Sertai Kursus Anjuran Biro Tatanegara?

video

Bosan dengan tohmahan pembangkang kononnya Biro Tata Negara (BTN) menganjurkan kursus berunsurkan perkauman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semalam mencabar Ahli Parlimen Pas dan DAP menghadiri kursus berkenaan.

Menurut Razali, sehingga kini, kursus BTN sudah dihadiri lebih sejuta peserta dan agak mustahil untuk menyembunyikan tuduhan itu jika benar ianya wujud dalam kursus anjuran kerajaan itu.

“Kita buat kursus yang melibatkan hampir satu juta orang pada 2013...boleh sembunyikan rahsiakah hendak latih setuja orang ini?

“Zaman sekarang mana boleh sembunyi (kandungan kursus), program tengah jalan orang sudah boleh tweet,” katanya menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2015 Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di sini, malam semalam.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah apabila Ahli Parlimen Sepang-Pas, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Beruas-DAP, Ngeh Koo Ham mencelah penggulungan Razali dengan mendakwa mereka menerima aduan mengatakan kursus BTN menyerapkan sentimen perkauman.

Razali kemudian mencabar mereka mengemukakan bukti tetapi Ngeh pula meminta timbalan menteri itu memberikan silibus kursus anjuran BTN.

Bagaimanapun timbalan menteri itu menempelak ahli-ahli parlimen pembangkang yang kerap memutar belit penjelasan kerajaan dengan menyatakan sebaliknya di luar Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Razali menegaskan seseorang itu akan bersikap perkauman tanpa perlu menghadiri kursus BTN.

Beliau memberi contoh seperti mana yang dilakukan Ahli Parlimen Seputeh-DAP, Teresa Kok sebelum ini yang dengan sengaja menerbitkan video satira Tahun Baharu Cina.

“Seputeh tidak perlu pergi ke BTN tetapi boleh buat video perkauman,” katanya.

SUMBER

Wanita Cemerlang Terima Anugerah

Seramai 47 tokoh wanita daripada pelbagai bidang menerima anugerah Malaysian Women of Excellence Awards 2014 yang julung kali diadakan.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu bagi meraikan wanita cemerlang dan merupakan acara terbesar dalam mengiktiraf peranan wanita yang memberi sumbangan besar dalam bidang masing-masing.

Antara yang menerima anugerah berkenaan adalah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Ali; aktivis kemasyarakatan dan sosial, Datin Paduka Mother A. Mangalan; Ratu Squash Negara, Datuk Nicol Ann David dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Anugerah yang dibawakan oleh pertubuhan eksklusif, Event Port Sdn. Bhd. Itu melantik 7 orang juri bagi memilih pemenang yang layak daripada 2,000 pencalonan.

Penerima anugerah dipilih berdasarkan visi, kepimpinan, pencapaian, persembahan korporat dan hubungan komuniti.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis turut dihadiri Pengerusi Event Port, Datuk Idrus Mohd. Satha.

04/09/2014

Pejabat PKR Terima Surat Dari Istana Selangor

KENYATAAN MEDIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

3 September 2014


Sent from Samsung Mobile

02/08/2014

Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad MahaFiraun?

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenar?

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti......

Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel.

Tun Dr Mahathir Mohamad....

1.Dialah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

30/07/2014

Fakta Kekuatan Pakatan Rakyat Yang Perlu Diketahui

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR

25/07/2014

Dimana Keadilan Sebenar POLIS?

TEGAS, ADIL, BERHEMAH


Apakah Wujud SOP Diskriminasi Perkauman Ketua Polis Negara dan Peguam Negara?

Dimana keadilan sebenar?

Ketika ini, bagai sebuah wabak yang melanda, rata-rata komen yang melimpahi ruang-ruang perkongsian maya sedang sibuk berbicara tentang integriti dan kredibiliti dua orang tokoh yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin amanah memegang kuasa menjalankan keadilan di dalam negara.Rata-rata komen dan perkongsian di dalam maya sedang menyambut dengan penuh ‘gembira’ kecekapan Polis DiRaja Malaysia di bawah KPN sekarang Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pejabat Peguam negara dalam menghantar Kiki Kamaruddin, mangsa provokasi lisan seorang rasis tua, ke muka pengadilan. Perbuatan mencetuskan kemarahan mendadak tidak lagi dipertimbangkan sebagai asbab amukan wanita malang tersebut. Walaupun beliau sudah memohon maaf secara live melalui media-media, permohonan maafnya tidak membawa apa-apa erti kepada kamus keadilan KPN yang seharusnya buta warna.
Dalam tempoh tidak sampai 5 hari, tanpa sebarang laporan polis, beliau ditahan, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan dan dihukum oleh Mahkamah. Hanya dengan KPN menonton video amukan yang dilakukannya tanpa mencederakan sesiapa melalui aplikasi telefon pintar, ia sudah cukup untuk KPN menggerakkan jentera-jentera kepolisan dengan kelajuan halilintar untuk menyegerakan proses keadilan. Hebat! Super Hebat!
Tahniah Ketua Polis Negara. Justice delayed is justice denied. Rata-rata, penduduk negara kagum dengan keupayaan halilintar selektif kerjasama antara Pejabat Peguam Negara dan PDRM dalam isu ini.
Tetapi kecekapan kerjasama pada tahap halilintar ini menimbulkan satu bentuk misteri yang asing. Kes Kiki Kamaruddin ini dan kes Presiden ISMA sebelum ini melibatkan pihak yang menjawab provokasi perkauman yang dicetuskan pihak lain. Yang melakukan provokasi terlepas, tetapi yang menjawab provokasi cepat pula dikenakan tindakan. Apakah kerana mereka Melayu dan beragama Islam, maka dikirimkan pasukan elit halilintar yang mampu mencapai kerjasama antara Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk membawa mereka ke muka pengadilan dengan sepantas mungkin.
Rakyat Malaysia sudah mula terhidu sesuatu. Seolah ada pendekatan selektif. Jika kamu Islam dan Melayu maka, kecenderungan untuk keadilan dikuatkusakan ke atas kamu akan berlaku dengan pantas. Tetapi jika kamu bukan Islam, maka kamu boleh lakukan apa sahaja. Setiap laporan polis, tidak akan membawa apa jua bentuk tindakan. Jika ada pun usaha untuk mengenakan tindakan, satu dua panggilan telefon daripada pihak tertentu sudah cukup untuk menghentikan Mahkamah yang baharu hendak bersidang, terpaksa berhenti melakukannya kerana penangguhan dakwaan atas sebab-sebab tertentu. Ini terlah berlaku di hadapan mata dan deria rakyat Malaysia. Ks RSN Rayer satu contoh yang baik. Rakyat mula teringat satu persatu kes-kes yang sehingga kini belum mendapat pengadilan yang sepatutnya.
KPN & AG, apa cerita pula dengan kes Patrick Teoh yang melakukan provokasi menghina Islam dua tahun lepas? Kenapa tidak dikirimkan pasukan halilintar tuan untuk membawa penghina dan pemprovokasi ini ke muka pengadilan? Atas apa alasan kesnya didiamkan? Apakah kerana dia telah memohon maaf di dalam laman sosialnya, maka dia dilepaskan? Bukankah Kiki Kamaruddin juga telah memohon maaf, malah permohonan maafnya lebih kelihatan penyesalan yang ikhlas berbanding permohonan maaf Patrick Teoh ini? Jadi kenapa ada beza layanan perjalanan keadilan di dalam kes ini?
KPN dan AG, bagaimana pula dengan kes Namewee yang sudah berusia 7 tahun tanpa diambil sebarang tindakan?
Apa pula kisahnya dengan penghina dan penggugat ketenteraman awam yang mencetuskan provokasi agama sebagaimana yang telah dilakukan oleh Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvavi)? Seolah seluruh sistem keadilan melumpuh bila berhadapan dengan mereka berdua.Bagaimana pula dengan kes Pengetua Sekolah Cina yang mengugut bunuh salah seorang guru mualaf di Johor hanya kerana dia bertegad memakai tudung? Kenapa tiada sebarang tindakan? Apakah kerana dia telah ‘memohon maaf’ maka tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. Sedangkan terang-terang mereka ini membuat salah dengan niat!!!
Sampai bila ISLAM dan MELAYU hendak DIPERBODOHKAN OLEH KPN dan AG???

Bengang Dengan Negara Israel, Pemain Jadi Mangsa


LONDON - Kelab bola sepak Israel, Maccabi Haifa mengharungi perlawanan pra-musim yang menakutkan di Austria semalam, apabila pemain-pemain mereka diserang oleh sekumpulan penonton yang melepaskan kemarahan ke atas keganasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

Dalam perlawanan tersebut, kelab Perancis, Lille sedang mendahului 2-0 sebelum permainan terpaksa dihentikan pada minit ke-86 selepas penonton memasuki padang dan mula menyepak serta menyerang pemain-pemain Maccabi.

Jurulatih Maccabi, Aleksander Stanojevic cuba melawan kumpulan penyokong tersebut, namun dia ditumbuk di muka semasa pergelutan berlaku.

Pihak keselamatan cuba untuk meleraikan kekecohan, sementara pemain Maccabi bertempiaran lari memasuki terowong menuju ke bilik persalinan mereka.

Perlawanan tersebut diadakan di Austria selepas Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) melarang Israel untuk menjadi tuan rumah sejak bulan lalu ekoran pergolakan yang berlaku di negara itu. - AGENSI

23/07/2014

Najib Bentang Usul Tragedi Malang Pesawat MAS #MH17


Pembentangan Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS, 
MH17 Pada 17 Julai 2014,
Di Bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat
Oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
Pada 23 Julai 2014

Tuan Yang Dipertua,

1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.

2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.

3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.

4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.

5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.

6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.

7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu
Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.

8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pernyataan Takziah dan Belasungkawa 

Tuan Yang Dipertua,

9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.

10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.

11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.

Fakta-Fakta Mustahak 

Tuan Yang Dipertua,

13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.

14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
Belanda- 192 orang
Malaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia- 27 orang Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman- 4 orang
Belgium- 4 orang
Filipina- 3 orang
Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada- 1 orang
New Zealand- 1 orang
Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.

Tuan Yang Dipertua,

15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.

16. Sebagai contoh, lima belas daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.

17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari. Malah, 2 hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.

18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.

19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).

20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.

21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.

Tuntutan dan Gesaan Malaysia 

Tuan Yang Dipertua,

22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.

23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.

24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.

25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu: Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar. Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.

26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.

27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.

Tuan Yang Dipertua,

28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.

29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.

30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.

32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

Kejayaan Tiga Persetujuan 

34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.

35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, “sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.

36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.

37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu: i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi. ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut. iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.

Solidariti dan Perpaduan 

Tuan Yang Dipertua,

38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.

39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.

40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.

41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.

42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.

Penutup 

Tuan Yang Dipertua,

43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.

44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?

45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.

46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.

47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?

48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.

49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.

50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.

51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.

52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.

53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.

Tuan Yang Dipertua,

54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.

55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.

Tuan Yang Dipertua,
saya mohon mencadang.
Sekian, terima kasih.

10/07/2014

Doa Qunut Nazilah #PRAY4GAZA




#PRAY4GAZA Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ اْلِكتَابِ ، سَرِيْعَ الْحِسَابِ ،اِهْزِمِ الإْحْزَابَ ،اللَّهُمَّ اِهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ

Allaahumma munzilal-kitaab, Saree’al-hisaabi, Ihzimil-‘ahzaaba, Allaahumma ihzimhum wa zalzilhum

Ya Allah yang menurun kitab (Al-Quran), Yang cepat pembalasannya, Ya Allah hancurkanlah tentera al-Ahzab, Hancurkanlah dan goncangkanlah mereka (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

O Allah The Revealer of The Book (Al-Quran), The Most Immediate in Judgement, O Allah please destroy the Ahzab, Destroy and shake them (Narrated by Bukhari and Muslim)

Doa di atas adalah salah satu doa yang thabit dari hadith Nabi salallahu alaihi wassalam yang boleh diamalkan di dalam qunut nazilah. Doa ini diambil dari kisah Nabi yang telah berdoa ke atas musyrikin yang berpakat dengan Yahudi memusuhi umat Islam di dalam Perang Khandaq. Allahua'lam - [Admin]

23/06/2014

Mahkamah Tolak Permohonan Rayuan Gereja Katolik Dalam


Pertikaian kalimah Allah dalam The Herald selesai, mahkamah tolak permohonan Gereja Katolik
Pertikaian dan perebutan pengunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, The Herald sejak tahun 2009 berakhir apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Geraja Katolik untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, The Herald hari ini.
Dalam penghakiman 7 panel yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu empat hakim menolak permohonan rayuan Geraja Katolik sementara tiga lagi menyokong.

Keputusan dibuat selepas mendengar penghujahan pihak Gereja Katolik dan kerajaan serta majlis agama Islam pada 5 Mac lalu.

Empat hakim yang menolak permohonan Gereja Katolik adalah Arifin, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar

Sementara hakim yang menyokong rayuan adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. 

Peguam yang mewakili pihak kerajaan, Datuk Zainol Rijal Abu Bakar berkata, keputusan dibuat selepas panel hakim meneliti 28 persoalan yang dikemukakan kepada Mahkamah Pesekutuan untuk dijawab.
"Selepas penelitian dibuat terhadap 28 persoalan itu, majoriti hakim berpendapat permohonan Gereja Katolik untuk merayu tidak memenuhi Seksyen 96 untuk permohonan mereka didengar," jelas Zainol Rijal yang ditemui selepas prosiding mahkamah selesai. 

Keputusan yang diumumkan pada kira-kira 10.15 pagi itu disambut dengan penuh syukur kira-kira 300 penganut Islam yang berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman di sini sejak seawal tujuh pagi tadi.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada 16 Februari 2009 apabila pihak Gereja Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja Katolik menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik, The Herald adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Akhbar mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Melayu namun pihak kerajaan dan majlis agama Islam berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Melayu, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald.

Pada Julai 2013, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald

Pada 22 Ogos 2013 Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.

Pada 14 Oktober 2013 panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh membuat keputusan menghalang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah selepas mendengar hujah rayuan pihak kerajaan dan beberapa majlis agama Islam negeri pada 10 September 2013.-UTUSAN ONLINE

08/05/2014

RM100 Ribu Kepada Ikon Patriotik

video

Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Program Aku Ikon Patriotik (Aku IP)  yang bertemakan “Anak Malaysia Jiwa Merdeka”. Program ini  bertujuan menyegarkan semula semangat Patriotik selain melonjakkan kesedaran, penghayatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya Belia di seluruh negara.


Program Aku IP melibatkan pelbagai aktiviti bercorak sukan, kebudayaan dan sebagainya melalui gabungan elemen kenegaraan dan patriotisme. Pengembaraan Aku IP ini akan melibatkan 28 orang belia terpilih seluruh negara. Setiap negeri akan diwakili oleh dua orang peserta. Program akan berlangsung selama 33 hari bermula 14 Ogos hingga 17 September 2014.

Syarat-Syarat Penyertaan :
·         Warganegara Malaysia
·         Berumur 21-40 tahun
·         Keutamaan penyertaan adalah kepada pasukan berbilang bangsa.
·         Dua orang setiap kumpulan (dari negeri yang sama)
·         Mempunyai daya kecergasan dan kreativiti


Untuk maklumat lanjut boleh boleh terus ke :


30/04/2014

'Bukti Felda Jual Minyak Sawit Mentah (MSM) Ke Israel'



Felda Menang Saman!

KUALA LUMPUR 30 April - Mahkamah Tinggi KL hari ini memerintahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah dan empat yang lain membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini selepas konglomerat perladangan itu menang tuntutan samannya terhadap mereka.

Felda memfailkan saman itu pada 7 Januari 2013 ekoran ucapan Mazlan dalam satu perhimpunan haram di hadapan pejabat Felda pada 23 November 2012 yang turut disiarkan dalam akaun laman sosial Facebook beliau bertajuk 'Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel'.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong bagaimanapun memutuskan kes Felda terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ditolak setelah defendan pertama itu berjaya membuktikan kenyataan pembelaannya bahawa kenyataan tersebut dibuat di bawah perlindungan dan suatu komen yang berpatutan. 



SUMBER


25/04/2014

Bajet Tambahan Parlimen Pekan Di Dedah

video

Pendedahan ini di buat oleh rafizi yang cuba menyerang PM Najib dengan membuta tuli.

Tetapi rafizi terlupa di Parlimen Permatang Pauh dalam tempoh 8 tahun terdapt 29 kali bajet tambahan.

Nilai sendirilah......

22/04/2014

Anwar Reka Hadith Demi Politik Menjadi PM


Komen Abu Aqif: Posting sebelum ini Anwar Ibrahim mendapat kecaman hebat dari orang Islam di Malaysia kerana sekali lagi beliau dirakam melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh. Lihat di sini

Seperti yang telah dijelaskan perbuatan tersebut adalah berdosa. Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa perbuatannya itu sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang asalnya sahih namun telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan di ceramah Pakatan Rakyat pada 20 haribulan yang lalu seperti dalam rakaman di atas.

Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:

Dari ‘Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan Qaid bin Sa’d pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di hadapan mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua: “Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan Ahludz-Dzimmah. Mereka berkata: “Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah di hadapan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri. Dikatakan kepada beliau: ‘Sesungguhnya ia adalah <b>jenazah orang Yahudi</b>’. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Bukankah ia juga manusia” [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim no. 960, An-Nasaa’iy no. 1921, dan yang lainnya].

Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada sahih atau lemah namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi menundukkan kepala kepada mayat yahudi tersebut. Lihat perbahasan ilmiah seputar hadith Nabi berdiri hormat jenazah di sini.

Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu pendustaan ke atas Nabi dengan memalsukan hadith baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika ianya melibatkan pendustaan ke atas Nabi. Kami menasihatkan supaya Anwar Ibrahim bertaubat, menarik balik kata-katanya. 

Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh, maka beliau sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah memberi amaran yang sangat keras berkenaan hal ini:

“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]

Lihat artikel berkaitan larangan menyebarkan hadith palsu di sini.

Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Dan kami memohon JAKIM atau pihak berkuasa mempercepatkan proses mewartakan undang-undang berkenaan isu hadith ini. 

Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual tersebut. Jika kita mempraktikkan tuntutan agama Islam dengan tidak tunduk sembah mayat Karpal Singh, tidak bermakna kita tidak menghormati agama mereka. 

Allahua'lam...



18/04/2014

PAS Seru Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Karpal Singh

SEPATUTNYA PAS GEMBIRA DENGAN KEMATIAN MUSUH ISLAM


GEMBIRA DENGAN KEMATIAN MUSUH ISLAM TERDAPAT DI DALAM SUNNAH

Berikut pandangan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Prof Madya Dr Aznan Hasan berhubung sikap yang sepatutnya diamalkan oleh umat Islam:

"Merasa kegembiraan dengan kematian mereka yang memusuhi Islam (atau undang-undang Islam), apatah lagi dengan permusuhan dan penentangan yang terancang adalah warid di dalam sunnah.

Menyamakan ini (memuji mendiang Karpal) dengan penghormatan Nabi Muhammad ke atas jenazah Yahudi adalah suatu qiyas yang tidak tepat sama sekali.

Yahudi tersebut adalah seorang yang tidak memerangi Islam, bahkan beliau merupakan seorang warganegara di dalam negara Islam Madinah.

Dua perbezaan yang tidak boleh disamakan sama sekali. Apatah lagi untuk menyamakan beliau dgn Abu Talib. Subhanallah, di mana persamaannya?

Untuk menyatakan RIP (rest in peace) kepada seorang kafir yang meninggal dunia, di mana semasa hayatnya adalah secara konsisten menentang Islam (atau hukum-hukum Islam) adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Apatah lagi untuk mengucapkan (menghadiahkan bacaan) Surah AlFatihah. Secara hukum-hakam syaraknya, kita sudah tahu ke mana akhirannya di sana.

Umat Islam perlu jelas hukum-hakam syarak dan tidak sepatutnya bersifat apologetik dalam hal ini."




05/04/2014

Rosmah Mansor Maki Budak Edit Dan Post Gambar?

Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah Mansor kepada seorang budak yang telah membuat poster beliau di Facebook.

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara". Salam - Rosmah Mansor

Poster yang telah di buat oleh budak yang di maksudkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.


31/03/2014

Nik Aziz Mengaku Bukan Maksum

 

Sesuatu yang amat jarang dilihat di kalangan pemimpin Melayu ialah 'meminta maaf'.  Hampir dalam semua keadaan para pemimpin politik Melayu cukup sukar melafazkan maaf biarpun kesalahan tersebut begitu jelas dan sudah pun diketahui umum. 

 

Sekiranya kesalahan mereka terdedah lalu kalah bertanding atau dikenakan tindakan, kebanyakan mereka mengambil sikap memberontak serta berdendam ke atas pihak yang mendedahkannya atau yang telah mengalahkan mereka.  Sama sekali mereka tidak merasa bersalah, jauh sekali mengaku salah dan selamanya tidak akan mengalah.  Sebolehnya, mereka akan menafikan kesalahan biarpun ia bermakna menghancurkan segala-galanya. 

 

Antara pemimpin Melayu yang biasa kita dengar mengaku salah ialah Tun Mahathir yang pernah meminta maaf kerana gagal mengubah pemikiran orang-orang Melayu.   Dan pada hujung minggu lalu, seorang lagi pemimpin Melayu iaitu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, telah meminta maaf kepada rakyat atas segala kesalahan atau kegagalannya selama menjadi Menteri Besar Kelantan.

 

Nik Aziz telah menitiskan air mata ketika memohon maaf dalam kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka bersebelahan rumahnya.   Dalam permohonan maafnya, beliau mengandaikan segala penyakit yang ditanggungnya kini adalah kifaarat dosa selama memerintah Kelantan. 

 

Kita pasti, rakyat Kelantan yang selamanya mengagungkan Nik Aziz sedia memaafkan segala kesalahan pemimpin mereka itu. 

 

Namun, dalam masa yang sama, tidak mustahil mereka juga merasa musykil akan apakah kesalahan Nik Aziz terhadap mereka.  Ini kerana, selama ini Nik Aziz dianggap mereka sebagai maksum, bertaraf wali keramat dan tidak boleh dikritik. 

 

Bagi Nik Aziz untuk menitiskan air mata meminta maaf, menunjukkan betapa beliau benar-benar insaf dan sedar akan kesalahannya.  Nik Aziz pasti tahu fatwa apa yang pernah dikeluarkannya bertentangan dari ajaran Islam.  Nik Aziz juga tahu apa yang telah dilakukannya sehingga menyebabkan tanah negeri Kelantan tergadai kepada pemimpin DAP.  Nik Aziz juga tahu apa yang telah tidak dilakukannya sehinggakan rakyat Kelantan tidak mampu mendapat bekalan air yang efisien dan bersih biarpun beliau telah memerintah sehingga lebih dua dekad. 

 

Begitu juga maksiat dan keruntuhan moral di kalangan rakyat Kelantan yang mencatatkan statistik tertinggi tetapi di masa yang sama sering menyalahkan kerajaan BN atas masalah sosial dalam negara.  Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kemiskinan tertinggi serta tidak mampu menjana kewangan sendiri sehingga memerlukan bantuan dari kerajaan pusat saban tahun, tetapi di masa yang sama pemimpin negeri itu terus menghentam dan mencela kerajaan pusat sebagai zalim. 

 

Dalam keadaan kufur, pemimpin Kelantan tega merujuk kepada negeri itu sebagai Serambi Mekah, sekali gus memburukkan nama Islam dan tanah suci umat Islam itu.  Selama itu juga, fitnah dan hamun terhadap BN serta riak dan takbur atas 'keIslaman' sendiri menjadi cara hidup pengikut-pengikut Nik Aziz. 

 

Akibatnya, perpecahan ummah semakin hari semakin kronik.  Nik Aziz bukan sahaja berdegil enggan menyambut salam perpaduan UMNO, malah menolaknya pula dengan fitnah kononnya UMNO tidak ikhlas dan UMNO tidak Islam. 

 

Walaubagaimanapun, segala apa yang berlaku ini kini dengan sendirinya terhapus dek air mata keinsafan Nik Aziz.   Maka pada hari ini, penyokong-penyokong Nik Aziz dan juga penganut PAS wajib menerima hakikat bahawa Tok Guru yang mereka puja selama ini, bukan maksum. 

 

Bukalah mata dan terimalah hakikat bahawa pemerintahan PAS atau pemerintahan Tok Guru itu bukan sahaja tidak lekang dari melakukkan kesilapan, malah jauh lebih buruk dan teruk lagi dari pemerintahan mereka yang tidak bergelar Ulama. 

 

Sedarlah bahawa agama bukan untuk dipolitikkan untuk merebut kuasa memerintah negeri tetapi untuk diamalkan di dalam hati sanubari.  Agama bukan untuk dipertontonkan atau dipamerkan di pakaian dan slogan tetapi sebagai pakaian akhlak bagi 'mencantikkan' diri sendiri.  

 

Negeri atau negara perlu ditadbir dengan pengetahuan yang luas, bukan sekadar pengetahuan hukum hakam nikah kahwin semata-mata.  AlQuran itu adalah panduan hidup, bukan untuk dipetik dan dilagukan bagi memenuhi pendapat kita. 

 

AlQuran menyuruh manusia menimba ilmu melalui alam semesta bukan dengan duduk dan membacanya siang malam.  AlQuran mewajibkan manusia menggunakan akal iaitu anugerah tertinggi terhadap makhlukNya, dan bukannya mengikut cakap Tok Guru secara membabi-buta. 

 

Jika Nik Aziz pernah meletakkan dirinya ke tahap Ulama politik yang menjadi Bapa Perpecahan Ummah, namun permohonan maafnya secara terbuka ini telah dengan sendirinya melonjakkan kedudukan beliau ke kedudukan Ulama tersohor yang sebelum ini tidak layak diterimanya. 

 

Akhirnya, di usia senja di saat di mana tubuhnya telah tidak lagi berdaya, Nik Aziz telah mengajar penyokongnya ilmu yang paling hebat, iaitu 'merendah diri'.  Sesungguhnya, merendah diri dan memohon maaf adalah terlalu amat sukar kecuali bagi orang-orang yang kuat. 

 

Kita doakan Nik Aziz panjang umur dan sihat sejahtera agar dapat membawa penyokongnya kembali berpijak di bumi nyata, bersatu padu tanpa mengira fahaman politik, demi agama, bangsa dan negara.

25/03/2014

Akhirnya #MH370

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang begitu berhati-hati dalam menangani kehilangan MH370.  Sebarang kenyataan yang dibuat hanyalah berdasarkan laporan penyiasat dan pihak SAR.   Sepanjang dua minggu kehilangan pesawat ini, hampir setiap kali kita dikhabarkan berita yang tidak dapat disahkan di samping tekaan-tekaan atau harapan semata-mata.   

 

Dua perkara yang dapat disahkan, telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu pertamanya mengenai perubahan haluan pesawat secara sengaja pada minggu lalu, dan pengumuman yang menyayat hati semalam, iaitu mengenai 'berakhirnya' penerbangan MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi. 

 

Perdana Menteri memilih perkataan 'berakhir' tanpa menjelaskan 'cara pengakhirannya' kerana ia masih tidak dapat dipastikan.  Apa yang pasti, di situlah pengakhirannya berdasarkan penemuan serpihan oleh pasukan pencari. 

 

Dalam kata lain, 'berakhir' bermakna pesawat itu telah terhenti penerbangannya di situ.  Sama ada ia terhempas, atau menggelongsor dan tenggelam atau meletup di udara atau apa saja, masih belum dapat dipastikan.  Justeru, perkataan 'berakhir' adalah yang paling tepat untuk menjelaskan apa yang diketahui setakat ini. 

 

Pengakhiran penerbangan di tengah-tengah lautan yang luas, ganas dan dalam, serta gagal ditemui selama lebih dua minggu, membawa kita kepada satu kemungkinan sahaja iaitu tiada yang selamat.   Memandangkan kawasan tersebut adalah jauh terpencil dari mana-mana kawasan pendaratan, maka sebarang teori atau spekulasi lain dianggap sebagai tidak logik dan diketepikan oleh pihak penyiasat. 

 

Justeru, semua pihak wajar menerima pengakhiran ini sambil menanti keputusan penyiasatan.  Namun, di masa yang sama, harus bersedia akan kemungkinan tidak akan mendapat jawapan untuk selama-lamanya.  Cubaan untuk terus mencipta teori dan spekulasi hanya akan menyiksa emosi keluarga yang terlibat kalaupun tidak memburukkan keadaan.  

 

Apa yang tinggal kini, hanyalah untuk kita mendoakan mereka yang pergi.  Doa juga dipanjatkan kepada keluarga yang terlibat agar mampu menerima hakikat dan bersabar dengan ketentuan.  

 

Kita juga tidak harus lupa mengucapkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang bertungkus lumus tanpa mengira masa dan cuaca.    

 

Selain itu, setinggi-tinggi penghormatan diberi kepada pihak kerajaan Malaysia yang kekal tenang dan professional mengendalikan insiden ini walaupun ditekan dan difitnah oleh berbagai pihak.   Kerajaan telah membuktikan bahawa keutamaan diberi kepada pencarian MH370 serta tidak sedikit pun berganjak dari keutamaan itu, sehinggalah ke akhirnya.  

 

Biarkan pembangkang terus mempolitikkan MH370, membela diri tanpa sebab dan menuduh kerajaan dengan berbagai tohmahan kerana insiden ini telah membantu rakyat melihat dengan lebih jelas lagi, yang mana kaca dan yang mana intan!



Sent from Samsung Mobile
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...