Followers

04/04/2013

Anwar DiTinggal Rakan Karib Sendiri Kerana Masalah Moral


Keputusan pendakwah dan ilmuwan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas faktor keruntuhan moral, turut diakui dan dipersetujui bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar.

Menurut Chandra, faktor tersebut turut menjadi pendorong utama mengapa beliau membuat keputusan sama, memutuskan persahabatan dengan Ketua Pembangkang itu yang telah terjalin sejak 1971 sekali gus mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik.

Jelasnya, walaupun beliau merupakan antara pengasas utama penubuhan PKR, perkara itu langsung tidak dianggap sesuatu yang merugikan apabila mengambil langkah pengunduran.

''Saya berpendapat Sidek Baba membuat keputusan berprinsip, walaupun sudah begitu akrab dengannya, beliau meninggalkan Anwar setelah tahu tentang salah laku moral Anwar.

''Selain salah laku Anwar, saya begitu kecewa dengan cara beliau main politik kerana ketika dia dalam penjara dan saya ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden, segala hal ehwal parti tetap beliau mahu campur tangan melalui isterinya dan dia melakukan semua itu kerana kerakusan mahu berkuasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral Anwar merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa beliau membuat keputusan meninggalkan Anwar selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Menurutnya, hubungan 'luar biasa' Anwar dengan pemimpin tertentu dari luar negara semakin membuatkan beliau berasa sangsi dengan kepimpinannya yang seolah-olah mahu membuka penguasaan Amerika Syarikat ke atas negara ini.

Beliau mengambil masa kira-kira satu setengah tahun sebelum sedar segala tindak-tanduk Anwar adalah bertentangan dengan kepentingan negara.

''Saya amat kecewa beliau rapat dengan golongan tertentu luar negara yang saya anggap sebagai golongan berkepentingan Zionis.

''Beliau lebih mementingkan kuasa dan populariti berbanding prinsip walaupun segala perbuatannya jelas bertentangan dengan kepentingan negara,'' katanya.

artikel utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...