Followers

04/08/2015

Najib Razak Pada Pandangan Pelajar Luar Negara

Image result for najib razak
Najib Razak dan masyarakat dunia.

Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah penyokong atau pengangung Najib Razak sebaliknya saya hanya sekadar berkongsikan pandangan sebahagian rakan-rakan asing saya yang datang daripada pelbagai negara terhadap Negara tercinta, Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak. Bersetuju atau tidak terpulang pada penilitian masing-masing. Di samping kita bercakap tentang kekurangannya, ayuh kita lihat sejenak tentang kebaikannya".

Setiap pandangan dan kesimpulan rakyat Malaysia terhadap mana-mana Pemimpin Malaysia itu 'tidak mewakili' sikap dan kesimpulan masyarakat dunia. Rakyat Malaysia menghukum seseorang Pemimpin sebagai seorang yang jahat atau baik, tidak adil atau adil dan tidak amanah atau amanah berdasarkan kepada apa yang mereka lihat dan menghukum terhadap apa yang berlaku di dalam negara seperti masalah kegagalan menguruskan ekonomi, terjebak dengan kes rasuah dan sebagainya.

Kita perlu tahu bahawa masyarakat dari negara luar melihat seseorang Pemimpin itu berdasarkan 'polisi dasar luarnya', bantuan kemanusiaan yang diberikannya, dan juga reputasi kerajaan di bawah pengendaliannya.

Sebagai contoh, sebahagian rakyat Malaysia dilihat begitu mengangung dan mengangkat Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai hero dan khalifah umat Islam. Apa sahaja kenyataannya atau setiap perbuatannya akan dipandang benar, tepat dan disanjung. Tetapi jangan terkejut, sekiranya anda di Turki, anda akan mendengar banyak kritikan, tohmahan juga penentangan oleh rakyat Turki itu sendiri terhadap Pemimpin mereka dengan berasalan tidak jujur, mendiskriminasi dan lain-lain.

Berbalik kepada Malaysia, kita akui bahawa masyarakat dunia khususnya dunia Islam mulai melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat maju, aman makmur dan berani adalah di era Tun Dr. Mahathir. Tidak perlu lagi untuk saya menceritakan lebih mendalam tentang jasa dan pandangan masyarakat Islam terhadap Tun, semua telah sedia maklum.

Sebenarnya terdapat banyak rakan-rakan yang menyoal saya tentang pandangan masyarakat dunia terhadap Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak.

Jika kita menyoal rakyat Malaysia itu sendiri, saya pasti kebanyakannya tidak akan bersetuju dan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya disebabkan perkara tertentu.

Seperti yang saya telah nyatakan, pandangan rakyat Malaysia tidak mewakili pandangan masyarakat dunia, oleh itu saya bawakan sedikit beberapa pandangan mereka terhadap Malaysia di era Najib Razak. Diingatkan sekali lagi, bahawa ini berdasarkan perbincangan, perdebatan dan sebagainya sewaktu saya di Turki.

1) Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang sangat berdiplomasi dan tidak beremosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah, contoh yang paling terbaik ialah kejayaan Malaysia membawa keluar mayat dan kotak hitam MH17 dari wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine.

Seperti yang dimaklumkan oleh banyak akhbar bahawa, Najib mengadakan rundingan terus dengan ketua pemberontak, Alexander Borodai untuk diberi akses ke lokasi nahas, membawa pulang mayat mangsa dan mendapatkan kotak hitam, Sekiranya kita lihat laporan di dalam The New York Times mereka menyatakan bahawa usaha Najib ‘memberi tekanan kepada negara-negara yang jauh lebih berkuasa yang gagal mencapainya'.

Lihat pula cara negara barat dan Amerika Syarikat dalam mendapatkan kotak hitam, mereka mengancam keras untuk menyerang kumpulan pemberontak tersebut, tetapi Malaysia dengan mudah berjaya kerana sikap diplomasi yang tinggi. Salah seorang rakan dari negara Skandinavia ada mengatakan "memang malu sebenarya Amerika dan Eropah sebab mereka jauh lebih kuat, selalunya kalau mereka mengecam keras, semua tunduk patuh, tapi bukan dalam kes ni. tiba-tiba pula Malaysia yang sekecil itu dengan tenang boleh dapatkan, ternyata diplomasi itu lebih baik dan secara tidak langsungnya Pemimpin kamu itu mengajar dunia tentang 'bagaimana cara berdiplomasi'".

2) Korea Utara merupakan sebuah negara Komunis yang tertutup dan tidak disenangi banyak pihak, seperti yang anda sedia maklum, Malaysia yang terkenal dengan sikap friendly polisinya tidak pernah berminat untuk mempunyai musuh, di dalam kes Korea Utara ini, ketika di era Tun. Mahathir lagi dikatakan terdapat 20 buah kereta Proton dihadiahkan kepada Korea Utara di atas dasar menghormati negara kelas.

Balasannya, pada tahun 2011, di bawah kepimpinan Najib Razak, rakyat Malaysia boleh melawat Korea Utara tanpa visa selama 30 hari. Ketika itu hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh melawati Korea Utara tanpa Visa, sekali lagi HANYA MALAYSIA, tidak negara lain (kini Singapura juga boleh melawati Utara tanpa Visa).

Sewaktu di dalam kelas Perhubungan Antarabangsa, topik yang dibincangkan ketika itu ialah tentang konflik Korea Selatan dan Utara, seperti biasalah, yang Utaranya pasti akan dikutuk dan dikecam teruk sebagai sebuah negara yang tertutup dan tidak bertamadun, Guru saya mengatakan "tidak ada satu negara pun boleh masuk mudah ke Korea Utara, semuanya perlukan visa, nak dapatkan visa pun belum tentu mudah".

Sebelum sempat saya menjawab, rakan Turki saya, Yagiz Sarman mencelah "Eh tapi orang Malaysia boleh masuk ke Korea Utara tanpa Visa selama sebulan". Memang terkejut si gurunya, terus diGooglenya dan memang benar apa yang dikatakan, maka saya pun ambillah sedikit peluang menjelaskan tentang semangat diplomasi Malaysia yang tinggi.

Saya merupakan salah seorang penulis di akhbar bulanan Universiti, saya pernah menulis tentang Korea Selatan dan Korea Utara (saya akan kongsikan nanti). Di dalamnya saya ada 'mengajar' dunia supaya mencontohi Malaysia dan dua hari selepasnya, seorang guru dari Itali berjumpa dengan saya menyatakan ketidaksetujuannya dengan artikel tersebut, katanya Malaysia sangat memalukan sebab mempunyai hubungan baik dengan negara tertutup, berfahaman komunis bahkan pula dalam masa masyarakat dunia mengecam mereka, Malaysia pula ingin berbaik-baik".

Jawab saya mudah "Jangan samakan kami dengan mana-mana negara yang bersikap keras dengan mereka, setiap negara ada caranya tersendiri, kami tidak perlu sentiasa mengikut majoriti kerana majoriti bukan penanda kebenaran, dan seperkara lagi, Malaysia bukan negara 'mafia' tuan. Malaysia menggunakan saluran diplomasi untuk menyatakan ketidaksetujuan, apa gunanya kalau ada saluran yang baik tetapi tidak ingin digunakan. Memang saya yakinlah bahawa dunia wajib ikut cara Malaysia".

3) Masih ingat lagi peristiwa Israel menyerang genting Gaza? Malaysia seperti biasa akan mengecam serangan tersebut dan Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Waktu itu Gaza diserang bertubi-tubi oleh Zionist, Turki pula seperti biasa dengan dongeng-dongeng mereka untuk menyerang Israel, kenyataan Erdogan ketika itu sangat tegas dan mengancam tetapi untuk pengetahuan anda semua, rakyat Palestin lebih melihat kenyataan Najib Razak sebagai relevan dan neutral, dalam artikel saya sebelum ini juga, saya ada nyatakan yang rakyat Palestin sudah putus harapan dengan sikap lakonan pemimpin dunia Islam kononnya untuk menyerang Israel, tetapi Malaysia pula bersikap jujur dengan kemampuan yang mereka ada dan tidak pernah pula mereka mendengar mana-mana Pemimpin Malaysia mengatakan "Malaysia akan menyerang Israel", sebaliknya sekadar memberi bantuan kewangan dan bantuan kemanusiannya yang lain.

Kemuncaknya, keberanian Najib Razak memasuki wilayah Gaza sehingga mendapat kecaman dari Presiden Palestin sendiri, Mahmud Abbas. Untuk pengetahuan anda juga, Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat Wilayah Gaza dan kedua selepas bekas Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil pada tahun 2011 (seperti yang dinyatakan rakan Gaza). Dan untuk memasuk wilayah Gaza bukan mudah, perlu masuk dari Mesir dan sewaktu itu, diplomasi sangat diperlukan untuk berbincang dengan Pemerintah Mesir.

Saya bertanyakan rakan-rakan Gaza tentang isu ini, meraka mengatakan "sekalipun Malaysia jauh beribu batu, tapi masih boleh melawat kami di sini, bahkan memulakan lawatan di Gaza bukannya di West Bank, ini satu penghormatan yang sangat tinggi buat kami".

Inilah antara yang saya dapat kongsikan tentang pandangan sebahagian masyarakat dunia di era Najib Razak, perlu saya ingatkan bahawa kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengetahui masalah yang berlaku di dalam negara seperti masalah GST, masalah kejatuhan Ringgit Malaysia, masalah ekonomi, kenaikan harga minyak dan sebagainya kerana tetap mereka akan mengatakan "sekurang-kurangnya Pemimpin anda bantu kami, itulah yang lebih penting untuk kami".

Artikel Seorang Pelajar Malaysia di Turki.
Terima kasih, sekiranya anda pandangan atau komen bolehlah kongsi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...