Followers

06/03/2017

Kit Siang Dipilih Secara Demokrasi, Bukannya Mahathir

Image result for mahathir

Sejak bila Mahathir jadi ketua pembangkang? Yang ketuanya sekarang adalah DAP. Kit Siang yang ketuai pakatan pembangkang bukannya Mahathir. Itu harus diingat oleh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kerana mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Beliau juga menang pilihan raya dalam kawasannya di Parlimen Pekan.

Apabila majoriti rakyat memilih parti pimpinannya Barisan Nasional (BN) ini bermakna sebahagian besar pengundi masih meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada beliau untuk terus memimpin negara dan tidak ada sebab untuk Najib meletakkan jawatan.

Jadi, kenyataan bekas Menteri Penerangan (kini Komunikasi dan Multimedia), Tan Sri Zainuddin Maidin di blognya menyatakan bahawa Najib wajar meletakkan jawatan seperti bekas Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lakukan pada 1970 adalah tidak relevan dan hanya tinggal dakwaan mengarut sahaja.

Ini kerana, Zainuddin secara teknikal atau sengaja nampaknya terlupa di pihak pembangkang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang sebenarnya dipilih secara demokrasi mengetuai Pakatan Harapan pembangkang bukannya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pakatan pembangkang, DAP memiliki 38 kerusi dalam Dewan Rakyat. Sebab itulah DAP jadi parti dominan dalam pembangkang dan meletakkan Kit Siang sebagai ketua.

Parti PPBM yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir hanya ada satu kerusi sahaja iaitu di Pagoh, di Johor dengan diwakili Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejak bila pula parti yang ada satu kerusi menguasai parti yang ada 38 kerusi? Demokrasi apa yang sedang berlaku dalam pembangkang?

Dalam parti Dr Mahathir sendiri pun, beliau tidak dipilih secara demokrasi kerana dilantik sebagai Pengerusi yang sepatutnya hanya menjadi Penaung kepada parti sahaja.

Yang berkuasa sepatutnya Muhyiddin kerana beliau adalah Presiden parti menurut perlembagaan parti mereka. Tetapi hari ini yang lebih sudu dari kuah adalah Pengerusi bukannya Presiden.

Yang berucap lama Pengerusi, yang buat keputusan Pengerusi. Jadi apa gunanya jawatan Presiden? Inilah amalan demokrasi pelik dalam parti bunga.

Dalam PPBM, sudah beberapa kali diadakan konvensyen atau perhimpunan parti itu tetapi belum ada lagi satu sesi pemilihan atau undian yang memilih Dr Mahathir secara demokrasi di dalam parti itu.

Tidak ada. Mahathir pun tidak berani buat undian dalam parti yang dia baru tubuh itu. Malah undian sulit pun Mahathir takut hendak buat.

Apa salahnya jika pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP, PAN dan PPBM sekarang buat satu Majlis Pemilihan untuk memilih siapa Ketua, Timbalan Ketua dan MT pakatan pembangkang.

Malah dalam majlis itu juga pakatan pembangkang boleh memutusakan secara konsensus siapa bakal PM, TPM dan Menteri bayangan mereka. Kenapa takut untuk buat?

Pembangkang tidak akan buat seperti itu kerana niat mereka hanya hendak merampas kuasa. Selepas berjaya rampas kuasa, mereka akan berebut pula kuasa sesama mereka. Rakyat kena ketahui perkara itu.

Zam Maidin tidak akan tulis cadangan ini kerana dia tahu Mahathir tidak akan buat begitu. Mahathir dan Kit Siang ada misi yang sama untuk rampas Putrajaya, tetapi selepas itu agenda mereka adalah berlainan. Mereka akan gaduh lepas itu.

Najib dipilih sebagai Pengerusi BN melalui konsensus dan sokongan kerana UMNO mendominasi parti majoriti di dalam BN.

Demokrasi ada dalam BN, tiada dalam pembangkang. Yang ada adalah "democrazy" dalam pakatan pembangkang.

05/07/2016

Info Pengeboman Di Majidil Haram

Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan kejadian pengeboman berhampiran Masjid Nabawi berlaku sebaik sahaja pihak keselamatan meragui beberapa individu yang yang ingin bergerak menuju ke kawasan Masjid melalui kawasan tanah lapang tempat letak kereta.

Berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan individu terbabit sehingga suspek meletupkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang yang dililit bahan letupan sehingga membunuh dirinya sendiri, manakala 4 orang anggota keselamatan terkorban dan 5 lagi mengalami kecederaan.

Pihak pengurusan Masjidil Haram (dan Masjid Nabawi) melalui Naib Pengerusinya Dr Muhammad bin Naasir Al-Khaziim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terorisme yang dilakukan pengganas tidak kira apa sahaja latar belakang kewarganegaraan dan ideologi mereka dalam kejadian letupan yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah.

Tindakan yang jelas tidak menghormati kesucian tempat, waktu dan jiwa ini adalah sesuatu yang wajib diingkari. Pihak Pengurusan Masjidil Haram juga menyeru agar masyarakat berganding bahu dalam menghadapi puak pelampau dan perosak yang mengancam agama dan negara.

Komentar: Semoga Allah merahmati anggota keselamatan yang terkorban. Semoga Allah menjaga kedua Tanah Haram dan semua negara kaum muslimin daripada ancaman pengganas Khawarij ISIS.

Dipetik dari FB Ustaz Muhammad Fashan:


Sumber berita:


14/01/2016

02/01/2016

Sedikit Cerita Ketua Pengarah Biro Tatanegara Yang Baru



Kenali KP BTN 2016

Tahun baharu 2016 bermula dengan perlantikan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) yang baharu iaitu Datuk Ibrahim Saad. Walaupun saya berada nun jauh di USA, saya memberi ucapan tahniah kerana perlantikan beliau merupakan satu sejarah yang sangat besar ertinya kepada masyarakat pendidik, kakitangan kerajaan dan parti-parti politik yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.


Saya mula mengenali Datuk Ibrahim Saad pada tahun 2001 di Kota Kinabalu High School. Apabila saya berhijrah ke Labuan pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Pengarah BTN Sabah sehinggalah tahun 2015. Ianya rekod iaitu 13 tahun.


Maka, perlantikan beliau sebagai KP BTN yang baharu oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Azalina Othman Said sangat-sangat tepat.


Dari segi keluarga, beliau berkahwin dengan orang Sabah yang mempunyai susurgalur yang menarik kerana mempunyai keluarga dari sebelah Kadazan, Dusun, Arab, Cina dan Melayu. Satu perkara yang amat membanggakan, anak-anak beliau semuanya berjaya dalam pendidikan. Tiga orang daripadanya di dalam bidang perubatan di mana yang tua sudah pun menjadi doktor di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu. Seorang pula dalam bidang kejuruteraan. Kesemua anak-anak beliau melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di England, India, Mesir dan German.


Secara peribadi, amat membanggakan kerana walaupun beliau sangat sibuk siang dan malam memenuhi jemputan sebagai penceramah patriotik di seluruh Sabah malahan di Semenanjung Malaysia, tetapi beliau masih berkesempatan mengatur pendidikan anaknya. Beberapa tahun dahulu saya pernah bertanya, apa rahsia Datuk? Katanya, "kita mesti menggunakan masa dengan berkualiti walaupun sekejap ketika bersama keluarga".


Ketika saya di Kuala Lumpur, saya berkesempatan membantunya melawat anak-anaknya yang belajar di beberapa institusi pendidikan. Beliau berusaha menjenguk anaknya walaupun dalam 10 minit. Kadangkala sudah malam hari.


Terdapat beberapa insiden yang menyedihkan sepanjang saya bersama Datuk Ibrahim.  Oleh kerana anak pertama beliau tidak mendapat pinjaman pelajaran ketika hendak memulakan pelajaran perubatannya di England, beliau terpaksa membuat pinjaman bank dengan mencagarkan rumah beliau sendiri. Inilah nasib pegawai kerajaan yang tidak diketahui oleh orang di luar sana,  janganlah berfikiran bahawa semua pegawai kerajaan mudah mendapat apa yang diingini.


Terdapat kes jua di mana beliau baharu mendarat di KLIA dan mendapat jemputan ceramah ke satu majlis. Oleh kerana beliau tidak membawa kelengkapan baju, saya berkata jika Datuk sudi, saya boleh pinjamkan baju saya. Ternyata Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang memilih. Walaupun baju saya agak besar, itu tidak penting kepadanya, yang utama kepadanya adalah beliau boleh menjalankan tugas untuk negara.


Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang suka duduk di pejabat berkerusikan empuk pun. Pada tahun 2008 jika saya tidak silap, BTN melakukan aktiviti berakit di sepanjang sungai perak yang sangat panjang dan deras itu. Namun, Datuk Ibrahim Saad merendahkan dirinya dengan turut sama mendayung rakit, berpanas dan mengikuti aktiviti spiritual seperti solat berjemaah, memberi kuliah Subuh dan menjadi imam.


Datuk Ibrahim Saad telah melalui lebih 30 tahun perkhidmatan dengan kerajaan khususnya di Sabah. Beliau telah bercampur dengan lebih 30 suku kaum di Sabah. Maka, jika anda bertanya adakah Datuk Ibrahim akan membawa BTN ke arah yang sempit, anda perlu mengubah tanggapan itu. Beliau telah menjadi Pengarah BTN Sabah kepada 3 orang Perdana Menteri, 4 Ketua Menteri Sabah dan 4 Ketua Pengarah BTN.

Datuk Ibrahim Saad adalah satu-satunya ketua jabatan kerajaan di Sabah yang telah memulakan Jelajah Kemerdekaan merentasi Borneo (Sabah-Sarawak) menggunakan jalan darat. Tujuannya satu sahaja, untuk meniupkan semangat cintakan negara dan patriotisme kepada rakyat di sepanjang perjalanan. Saya mengetahuinya dan mencatatnya ketika saya menjadi ketua editor majalah Gemilang dahulu. Banyak pengisian dalam program tersebut seperti ceramah kenegaraan, aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan sebagainya. Inilah yang sepatutnya diberi keutamaan oleh BTN dan inilah yang telah dilakukannya sejak sekian lama.


Pengalaman-pengalaman di atas cukup untuk membawa wadah baharu kepada rakyat Malaysia dalam konteks national identity, Patriotisme dan usaha nation building di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyarankan NGO dan parti-parti politik supaya bersama-sama dengan KP BTN yang baharu dalam membentuk rakyat Malaysia yang bersatupadu dan patriotik.


Salam dari perantauan,


University City,

Philadelphia, PA, USA.

1 Januari 2016.

31/10/2015

Arul Kanda Bikin Panas! Tony Pua Kecut Telor


Jika sebelum ini Tony Pua memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada berdebat dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda, pagi ini Arul telah membuat pengumuman yang mengakibatkan Tony Pua tidak bisa mengelak lagi.

Jika sebelum ini Arul menyahut cabaran Tony dengan meletakkan syarat Tony mesti meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi menjaga intigriti badan itu. Namun setelah Tony memberikan pelbagai alasan untuk mengagalkan debat tersebut, Arul Kanda dalam sidang media pagi ini telah mengumumkan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Tony tanpa sebarang syarat.

Tony mungkin tidak sedar bahawa orang yang beliau cabar itu sebenarnya bukan hanya pakar memulihkan syarikat, tetapi Arul juga merupakan bekas pemidato yang digeruni oleh kawan dan lawan semasa di Maktab Tentera DiRaja dan ketika menuntut di United Kingdom.  Itu sebabnya sehingga kini kita tidak pernah dengar pemimpin pembangkang seperti Rafizi yang mengenali reputasi Arul sebagai pembahas, berani untuk mencabar Arul untuk berdebat.

Malangnya, mungkin setelah dimaklumkan oleh teman-teman beliau, Tony hari ini telah membuat helah baru bagi menghalang debat tersebut.  Ketika dihubungi oleh wartawan dan dimaklumkan tentang kesediaan Arul berdebat dengan beliau tanpa syarat,  Tony telah memberikan jawapan yang cukup mengaibkan. 

Semua terkejut apabila Tony pula yang meletakkan syarat kepada Arul sebelum menyahut cabaran debat tersebut.  Pasti ramai tergelak sehingga terguling-guling bila mendengar syarat jantan dayus bernama Tony Pua ini.  Tony meletakkan syarat, dia hanya akan bersetuju berdebat dengan Arul sekiranya majlis debat itu berbentuk "live talk show dan bukan debat. 

Lebih melucukan, syarat kedua yang Tony letak, hanya beliau boleh menyoal Arul, tetapi Arul tidak boleh menyoal Tony. Ha ha ha, debat kejadahnya ini.  Belum pernah saya jumpa pemimpin pembangkang sebacul Tony Phua. Mungkin dah tiba masanya Tony pakai skirt ke Parlimen.

BAJET 2016: TONY PUA KATA GST TAK BAGUS TAPI RUPANYA GST PENYELAMAT EKONOMI NEGARA. PATUTLAH DIA TIDAK BERANI BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA.

Dia cabar Arul Kanda berdebat sebab dia ingat Arul penakut. Tetapi apabila Arul sahut cabaran, Tony pula yg penakut. Maka macam macamlah alasan yang dia bagi. Itu satu lagi contoh, Tony Pua dan DAP hanya berani di media sosial. Itu juga bukti kerja mereka hanyalah berbohong dan memfitnah. Contohnya Tony Pua suka memfitnah mengenai GST. Hakikatnya GST adalah penyelamat ekonomi negara di saat kejatuhan harga minyak dunia.

2. Pada tahun 2015, kesan kejatuhan harga Petroleum iaitu AS$50 setong menyebabkan hasil Petronas merosot kepada RM44 bilion berbanding RM62 bilion sebelumnya.

3. Harga minyak ini dijangka akan kekal rendah pada tahun 2016 dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggarkan RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan lebih RM30 bilion.

3. Justeru GST adalah penyelamat. Untuk tahun 2016 jika GST tidak dilaksanakan hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion. Kalau SST kekal digunakan hasil kutipan hanya sebanyak RM18 bilion sahaja berbanding GST sebanyak RM39 bilion. Akibatnya defisit negara akan meningkat kepada 4.8% tersasar daripada jangkaan 3.1% tahun 2016.

4. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan TS Irwan Serigar Abdullah hasil kutipan GST dalam tempoh sembilan bulan ialah RM27 bilion. Dan hingga kini hampir 400,000 syarikat telah bersaftar dengan GST.

5. GST sifar akan dikenakan kepada semua jenis ubat terkawal serta tambahan kepada jenama ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini membabitkan peningkatan dua kali ganda daripada 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.

6. GST sifar juga dikenakan terhadap beberapa barangan makanan seperti susu bayi dan kanak kanak berasaskan kacang soya dan susu organik, dhal termasuk sengkuang air dan gula merah. Manakala golongan petani berskala kecil kerajaan mencadangkan supaya threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah Skim Kadar Rata GST diturunkan daripada RM100,000 kepada RM50,000.

7. Dan yg paling dinantikan oleh pengguna handphone pra bayar ialah rakyat Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar yg akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan pra bayar mereka mulai Januari 2016.

23/10/2015

Ketua Pembangkang Wan Azizah Bantu DAP Jatuhkan Pemimpin Melayu



1. Semalam DS Wan Azizah mengemukakan kepada Dewan Rakyat usul undi tidak percaya terhadap Najib. Ia satu lagi usaha terdesak Pembangkang untuk menumbangkan BN kerana tidak yakin melakukannya melalui proses demokrasi pilihanraya. Usul itu berlandaskan Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan serta Peraturan 26 & 27 Mesyuarat Dewan Rakyat. DAP pula menarik balik usul persendirian yg dibawa oleh MP PJ Selatan. Kenapa? Mereka baru sedar pembangkang dilihat tidak bersatu apabila DAP membawa usul tersebut di bawah usul persendirian. Ia terdedah apabila PAS mendakwa mereka tidak pernah dirundingkan mengenai usul tersebut. Begitu juga mereka rasa malu kerana menggunakan peraturan Dewan Rakyat yg salah. Sebenarnya pihak pembangkang tahu strategi itu tidak akan berjaya. Apa yang mereka harapkan melalui usul itu ialah persepsi negatif terhadap Najib dan momentum serangan terhadap Najib berterusan bagi melemahkan pertahanan UMNO. Selain itu perhimpunan BERSIH juga akan diadakan bagi menyokong usul tersebut. Apa perlunya BERSIH 5?Sedangkan sudah 4 kali BERSIH diadakan tetapi semuanya gagal mencapai objektif.

2. Usul undi tidak percaya ini bukan perkara baru. 2008 PKR cuba menubuhkan kerajaan 16 September. Anwar Ibrahim berbohong kononnya sudah ada 30 orang MP dari BN yang akan melompat parti. Dia memaklumkan MPs tersebut sudah menandatangani surat "Akuan Bersumpah" dan akan membawanya kepada YDP Agung sebagai bukti undi tidak percaya kepada Najib. Sebaliknya 7 MPs PKR yg lari meninggalkan PKR termasuk Zulkifli Nordin, Gobala dan Datuk Zahrin.

3. Dalam usul terbaru ini, Wan Azizah menyatakan dia yakin selain 88 MP Pembangkang ada beberapa MP BN akan turut menyokongnya. Ini membuktikan usul itu hanya gimik kerana dia sendiri membuat andaian ada MP BN akan menyokongnya sedangkan semalam hanya 77 MP Pakatan yg menolak usul di Dewan Rakyat untuk menggantung Lim Kit Siang selama 6 bulan. Mana 11 MP Pembangkang yg lain? Apakah MP dari PAS tidak sokong usul itu?


4. Seperkara lagi hujah hujah dalam usul tersebut terlalu dangkal dan cetek. Menurut Wan Azizah usul undi tidak percaya itu hanya ditujukan kepada Najib bukan Kerajaan. Itu membuktikan muslihat mereka selama ini hanya mahu melakukan "Damage Berterusan" terhadap Najib sebagai strategi jangka panjang untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap BN menjelang PRU Ke 14.  Isu kejatuhan Ringgit dikaitkan dgn usul tersebut sdgkan semua pihak tahu ia bukan kerana Najib tetapi isu global di mana banyak negara lain mengalami nasib sama.

5. Sebenarnya Pembangkang mempunyai pilihan lain iaitu menolak  "Bajet 2016" sebagai simbolik undi tidak pecaya kepada Najib seperti yg dicabar oleh Datuk Nazri Aziz. Tetapi mereka tidak berani melakukannya takut "backfire" iaitu dituduh anti pembangunan, anti rakyat dan mensabotaj ekonomi negara. Selain itu tindakan pembangkang membawa usul tersebut semata mata untuk mengalih perhatian rakyat kepada Bajet 2016 kerana mereka bimbang Bajet itu akan membantu menaikkan imej Najib dan Kerajaan yang mahu mereka musnahkan.

6. Wan Azizah boleh dibodohkan menjadi boneka DAP untuk memecat TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor tetapi dia tidak sepatutnya menjadi alat DAP untuk menjatuhkan Najib. Ahli UMNO tidak akan sebodoh itu apatah lagi apabila DAP turut terlibat.

22/10/2015

TSUNAMI CINA Berjaya! DAP Mahu TSUNAMI MELAYU Pula.


Pada 5 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan pru13, hampir 90% pengundi kaum Cina memberi undi kepada DAP. Satu keputusan yang menunjukkan kejayaan PROPAGANDA DAP sehingga tercetus TSUNAMI CINA yang amat dahsyat. Metod propaganda yang diamalkan oleh DAP pada pru13 adalah hampir sama ketika pru tahun 69, akan tetapi pendekatan kali ini ditukar agar tidak kelihatan terlalu ekstrim. Pada 1969, slogan "Malaysian Malaysia" yang dicipta oleh LKY sebelum Singapura berpisah dari Malaysia, telah berjaya menyerapi jiwa pengundi kaum Cina sehingga menyebabkan parti MCA mengalami kekalahan teruk waktu itu. 

Pada pru13 baru baru ini, penentangan terhadap hak bumiputra Melayu telah dieksploitasi semula, walaubagaimanapun kali ini bukan DAP yang menjuarai isu ini. DAP telah memilih Anwar Ibrahim untuk "diperkuda" dan menjadi wakil lidah DAP. Pemilihan ini dibuat untuk menjaga kedudukan DAP agar tidak dilihat terlalu ekstrim dan anti Melayu. Dalam ceramah yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan amat bangga mengatakan bahawa selepas kemenangan pru13 nanti, maka tiada lagi bentuk penindasan kaum akan tetapi semua kaum dilayan adil dan yang tinggal hanya la "KETUANAN RAKYAT". Propaganda ini dicipta bertujuan untuk menunjukkan bahwa "KETUANAN MELAYU dan ISLAM agama Persekutuan" telah menyebabkan kaum dan agama lain dizalimi dengan begitu teruk dan kehidupan kaum lain amat dhaif dan terseksa. Walaupun pada hakikatnya ianya tidak berlaku. Slogan ini amat selari dengan slogan "Malaysian Malaysia" ciptaan LKY dan sekarang ini diperjuang oleh DAP. 

Fahami Maksud Kenyataan MP DAP. 

Seorang MP DAP bagi parlimen Kluang iaitu YB Liew Chin Tong telah ditemubual dan direkod oleh wartawan akhbar Sichew Daily selepas pru13 baru baru ini. Kita semua wajar meneliti maksud disebalik kenyataan beliau. 

Beliau berkata "TSUNAMI MELAYU" amat penting dan menjadi keutamaan kepada DAP kerana tsunami ini akan menjadi penentu kepada peralihan kuasa kerajaan pada pru14 nanti. Chin Tong berkata lagi cukup sekadar 10% pengundi tetap BN beralih arah dan ditambah kekuatan sokongan pengundi kali pertama pada pru 14, maka UMNO pasti dapat dikalahkan. 

Dan beliau mengukuhkan hujah beliau dengan berkata yang membawa maksud, TSUNAMI MELAYU menjadi keutamaan tertinggi untuk DIREALISASIKAN kerana banyak kawasan parlimen dikuasai majoriti pengundi bangsa MELAYU. 

Propaganda DAP Untuk Mencipta Tsunami Melayu.

DAP mengetahui dengan jelas bahawa undi MELAYU perlu dipecahkan. Oleh itu DAP menumpukan 3 fasa utama bagi menjayakan TSUNAMI MELAYU. 

1) Bagi pemimpin dan pengundi MELAYU dalam parti DAP dan PKR. DAP telah berjaya kuasai 100%.

2) Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam PAS. DAP melakukan PROPAGANDA dengan menyerang pemimpin teratas PAS dengan cara menggambarkan TGHA merupakan seorang KUNO, KOLOT, TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK MENANG dan terlalu EKSTRIM. Kejayaan propaganda ini dapat dilihat apabila ramai mantan pemimpin dan "FIGHTER" termasuk ahli bawahan PAS telah berjaya "dibeli", lalu mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN. Oleh itu DAP telah berjaya "DIVIDE" PAS dan "RULE" PAN. Akhirnya yang tinggal dalam PAS adalah "pemimpin play safe, bukannya PENCETUS semangat dan tiada semangat FIGHTER". 

3) Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam UMNO. DAP amat menyedari bahawa UMNO sebuah parti yang amat kuat terutama selepas kejayaan PM DSN dalam pru13 dengan meningkatkan sokongan pengundi MELAYU dan menambahkan bilangan kerusi parlimen yang dimenangi UMNO. 

Bagi tujuan melemahkan UMNO, DAP telah mengorak langkah dengan melakukan beberapa fasa PROPAGANDA bagi tujuan merosakkan UMNO secara luaran dan dalaman. (Pengundi MELAYU yang bukan ahli UMNO dan pengundi UMNO ahli UMNO). 

Fasa Pertama: DAP menyedari anak muda bakal penentu kemenangan pada pru14 nanti. Lalu DAP mengambil langkah dengan mengangkat martabat anak muda MELAYU yang Berkalibar, Bermotivasi, Bersemangat dan Mempunyai Hala Tuju dengan memberi jawatan kepada mereka supaya mereka dapat berkhidmat dengan pemimpin DAP dan kebajikan mereka dijaga sepenuhnya. Sebagai contoh seorang anak muda wanita, Azira Aziz, 29 tahun berlelulusan undang undang dari UITM, telah dilantik sebagai pegawai penyelidik kanan kepada Speaker Dun Selangor, YB Hannah Yeoh dari Feb 2014. Seorang mantan pemimpin mahasiswa pula, iaitu saudara Zainol Fahmi telah diberi saguhati rm11k dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP. 

Malah ramai anak muda MELAYU dilantik dalam organisasi DAP diberi imbuhan tetap dan dijaga kebajikkan mereka. Ianya merupakan satu PELABURAN yang AMAT BERBALOI untuk jangka masa panjang. Tindakan ini sebenarnya dilihat amat teratur, penuh kesedaran dan bersungguh oleh DAP dalam memenangi hati anak muda MELAYU di luar sana melalui anak muda MELAYU yang berkhidmat untuk DAP. Ianya juga bertujuan menunjukkan perbezaan DAP dalam melayani dan menghargai anak muda berbanding layanan UMNO terhadap anak muda yang berpontensi.

Fasa Kedua: DAP cukup fokus dalam usaha memindahkan pengundi. Kejayaan yang diperoleh malalui KAJIAN dan PERLAKSANAAN perancangan telah berjaya menyemarakkan semangat DAP. Sebagai contoh, untuk parlimen Gelang Patah pada tahun 2004, seramai 70, 023 pengundi direkod. Berlaku sedikit penambahan pada tahun 2008 apabila 78, 676 layak mengundi. Akan tetapi penambahan amat ketara berlaku pada 2013, sebanyak 106, 726 telah direkod layak mengundi. Penambahan pengundi baru begitu mendadak. 

Saya dikhabarkan oleh sahabat saya dari kaum Cina bahawa sekarang ini DAP amat amat amat amat amat sibuk mendaftar pengundi kali pertama dan di Selangor sahaja mereka telah berjaya mendaftarkan lebih 120, 000 pengundi baru. Disamping iu juga DAP aktif melakukan penukaran tempat mengundi dengan memberi tumpuan kepada kawasan parlimen yang dimenangi BN dibawah majoriti 5 ribu. 

Fasa Ketiga: DAP perlu dilihat sebagai mesra ISLAM, selain mereka berjaya "mempopularkan" Melati, seorang muslimah yang berniqab. DAP juga melakukan perjumpaan dengan palajar yang belajar di Timur Tengah. Apa yang lebih dahsyat, DAP berjaya menonjolkan diri dengan berjumpa pemimpin parti ISLAM di Turki dan Tunisia melalui "sahabat baik" mereka, pemimpin dalam PAS dan beberapa pemimpin PAN. Perjumpaan dibuat diatas alasan untuk belajar dan memahami secara serious bagaimana sebenarnya perlaksaan ISLAM. Propaganda yang dibuat ini sebagai langkah awal untuk menghantar mesej kepada pengundi MELAYU bahawa DAP bukannya parti anti ISLAM. 

Fasa Terakhir dan Paling Berkesan: Dalam merosakkan UMNO secara keseluruhan. DAP memahami mereka tidak boleh kehadapan untuk mendapatkan kepercayaan pengundi MELAYU terutama dalam UMNO. oleh itu DAP amat memerlukan kalangan ahli UMNO dan mantan pemimpin UMNO untuk menjadi "LIDAH MEREKA" tanpa mereka sedari bagi menjayakan propaganda yang dicipta DAP. 

Melalui hasil kajian yang dibuat oleh DAP, mereka maklum bahawa pengundi MELAYU begitu mudah TERPERANGKAP dalam permainan PERSEPSI dan begitu mudah DIEKSPLOITASI. 

DAP telah melancarkan PROPAGANDA terhadap kepimpinan tertinggi UMNO. Melalui fasa ini DAP sekali lagi menguasahakan "Devide and Rule", kali ini terhadap pemimpin dan ahli UMNO pula dan UMNO telah berpecah kepada 2 golongan. 1 golongan yang mengamalkan sunnah dan mengikut saranan agama dalam mentaati pemimpin (dalam konteks Malaysia, pemimpin ialah PM DSN). Satu golongan lagi yang terpengaruh dengan propaganda DAP lalu mereka berusaha menjatuhkan pemimpin dan merasakan tindakan mereka adalah benar walaupun tindakan itu amat berlawanan dengan suruhan ALLAH melalui dalilnya yang kemudian dihuraikan secara lebih lanjut melalui ulama terkenal. 

Setelah PROPAGANDA DAP terhadap PM DS Najib disambut oleh mantan PM Malaysia, pemimpin UMNO (Kemaruk Kuasa Politik), dan ahli UMNO. Tindakan ini mengakibatkan wujudnya "VAKUM" dalam UMNO. Vakum ini telah menyebabkan ramai pengundi MELAYU baik ahli UMNO dan bukan ahli memilih menjadi golongan atas pagar. Satu kerugian y
ang amat besar apabila PROPAGANDA yang dicipta oleh DAP telah diraikan oleh mantan PM Malaysia dan ahli UMNO lain. Secara tidak langsung tindakan mantan PM, Pemimpin UMNO dan ahli UMNO ini telah menjadikan diri mereka menjadi "WAKIL DAP Paling Efektif dan berkesan" dan tanpa mereka sedar boleh membangkitkan TSUNAMI MELAYU dan kehancuran UMNO pada pru14 nanti. 

Akibat Dari Tindakan Golongan Yang Terpengaruh Dengan Propaganda DAP Dan Melibatkan Diri Dalam Usaha Menjatuhkan PM DSN.

Bagi menjayakan impian dan perancangan DAP menguasai kerajaan dalam pru 14 nanti, mereka sekadar memerlukan majoriti mudah sejumlah112 kerusi parlimen. (Jika jumlah 222 kerusi parlimen tidak berubah). 

Dari jumlah 112 ini, sahabat saya dari kaum cina maklumkan bahawa DAP mensasarkan kemenangan di 55 kerusi parlimen, PKR di 39 kerusi dan selebihnya parti PAN. 

Ramai pengundi Melayu termasuk ahli UMNO telah dipengaruhi oleh PROPAGANDA DAP untuk membenci PM DSN dan mempercayai fakta palsu yang berjaya dieksploitasi oleh DAP. Lalu mereka berfikiran bahawa "Apa salahnya kita beri sepenggal kepada DAP untuk perintah Malaysia sebagai mengajar PM DSN dan pada pru15 nanti kita berikan kemenangan kepada UMNO semula"

Anggapan ini amat berbahaya sama sekali, tahukah kita semua bahawa melalui Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan membenarkan hanya melalui majoriti mudah di parlimen yang boleh dibuat melalui sidang tergempar. Negara Singapura boleh dijemput kembali menyertai Malaysia. 

Jika usaha yang diketuai oleh DAP berjaya dan parlimen Singapura menyokong penyertaan ini. Maka pembangkang akan mendapat tambahan 83 kerusi parlimen dimiliki PAP. Siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia yang dilihat "LUBUK EMAS" jika bukan pemimpin dari PAP. Dan adakah kita mampu memenangi kembali Malaysia dari DAP dan PAP pada pru15 nanti?

Maka jika ini berlaku, situasi ini akan menjadi "EPISODE PALING MALANG" buat kaum MELAYU dan amalan ISLAM kerana kita sebagai kaum Melayu akan menjadi seperti kaum Melayu di Singapura yang dihina dan sukar mengamalkan syiar ISLAM. Inilah akibat paling buruk jika kita berterusan termakan PROPAGANDA DAP dan berterusan berusaha menjatuhkan PM DSN sehingga menyebabkan berlakunya TSUNAMI MELAYU pada pru14 nanti. 

Berbaloikah tindakan kita hari ini yang melanggar suruhan ALLAH dalam mentaati pemimpin dan akhirnya mendapat mudharat besar pada pru14 nanti setelah ALLAH tidak membantu kita kerana kita melanggar suruhanNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...