Followers

13/04/2013

Pakatan Pembangkang Punyai Masalah Moral

Video demi video didedahkan di dalam blog perihal perilaku seks songsang dan terlarang oleh bukan sahaja oleh agama tetapi juga ukuran moral masyarakat, namun tidak pernah sekali Anwar mengaku dialah pelakunya.

Walaupun jelas bahawa paparan video-video seks yang dikaitkan dengannya adalah beliau sendiri, Anwar tetap menafikannya.

Perilaku Anwar yang terbelit dengan pelbagai dakwaan seks dengan lelaki dan juga perempuan tidak memungkinkan beliau menjadi seorang pemimpin yang bersih dari segi akhlak dan moral.

Apatah lagi yang ingin dipimpinnya adalah sebuah negara Islam yang majoritinya adalah orang Melayu yang berpegang kuat kepada amalan serta tradisi Islam.

Pemimpin yang jengkel akhlak dan moralnya seperti Anwar akan mudah diperas ugut oleh musuh-musuh negara seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin politik di Amerika Syarikat, Eropah malah di Singapura juga.

Jika di ambil Abdul Hadi pula sebagai Perdana Menteri masalah yang sama juga timbul walaupun berbeza sedikit.

Walaupun mempunyai 'creditial' agama dan akhlak yang bersih daripada sebarang skandal, Abdul Hadi tidak mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir kerajaan.

Semasa menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal, beliau dikatakan banyak menyerahkan pentadbiran harian kerajaan negeri kepada kroni kepercayaannya, Mustafa Ali Setiausah Agung PAS
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...