Followers

24/04/2013

Belum Ada Pendakwaan Kes Kematian Jurukamera Sambilan


PUTRAJAYA 24 April - Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa setakat ini tiada pendakwaan dilakukan berhubung kes kematian jurukamera sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan, Mohamed Yaakub di Gua Musang, awal pagi semalam.
Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu, Abdul Wahab Mohamed berkata, ini kerana pihaknya belum lagi menerima sebarang kertas siasatan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.
"AGC tidak dapat mengeluarkan sebarang ulasan lanjut berhubung status kes kematian jurukamera berkenaan kerana kertas siasatan belum diserahkan," ujarnya dalam sidang akhbar di jabatan itu di sini hari ini.
Abdul Wahab mengulas perkembangan siasatan kes jurukamera sambilan itu yang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Bandar Lama, daerah itu.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa polis mengesahkan kematian Mohamed, 61, disebabkan oleh serangan jantung dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Oleh NORLIZAH ABAS Utusan


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...