Followers

16/04/2013

Lagi Penyokong Kuat Anwar Keluar Parti


Sebelum ini 600 ahli PKR Kuantan, termasuk penggerak jentera Fuziah Salleh meninggalkan PKR. Kali ini giliran 100 ahli PAS dan PKR kawasan Anwar Ibrahim di Permatang pauh meninggalkan parti dan ini menjadikan Anwar semakin tertekan untuk bertanding di sana. Sudahlah Papagomo juga akan bertandin
g di sana, ditambah dengan tindakan keluar parti itu, Anwar semakin gelabah. Penyokong Anwar itu juga sah menyertai Umno sejurus meninggalkan Pakatan Rakyat. Orang sendiri pun sudah tidak ingin lagi degan Anwar.

Mereka beramai-ramai menyerahkan borang menyertai UMNO di hadapan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.  Mereka yang terdiri daripada golongan muda pembangkang di kawasan Parlimen Permatang Pauh dilihat memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana tidak lagi sebulu dengan pimpinan parti.

Kesemua 100 Pemuda Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari cawangan Titi Timbul dan Kubang Hulu di sini mengisytiharkan diri keluar dari parti itu dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd. Said berkata, kesemua bekas ahli pembangkang itu bertindak keluar parti selepas kecewa dengan wakil rakyat pembangkang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan Penanti yang didakwa mengabaikan soal kebajikan penduduk di kawasan itu.

Kelemahan kepimpinan dan mengabaikan tanggungjawab juga menjadi perkara pokok kenapa mereka tinggalkan pembangkang. Malah, permohonan bantuan untuk bina surau pun tiada di negeri Pulau Pinang dipimpin Guan Eng itu apabila permohonan mereka ini diabaikan  setelah berjanji untuk membina surau bagi penduduk flat di sana.

Sebelum ini 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak. Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut.

Jelas mereka rasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu. Perubahan prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah juga menjadi punca mereka meninggalkan PAS.

Keangkuhan Nik Aziz juga menurut bekas penyokong itu semakin jelas apabila mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia sedangkan beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...