message

Followers

11/04/2013

Penjawat Awam Mahu Terima Pakatan


Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.

Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat menyedikan melihat aksi penyokong Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.

Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai "pemalas" "lembab" dan banyak lagi. Nurul Izzah pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’. 

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali. Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah. 

Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’.Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat. Sedangkan, sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor; Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan (300,000); Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat)

Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain, iaitu sekitar 4.68 peratus. Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.

Malah, janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan, adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN?

Sementara diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka. DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.

Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!

Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.

Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam, kita boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang, diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...