Followers

31/12/2013

Kenaikan Melampau Harga Barang, Siapa Patut Di Persalahkan

 
Akhbar Cina melaporkan 14 NGO menyokong demonstrasi 'Turun' membantah kenaikan harga barang yang dicadang diadakan menjelang malam tahun baru ini.   Walaubagaimanapun, kita tidak menjangka penglibatan NGO ini, mahupun masyarakat Cina secara langsung dalam demonstrasi tersebut. 
 
Melihat dari persiapan demonstrasi yang lengkap dengan 't-shirt', promosi dan penerangan yang rapi, kita pasti adanya dalang yang menjadi penganjur dan menyalurkan dana untuk tujuan ini.  Malangnya, setakat ini pihak yang menganjurkan demonstrasi 'Turun' masih lagi mengambil sikap pengecut dengan tidak menonjolkan diri.  
 
Memandangkan demonstrasi adalah strategi utama pembangkang maka kita percaya bahawa demonstrasi Turun ini juga adalah 'kerja' pembangkang.  Namun, mungkin kerana takut ditangkap, maka mereka memilih untuk mengambil sikap 'baling batu sembunyi tangan' sahaja. 
 
Tanpa personaliti besar untuk memimpin demonstrasi ini, kita yakin yang ianya tidak akan membawa sebarang impak bagi isu yang diketengahkan.   
 
Lebih dari itu, tindakan mempromosi gerakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi yang sama mengakibatkan ramai penyokong pembangkang sendiri merasa takut dan mula keliru dengan niat sebenar pihak penganjur. 
 
Dalam perancangan yang kabur tetapi dana yang jelas, sokongan 14 NGO yang disebut oleh akhbar Cina tadi membuatkan kita tertanya-tanya.  Apakah semua ini sekadar 'gimmick' untuk mengaburi mata majoriti rakyat terhadap agenda sebenar pihak tertentu? 
 
Hakikatnya, kaum Cina, yang mewakili golongan peniaga merupakan golongan yang paling beruntung dengan kenaikan harga barang.  Justeru itu, tidak hairanlah kita melihat mereka tidak banyak merungut mengenainya akhir-akhir ini, dan sokongan 14 NGO tadi terhadap kenaikan harga barang nampak bagai lakonan yang tidak menjadi.  
 
Seperti yang kita tahu, peniaga tidak perlu menanggung kos kenaikan tetapi hanya perlu memindahkan kos tersebut ke atas bahu pengguna. 
 
Contohnya, seorang tauke kilang kain yang menanggung kos elektrik yang lebih tinggi pasti akan meningkatkan harga kain yang dihasilkannya.  Seorang tauke kedai kain yang membeli dari kilang itu dan terpaksa membayar harga yang tinggi dari sebelumnya pula pasti akan meningkatkan juga harga kain yang dijualnya.  
 
Secara dasarnya, tauke kilang kain dan tauke kedai kain tadi tidak perlu menanggung apa-apa kenaikan tetapi peningkatan harga sebenar hanya akan ditanggung oleh pengguna.   Kitaran yang sama berulang bagi semua barangan lain. 
 
Peningkatan kos barangan sebenarnya lebih banyak dikawal oleh peniaga berbanding kerajaan.  Amalan monopoli perniagaan oleh kaum Cina menambahkan lagi parahnya keadaan. 
Akhir-akhir ini, masyarakat Melayu yang mewakili pengguna terbesar semakin matang dan bijak untuk memahami hakikat perniagaan di Malaysia.  Tindakan peniaga Cina mengawal barangan asas di musim perayaan sudah cukup membuktikan wujudnya 'permainan' dalam isu harga barang dalam negara ini. 
 
Maka tidak hairanlah akhir-akhir ini orang-orang Melayu bertindak balas dengan melancarkan kempen boikot barangan Cina.  Jika selama ini orang Melayu cukup terbuka dan tidak rasis dalam memilih barangan tetapi kini semakin ramai yang peka dan hanya memilih barangan bumiputera atau bukan Cina sahaja. 
 
Kaum Cina tidak dapat memperbodohkan pengguna dengan 'gimmick' marahkan kerajaan kerana harga barang naik.  Untuk makluman mereka, pemikiran rakyat telah berubah seiring dengan kemajuan negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional.  Orang Melayu sudah semakin sedar di mana sebarang usaha untuk memperbodohkan mereka tidak lagi membawa kesan yang sama seperti dahulu. 
 
Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina itu hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kepada negara dan golongan yang kurang berkemampuan. 
 
Kononnya mereka inginkan keadilan.  Tetapi keadilan dalam kamus kaum Cina ialah apabila mereka mendapat segala-galanya.      
Sent from my BlackBerry® smartphone

Kebebasan Media Bukan Bermakna Boleh Melanggar Undang-undang

 
Tindakan kerajaan menggantung 'The Heat' iaitu media berbahasa Inggeris yang khabarnya berdaftar sebagai majalah tetapi telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan akhbar, mendapat reaksi 'luarbiasa' di kalangan segolongan masyarakat Malaysia, umumnya penyokong pembangkang, khasnya masyarakat Cina. 
 
The Heat bukanlah sebuah akhbar popular malah ramai yang tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini. Namun, penggantungannya dijadikan isu besar oleh golongan ini hanya kerana antara percetakan terakhir akhbar tersebut merupakan kritikan terhadap isteri Perdana Menteri. 
 
Jelas, yang ingin dijadikan isu di sini bukan soal penggantungan The Heat tetapi soal apa yang dicetak oleh akhbar itu.  Tujuan mereka dengan terus memperkatakan mengenai penggantungan The Heat ialah agar dapat memburukkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia secara lebih 'meluas'.
 
Sebenarnya, kebebasan media di Malaysia bukanlah satu perkara yang perlu diperdebatkan. 
 
Kewujudan akhbar-akhbar fitnah dan sampah atas nama 'pembangkang'yang bersepah dijual sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan media sewajarnya.  Malah, tidak salah jika dikatakan bahawa media Malaysia telah dibiarkan 'terlalu bebas' sehingga berani menyebarkan hasutan dengan sewenang-wenangnya terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina. 
 
Lebih dari itu, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberi kebebasan kepada akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar perdana. 
 
Selama ini juga, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga akhbar milik pembangkang adalah bebas untuk menyindir, mengkritik, mengecam atau mengutuk Perdana Menteri Malaysia dan juga kerajaan sama ada secara halus, lantang, tersurat mahupun tersirat tanpa diambil apa-apa tindakan.   
 
Tidak cukup dengan tulisan, pihak yang sama juga menjadikan kutukan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai makanan harian, perisian rohani dan jasmani di mana-mana saja sama ada di dalam atau di luar negeri. 
 
Jika kerajaan tidak pernah peduli dengan mereka ini, maka kenapa pula kerajaan perlu merasa 'panas' dengan The Heat seperti yang dicanangkan pembangkang?    
 
Logiknya, jika mereka yang menyebarkan fitnah Altantuya atau cincin berjuta milik Datin Seri Rosmah masih terus hidup, bebas dan merdeka, maka kenapa pula The Heat harus digantung hanya kerana mengkritik personaliti yang sama? 
 
Hakikatnya, The Heat bukan digantung kerana apa yang dicetaknya tetapi kerana melanggar undang-undang.  Walaupun begitu, kita bersetuju jika kerajaan bertegas menghukum media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan hasutan sesuka hati.  
 
Mungkin dalam soal ini, kerajaan perlu mencontohi pembangkang yang sering membelakangkan hak kebebasan media sekiranya media itu melaporkan sebarang keburukan parti mereka.   Bukan rakyat Malaysia tidak biasa dengan seruan boikot Utusan Malaysia atau TV3 oleh pembangkang.   Kita juga biasa melihat pembangkang membuat 'demo' membakar akhbar yang 'dimusuhi' mereka. 
 
Pembangkang sering mengugut untuk menyaman mana-mana media yang melaporkan keburukan mereka. 
Jangankan melaporkan keburukan pembangkang, bertanyakan soalan juga tidak dibenarkan.  Itulah yang berlaku apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berhadapan dengan wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya. 
 
Pembangkang telah biasa menyeru penyokong  mereka agar jangan membaca akhbar yang bukan merupakan pro kepada perjuangan mereka sedangkan kerajaan tidak pernah menghalang rakyat untuk membaca apa saja. 
 
Justeru, melihat dari cara pembangkang menangani isu The Heat membuat kita semakin muak dengan parti itu. Hipokrasi pembangkang nampaknya tiada batasan.  
 
Pesan kita, sekiranya ingin berpolitik pun, janganlah melanggar undang-undang.  Bagaimana kita boleh membayangkan pembangkang sebagai pemerintah jika sering menyokong dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang? 
Sent from my BlackBerry® smartphone

27/12/2013

Menteri Besar Kelantan Takut Dengan Suara Ghaib

Mungkin kerana tidak tahan dengan 'tekanan' dari pelbagai pihak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob terpaksa menarik semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak menghantar wakil dalam 'Himpunan Untuk Mengulingkan Kerajaan'.

Ahmad Yaakob yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengatakan himpunan yang bakal diadakan itu adalah merupakan gerakan rakyat.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Yaakob sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang di adakan di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu Selasa lalu.

Menurutnya Pas Kelantan telah memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

Malah keyataan tersebut turut disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi,

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

Persoalannya ialah mengapakah, Ahmad Yaakob 'flip-flop' berhubung isu ini? Apakah ada arahan dari pihak tertentu yang memintanya agar segera menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini?

Tambah mengelirukan mengapakah kenyataan menyokong himunan jalanan ini hanya dibuat melalui akaun Facebook? Apa yang pasti ialah Ahmad Yaakob mungkin terpaksa akur dengan 'suara ghaib' yang meminta segera mengubah pendirian yang dibuat sebeum ini.

Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan'liberal' yang semakin menguasai Pas.
Sent from my BlackBerry® smartphone

25/12/2013

Sebuah Puisi Oleh Timbalan Menteri Kewangan

Dengan niat majukan negara,
Agar pendapatan bertambah tinggi,
Indeks kesejahteraan rakyat happy.

Diumum bantuan persekolahan,
Baucher buku diteruskan,
Pergi hospital seringgit cuma,
Banyak Klinik 1Msia,
Di Kedai Rakyat murah segala.

Subsidi petrol dan juga diesel,
Kereta besar dan yang kecil,
Minyak masak, beras dan tepong,
Kerajaan bantu utk tampong,
Subsidi gas memasak juga ada,
Banyak sekali potongan harga.

Pelajar miskin diberi dana,
Buku teks pula semua percuma,
Tiada lagi yuran pereksa,
PTPTN tak perlu dibayar,
Jika kelas pertama waktu belajar.

Subsidi padi ada enam,
Bantuan bulanan utk nelayan,
Tabung perniagaan ada puluhan,
Utk bantu tambah pendapatan,
BR1M sudah dinaikkan,
Ditambah insuran khairat kematian.

Bajet 2013 PM bentang,
Ada 100 pengumuman,
Sejahtera rakyat diutamakan,
Utk kita kuatkan ekonomi,
Tahan dirempuh globalisasi.

Rakyat umpama batu permata,
Digilap ditatah jadi cincin,
Di jari manis bergemerlapan,
Jadi simbol kebahagiaan.

Transformasi di sana sini,
Utk perubahan arah kebaikan,
1Msia dijadikan bukti,
Kerana perpaduan negara aman,
Akta baru dah dimetri,
Hidup tenteram tidur nyaman.

Kerajaan ingat pesan Tuhan,
Setiap perkara ada balasan,
Nasib rakyat perlu pembelaan.
Ini janji yg dikotakan.

Kerajaan atur belanja,
Agar subsidi tidak tersasar,
Agar defisit tidak besar,
Penarafan baik antarabangsa,
Ekonomi maju utk semua,
Agar rakyat tidak merana.

Kuasa Kerajaan dari rakyat,
Naiknya Kerajaan dari rakyat,
Jatuhnya Kerajaan dari rakyat,
Ingatan itu sentiasa terpahat,
Amanah pemerintahan terus didaulat,
Agar hidup selamanya berkat.

ABM,
25/12/13.
(Puisi oleh YB.Datuk Ahmad Maslan, Timb.Menteri Kewangan)
Sent from my BlackBerry® smartphone

24/12/2013

Ada Ahli PAS Mengaku Mat Sabu Syiah

Polemik mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu seperti tiada penghujungnya. Terbaru, perkara itu telah di dedahkan oleh Ustaz Ashiq Ilahi, seorang mudir dari Al-Maahad Al-Fathoni, atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah.

Beliau yang merupakan ahli Pas itu, menjelaskan pendedahan yang dilakukan itu adalah hasil siasatan yang dilakukannya sejak sekian lama. Menurutnya melalui temubual yang dilakukan terhadap rakan-rakan karib Mat Sabu dan guru-guru beliau, majoriti mengatakan Timbalan Presiden Pas itu adalah merupakan seorang penganut fahaman Syiah.

"Sekiranya kita bertanya kepada ahli-ahli agama yang berfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah, (khususnya) di dalam Pas sendiri, semua akan mengatakan bahawa Mat Sabu ini memang (berfahaman) Syiah.

"Contohnya, Tok Guru Hj Salleh di Sik (juga merupakan salah seorang pengikut tegar Pas) sendiri turut mengetahui mengenai fahaman Syiah Mat Sabu ini, malah (beliau) banyak kali berpesan kepada ahli-ahli kuliahnya agar berhati-hati dengan Mat Sabu" katanya.

Menurut Ustaz Ashiq lagi, baru-baru ini seorang rakannya ada menziarahi Tok Guru Hj Salleh di kediamannya. Antara pesan yang disampaikan kepadanya ialah meminta agar Mat Sabu kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.

"Seperti yang didedahkan oleh KDN sebelum ini, antara 10 bukti yang mengatakan Mat Sabu menganut fahaman Syiah disebutkan oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Rahman, daripada Pondok Sungai Jagung.

"Menurutnya (Tok Guru Abdul Rahim) lagi, beliau pernah ternampak Mat Sabu bersembahyang dengan ciri-ciri Syiah di dalam ibadatnya" jelas Ustaz Ashiq.

Di dalam isu yang lain, Mat Sabu turut ditempelak oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang mempertikaikan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru bagi menggantikan Mohd Salleh Man yang telah digugurkan. Menurut Hafis, sebelum ini Mat Sabu pernah menolak cadangan untuk memintanya menerajui kepimpinan Pas negeri.

Yang menjadi persoalannya ialah, dia bukan setakat menolak cadangan tersebut namun turut mencadangkan agar jawatan tersebut diberikan kepada Mohd Salleh.

"Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh. Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya kepada pihak media sebelum ini.

Menurutnya perlantikan Mat Sabu itu seperti ada yang tidak kena dan dilihat wujud satu agenda yang tersirat.

Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.

Kesimpulannya semua kenyataan ini adalah merupakan bukti, bahawa Umno/BN langsung tidak terlibat dalam serangan dan gerakan terhadap Mat Sabu ini. Apa yang jelas, ramai di kalangan pengikut dan ahli Pas sendiri sebenarnya tidak senang dengan perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti dan Pesuruhjaya Pas negeri.

Pada mereka, Mat Sabu hanya layak dijadikan 'kuda tunggangan' di atas pentas-pentas ceramah sahaja. Ini kerana selain mampu mengumpulkan jumlah hadirin yang ramai, Mat Sabu juga dilihat boleh memberikan 'pulangan' yang memberangsangkan hasil dari kutipan derma yang dijalankan.

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=I4HuLQzaN5U#t=140

Sent from my BlackBerry® smartphone

Pengerusi (TURUN) Di Tahan Reman

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar ditahan reman kira-kira jam 11 malam tadi.

Dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini.

"Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi.

Turun merancang untuk mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan.

Harap pihak polis bertegas ke atas puak mereka ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone

"31 Disember Kerajaan Malaysia Bertukar Tangan. Menjelang 1 Januari, Kuala Lumpur Di Tawan”

PDRM Segera Siasat Dan Tahan Mereka Yang Mahu Guling Kerajaan

Pasti ramai yang telah mendengar atau mengetahui mengenai satu himpunan jalanan yang bakal diadakan oleh pakatan pembangkang dalam masa yang terdekat ini. Tidak cukup dengan portal dan blog, para macai mereka turut menjadi agen promosi tidak rasmi dalam menghebahkan perkara ini melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Tujuan mereka cuma satu, bagi memastikan kehadiran pada demonstrasi yang di diadakan pada kali ini boleh dikategorikan sebagai 'pecah panggung'. Ini kerana seperti yang diketahui umum, pengaruh dan sokongan rakyat kepada pakatan khusus Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin hari merudum. Buktinya, beberapa siri himpunan jalanan yang diadakan selepas pilihanraya umum yang lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Paling menarik, antara ayat 'klise' yang sering digunakan setiap kali mereka  mengadakan himpunan jalanan ialah 'ia diadakan secara aman'. Sedangkan kita semua tahu, himpunan jalanan yang diadakan adalah bertujuan untuk menagih simpati rakyat sekali gus menumbangkan kerajaan dengan kekerasan.

Kita juga sering mendengar, setiap kali berakhirnya perhimpunan atau demonstrasi jalanan anjuran parti pembangkang ini, pelbagai pihak akan disalahkan dengan pelbagai tuduhan. Kononnya pihak berkuasa telah bertindak zalim dan luar batas kemanusiaan terhadap para peserta yang kononnya datang secara aman bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka.

Tanpa mengambil kira pelbagai provokasi yang dilakukan mereka, lalu dengan mudah meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kononnya ganas terhadap wanita, warga emas, kanak-kanak dan sebagainya yang hadir dalam himpunan jalanan yang diadakan. Paling sadis, apabila pernah satu ketika salah seorang peserta himpunan berpura-pura mati kerana terhidu gas pemedih mata yang dilemparkan bagi menarik simpati rakyat.

Berbalik kepada demonstrasi jalanan yang akan diadakan ini, mereka tidak lagi berselindung di sebalik perhimpunan aman, namun secara terang-terangan mengaku mahu menggulingkan kerajaan dan akan cuba menimbulkan huru-hara. Berikut adalah antara cebisan pesanan dan komen yang dihantar melalui laman sosial Facebook.

"Tahukah anda : pada malam 31 Disember kerajaan Malaysia bertukar tangan. Menjelang 1 Januari, Kuala Lumpur sudah di tawan"

"Hidup Rakyat, gulingkan kerajaan yang zalim" menurut Asma Nabilah.

"Kami sentiasa bersedia mengangkat senjata sekiranya tiada pilihan tok (untuk) lenyapkan rejim Umno dari muka bumi ini" kata Humaidi Albaq.

"Kalau setakat datang nak dengar ceramah, nak lepak kat padang, sorry gua tak berminat. Kalau datang nak claim Kuala Lumpur untuk revolusi, untuk lumpuhkan ekonomi, itu baru gua datang. Dah sampai masanya untuk kita revolt, bukan vote lagi" tegas Shaiful Azren.

Berdasarkan pesanan-pesanan ini, jelas membuktikan sebilangan mereka yang hadir ingin mencetuskan huru-hara dan mereka berselindung di sebalik sambutan malam tahun baharu. Golongan itu mendakwa mahu menyelit di sebalik kumpulan orang ramai yang mahu meraikan ketibaan 2014 bagi menunjukkan ramai yang menyokong usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Namun, perkara paling membimbangkan bukannya bilangan peserta sebaliknya orang awam yang tidak terlibat sama mungkin akan terperangkap bersama anggota kumpulan ini ketika agenda peribadi mereka digerakkan.

Lebih teruk jika kumpulan itu hilang kawalan dan orang awam juga yang menjadi mangsa sama ada cedera dan hilang harta benda mahupun pertumpahan darah jika berlaku pertembungan antara pihak berkuasa dan peserta demonstrasi.

Sedangkan tahun 2014, adalah tahun untuk mereka yang telah dipilih, tidak kira daripada parti pemerintah mahupun pembangkang, mula bekerja menabur khidmat kepada rakyat yang telah mengundi mereka. Sepatutnya kita sudah boleh meneruskan hidup seperti biasa.

Kesimpulannya pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan dan pencegahan kerana ia bukannya langkah ke belakang dalam sistem demokrasi, kerana ianya adalah langkah ke depan yang diamalkan semua negara maju untuk kekalkan keamanan.

Sekiranya hasil siasatan terbukti individu atau kumpulan tersebut memang sengaja mahu menggadai keamanan negara demi kepentingan peribadi, maka tangkap sahaja, dakwa dan kenakan hukuman paling berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain kelak.

Sent from my BlackBerry® smartphone

23/12/2013

Berita Baik Untuk Pengguna Tol

Ada berita baik untuk penguna tol.

Dengar khabar esok 24 Disember 2013 katanya akan ada berita baik kepada pengguna lebuhraya bertol.

Mudah-mudahan ianya berita yang ditungu-tungu. Sama-sama kita tunggu apakah berita baik itu esok.

Sebelum pada itu kerajaan juga telah menjelaskan bahawa:

1. Berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. Namun, Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. Sebaliknya, Kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014.

2. Sejak tahun 2008, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya:

i. penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya;

ii. penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan 7 plaza tol;

iii. pengurangan kadar tol yang melibatkan 3 lebuh raya; dan

iv. penstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD.

3. Dalam mempertimbangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, Kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani agar terus mendapat keyakinan pelabur dan supaya tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Dalil Mengapa Guan Eng Dianggap Diktator Dan Tokong Penang

Ramai yang seakan tidak percaya apabila ada yang mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengamalkan pemerintahan kuku besi dan bersikap 'diktator'. Malah tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda Umno semata-mata yang dikatakan cemburu dengan sikap 'keterbukaan' Guan Eng yang ingin mencontohi pemerintahan ala Khalifah Islam, Umar Abdul Aziz atau pentadbiran 'Amar Makruf, Nahi Mungkar'.

Namun sejak dia mengambil alih pemerintah Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008, satu demi satu tembelangnya mula dapat dilihat. Daripada seorang yang kononnya bersikap terbuka kepada Islam dan orang Melayu, dia mula dilihat sebagai pemimpin yang tebal dengan semangat kecinaan dan 'ultra kiasu'.

Sebagai contoh, sejak terpilih sebagai Ketua Menteri, Guan Eng sering dilihat berlaga-angin dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Sebelum ini dia dikatakan kurang senang dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin yang juga merupakan Timbalannya pada ketika itu ekoran sikap 'kemelayuan' yang ditunjukkan.

Atas sebab itu, Fairus dikatakan telah 'didesak' agar melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Adun kerana dikatakan terlibat dengan isu rasuah. Namun siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akhirnya membuktikan beliau tidak bersalah. Selain daripada itu, pelbagai alasan lain turut diberikan sehingga akhirnya memaksa Fairus untuk akur dengan kehendak tersebut.

Tempat Fairus sebagai Adun akhirnya digantikan pula dengan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, iaitu Dr Mansor Othman. Sejurus selepas dia berjaya memenangi kerusi DUN Penanti dalam pilihanraya kecil, Mansor akhirnya diberikan jawatan sebagai TKM 1.

Namun Mansor tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal hati budi dan sikap sebenar Guan Eng. Ekoran tidak tahan dengan sikap Guan Eng itu, Mansor dilaporkan telah menyelar Setiausaha Agung DAP itu sebagai angkuh, sombong dan dan 'tokong'.

Kenyataan tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Mansor pada satu Mesyuarat Strategik PKR tahun lalu yang antara lainnya berkisar mengenai soal pembahagian kerusi di Pulau Pinang pada PRU-13 dan peluang memenanginya. Paling menarik, sahabat karib kepada Anwar itu tidak pernah menafikan kenyataannya yang menganggap anak Kit Siang itu sebagai 'tokong' yang sentiasa menagih 'ketaatan' dari sesiapa sahaja yang berada di bawahnya.

Ekoran perbalahan tersebut, Mansor akhirnya ditukarkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Nibong Tebal berbanding kerusi Dun dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Dengan penukaran itu, ia secara tidak langsung membolehkan Guan Eng untuk melantik 'orang baru' bagi menggantikan Mansor.

Sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal yang ke-2, Guan Eng mengumumkan Mohd Rashid Hasnon sebagai Timbalannya bagi menggantikan tempat Mansor.

Selain Fairus dan Mansor, Guan Eng turut menerima kritikan dan kecaman dari mantan pimpinan pakatan yang lain antaranya bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Zulkifli Mohd Noor. Begitu juga dengan bekas anggota Parlimen PKR termasuk Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju). Tidak kurang juga kalangan pemimpin parti di peringkat akar umbi.

Malah bekas Adun Teratai dari DAP, Ying Lee Ha atau lebih dikenali sebagai Jenice Lee turut menyifatkan Guan Eng sebagai 'Tokong Yang Sangat Berkuasa' baik di dalam politik Pulau Pinang mahupun kepimpinan DAP seluruh negara.

Jenice mendakwa, 'kumpulan tokong' itu sangat berkuasa sehingga tidak ada sesiapa yang boleh melawan mereka. Andai sesiapa bertindak berdepan dengan mereka, maka hayat mereka akan habis di situ sahaja. Bukan sahaja ahli-ahli akar umbi dilihat terpaksa menghambakan diri mereka kepada kumpulan itu, bahkan turut melibatkan hampir semua penyokong parti.

Disebabkan sikapnya yang begitu mengikut prinsip, Jenice akhirnya 'dibunuh' melalui satu gerakan terancang yang direka khas selama beberapa bulan. Pada saat-saat akhir sebelum pilihanraya, dia dituduh dengan tuduhan yang langsung tidak masuk akal kononnya pembantunya terlibat dengan penyelewengan wang. Dia kemudian dipanggil, disoal siasat dan kemudian digantung keahlian tanpa Jenice sendiri mengetahuinya.

Sikap 'tokong' Guan Eng tidak berhenti setakat itu sahaja, dia turut dikatakan mencampuri urusan politik rakan sekutunya Pas hanya kerana tidak berpuas hati dengan kritikan yang dilemparkan oleh pemimpin Pas negeri termasuklah bekas Pesuruhjayanya, Salleh Man.

Pengguguran jawatan Salleh Man itu akhirnya diisi oleh Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang juga merupakan sahabat akrab kepada Guan Eng. Disebabkan 'keakraban' itu Mat Sabu telah diberikan kedudukan dan imbuhan istimewa dalam sebuah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan negeri.

Kesimpulannya kenyataan Guan Eng yang kononnya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Islam hanyalah merupakan retorik semata-mata. Ini kerana pada hakikatnya Guan Eng sebenarnya mengamalkan corak pemerintahan kapitalis dan diktator. Atau dalam bahasa mudah, corak kepimpinan DAP di Pulau Pinang bukannya untuk membela rakyat sebaliknya satu pemerintahan kuku besi yang hanya memberi kepentingan kepada golongan bertaraf elit yang cenderung menyokongnya
Sent from my BlackBerry® smartphone

21/12/2013

Keputusan Rasmi Pemilihan MCA 2013-2016

OFFICIAL RESULT MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION FOR ELECTION OF MCA CENTRAL COMMITTEE FOR 2013-2016.

PRESIDENT
1 ONG TEE KEAT 160
2 GAN PING SIEU 1000
3 LIOW TIONG LAI 1186

DEPUTY PRESIDENT
1 WEE KA SIONG 1408
2 LIM SIANG CHAI 927

VICE PRESIDENT
1 LEE CHEE LEONG 1642
2 HOU KOK CHUNG 1475
4 CHUA TEE YONG 1343
5 CHEW MEI FUN 1230

CENTRAL COMMITTEE MEMBER
1 TEOH SEW HOCK 1455
3 LEE HONG TEE 1283
5 TAN TEIK CHENG 1175
10 OOI EYAN HIAN 1205
11 TAN CHER PUK 1219
14 HOH KHAI MUN 1204
16 CHUAH POH KHIANG 1152
17 YOO WEI HOW 1204
21 POR CHOO CHOR 1123
23 TOH CHIN YAW 1711
24 EI KIM HOCK 1185
25 LUA CHOON HANN 1601
30 KOH NAI KWONG 1743
35 MAH HANG SOON 2023
43 ONG KA CHUAN 1525
44 OOI SIEW KIM 1250
46 CHAI KIM SEN 1262
48 KONG SING CHU 1279
49 LIM CHIN FUI 1245
50 NG CHOK SIN 1172
52 BOEY CHIN GAN 1255
53 CHIN TUNG LEONG 1319
34 TI LIAN KER 1138
57 GAN TIAN LOO 1330
Sent from my BlackBerry® smartphone

20/12/2013

MCA Ingin UMNO Tunduk Pada Cina Baru Nak Buat Kerja?  

Perhimpunan Agung MCA yang berlangsung semalam memperlihatkan desakan untuk mencabar perlembagaan dengan mempertikai dasar kerajaan mengenai hak bumiputera.  Tanpa mengambil kira bahawa dasar itulah yang menjamin keharmonian negara selama ini, MCA menuduh UMNO sebagai bersikap rasis kerana terus mempertahankannya. 
 
MCA juga di masa yang sama meluahkan rasa tidak senang dengan ucapan-ucapan pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan Melayu.  Seolah-olah mengugut, MCA mengingatkan UMNO agar tidak membuat ucapan yang dikatakan berbaur rasis. 
 
Mungkin sudah tiba masanya perkataan 'rasis' diberi definisi yang lebih mendalam.  Apakah rasis sekiranya kita mempertahankan bangsa sendiri?  
 
Sekiranya ucapan yang berbunyi 'kita akan terus mempertahankan hak Melayu' adalah rasis, apakah pendirian Dong Zong untuk 'terus mempertahankan pendidikan dan bahasa Cina' tidak rasis?   Kenapa MCA tidak pernah mengecam Dong Zong? 
 
Sekiranya ungkapan 'pendatang' terhadap Cina adalah rasis, apakah seruan 'Melayu bodoh, malas, bukan penduduk asal, pergi masuk hutan, pergi mati' tidak rasis?    
 
Sekiranya hak bumiputera adalah rasis, apakah pra-syarat bekerja di syarikat swasta yang mewajibkan bahasa Mandarin tidak rasis? 
 
Sekiranya sektor awam didoniminasi bumiputera adalah rasis, apakah sektor swasta didominasi Cina tidak rasis? 
 
Justeru, di mana letaknya sempadan atau garis tepat perkataan 'rasis' ini? 
 
Jika kita tidak mengikuti perkembangan politik dan mendengar ucapan-ucapan pemimpin MCA di dalam perhimpunan tersebut, maka kita tentu akan menyangka yang ianya adalah perhimpunan DAP.  Telah terbukti kini bahawa perjuangan MCA dan DAP sama sahaja, kedua-duanya hanya inginkan satu perkara iaitu agar Melayu tunduk kepada Cina.
 
Tidak perlu berlindung di sebalik seruan kesamarataan atau keadilan kerana kita tahu bahawa kaum Cina tidak akan bersaing secara adil dalam apa jua keadaan.  Sudah sekian lama negara ini menyaksikan bagaimana kaum Cina menutup peluang kaum lain dalam perniagaan.  Untuk mengatasinya, kerajaan cuba meningkatkan daya saing orang Melayu melalui dasar-dasar yang mempertahankan hak-hak bumiputera. 
 
Namun ternyata sikap kaum Cina yang enggan memberi peluang kepada bangsa lain membuatkan cita-cita kerajaan untuk melihat persaingan yang sihat antara kaum masih belum dapat direalisasikan. 
 
Ditambah pula dengan sikap orang Melayu sendiri yang gagal berubah menjadi lebih pro-aktif dan agresif, menggandakan kesukaran untuk mencapai cita-cita murni ini. 
 
Bagaimanapun, di pihak UMNO, kita tidak ada masalah untuk mengakui salah silap bangsa sendiri dan terus berusaha untuk memperbaikinya. 
 
Apa yang dikesalkan ialah di pihak MCA yang enggan mengaku keburukan sikap bangsa Cina yang tamak dan gemar menipu atau mengsabotaj bangsa lain sebagai antara  faktor utama kegagalan mencapai cita-cita itu. 
 
Kaum Cina sama ada dari MCA atau DAP sama-sama enggan memikul apa-apa tanggungjawab langsung atas apa-apa jua yang berlaku.  Sehinggakan prestasi BN yang teruk dalam PRU lalu juga diletakkan sepenuhnya oleh MCA di atas kepala UMNO.   
 
Secara dasarnya, MCA seolah-olah berkata "sekiranya hak bumiputera dihapuskan dan UMNO berhenti dari membela Melayu serta membiarkan kaum Cina mendominasi semua sektor di Malaysia,  maka barulah kaum Cina akan menyokong BN". 
 
Bukankah ini tidak adil?  Apakah dengan menurut kemahuan satu kaum sahaja merupakan satu langkah yang baik untuk negara?  Apakah MCA buta atau sememangnya hipokrit yang paling hina? 
 
Umum tahu bahawa prestasi BN teruk pada PRU yang lalu adalah kerana MCA tidak buat kerja.  Semuanya kernaa MCA tidak lagi mendokong aspirasi BN mahupun kerajaan Malaysia.  MCA mengimpikan Malaysian Malaysia DAP.  Di masa yang sama MCA juga tamak dan licik kerana enggan keluar dari BN demi kuasa untuk menekan kerajaan dari dalam. 
 
MCA terlalu angkuh merasakan yang UMNO perlu tunduk kepada Cina kerana Cina menguasai ekonomi negara.  MCA tidak sedar bahawa penguasaan ekonomi oleh kaum Cina itulah bukti bahawa UMNO itu adil dan tidak rasis serta tidak pernah menindas sesiapa. 
 
Selama ini, UMNO tidak pernah menyeru orang Melayu agar memboikot barangan Cina.  UMNO tidak pernah berdendam walaupun sedar yang Cina mendiskriminasi peniaga dan pekerja Melayu dalam sektor swasta. 
 
Malah, UMNO berusaha mengatasinya dengan cara menegur dan membantu Melayu, bukannya dengan 'memerangi' Cina.  Namun, sikap chauvinis kaum Cina telah menidakkan semua ini.  MCA mahupun DAP terus dibutakan oleh keangkuhan yang keterlaluan. 
 
Sudah sampai masa untuk UMNO sedar bahawa sikap chauvinis dalam diri kaum Cina adalah semulajadi.  Ia tidak boleh diubah sama sekali.  Rasionalisasi moral dan fakta tidak akan mampu untuk membuat bangsa itu mengakui kesalahan sendiri. 
 
Dengan itu, kita harap tidak ada pemimpin UMNO yang kecut perut dengan 'ugutan' MCA ini.  Telah terbukti yang UMNO adalah cukup kuat walaupun sekadar berdiri atas kaki sendiri. 
 
Sedarlah bahawa UMNO sedang diuji, dicabar dan diugut agar melonggarkan barisan.  Satu-satunya cara untuk menghadapi ancaman sebegini ialah dengan memperkukuhkan barisan itu, yakni memperkasakan sokongan Melayu secara jitu. 
 
Pilihan bukan di tangan UMNO, tetapi di tangan MCA untuk terus berpegang kepada kontrak sosial dan semangat setiakawan BN, atau mengambil pendekatan 'ubah' seperti DAP.  
 
Ingatlah, maruah UMNO terletak pada prinsipnya.  Jika UMNO sudah tidak mampu lagi mempertahankan prinsip itu, maka tiada sebab lagi bagi orang-orang Melayu untuk terus menyokong UMNO. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

19/12/2013

SIRI PEMBOHONGAN PEMBANGKANG JADIKAN ANWAR RAJA AUTA MALAYSIA

Pembangkang terlalu kecewa disebabkan kekalahan mereka untuk merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu sehingga terus menggunakan strategi fitnah, pembohongan dan tohmahan untuk menyerang kerajaan.

Bukan sahaja itu pembangkang juga menggunakan kaedah yang sama untuk memburuk-buruk semua dasar dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan untuk kebaikan rakyat dan negara.

Strategi fitnah dan pembohongan adalah sebahagian daripada prinsip yang terkandung di dalam 'Protocols of Elders of Zion' sebuah manuskrip yang menggariskan perancangan puak Yahudi-Zionis untuk menguasai dunia.

Sasaran utama buku adalah untuk melemahkan negara-negara Islam dan perpaduan umat Islam.

Sejarah telah membuktikan bagaimana strategi pecah dan perintah yang juga dibincangkan di dalam buku tersebut telah meruntuhkan empayar Islam Uthmaniyah pada tahun 1924.

Dengan itu berakhirlah sistem khalifah yang menjadi teras kekuatan kerajaan Uthmaniyah yang memerintah hampir satu pertiga dunia dalam tempoh hampir 800 tahun.

Empayar Uthmaniyah dipecah-pecah oleh penjajah Inggeris ketika itu sehingga tertubuhlah negara haram Israel di bumi Palestin pada 1948.

Oleh sebab ketua umum PKR, Anwar Ibrahim mempunyai hubungan amat rapat dengan tokoh-tokoh penting gerakan Kristian-Yahudi-Zionis antarabangsa, pelan yang sama telah dilaksanakan oleh beliau di Malaysia.

Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang agama, Malaysia amat dicemburui oleh negara-negara Barat yang tidak mahu sebuah negara Islam yang maju dan progresif.

Sebagai sebuah negara yang ungggul di kalangan negara-negara Islam di dunia dan juga negara-negara membangun, Malaysia dan kepimpinan yang menerajui kerajaan negara ini menjadi sasaran kepada musuh-musuh Islam.

Maka agen atau talibarut Barat akan di letakkan di dalam sistem politik negara untuk membuat huru hara dan memporak perandakan masyarakat supaya negara menjadi tidak stabil.

Apabila negara terjerumus dalam keadaan kacau bilau maka ekonominya akan menjadi lemah, lumpuh dan akhirnya bankrap.

Pada masa itu institusi yang didalangi Yahudi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia akan mengambil peluang keemasan itu untuk menjajah semula negara.

Kalau dahulu penjajahan Barat ke atas tanah air adalah melalui kekerasan ketenteraan, tetapi kali ini strateginya lebih licik dan halus dari sudut ekonomi dan kewangan.

Oleh menjayakan agenda mereka, Yahud-Zionis memerlukan seorang hamba yang taat setia serta bersedai melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Mereka melengkapkan Anwar denga wajah dan topeng Islamik supaya mendapat kepercayaan dan keyakinan orang Melayu dan umat Islam di dalam dan di luar negara.

Maka Anwar pun dicanang sebagai seorang pemimpin 'Renaissance' atau pembaharuan dalam dunia Islam.

Pembaharuan yang dibawa bukanlah memberi keuntungan kepada Islam tetapi untuk menyuntik agenda menjahanamkan kekuatan islam dan umat Islam sebagai yang pernah dilakukan kepada Kerajaan Uthmaniyah dahulu.

Jika dilihat sepanjang lima tahun sejak 2008, Anwar dan parti-parti pembangkang menggunakan kaedah fitnah dan pembohongan dengan sepenuhnya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO-Barisan Nasional.

Apa sahaja yang boleh difitnah dan dibuat pembohongan akan dilakukan mereka tanpa rasa bersalah.

Dalam segala gerakan fitnah yang dilancarkan terhadap kerajaan dalang dan perancangnya adalah Anwar sendiri.

Daripada isu Scorpene, PKFZ, SPR, SPRM, dakwat kekal, NFC sehingga kepada fitnah pengundi hantu Bangladesh, semuanya ini adalah peranan Anwar.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang menyerang pula sosok peribadi isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah.

Terkini bermacam-macam fitnah dilemparkan kepada beliau berhubung lawatan ke Qatar, Dubai, Sri Lanka dan Bangladesh dengan dakwaan menyalahguna kemudahan jet eksekutif kerajaan.

Datin Seri Rosmah sendiri akhirnya terpaksa menjawab bahawa siri lawatan beliau tersebut adalah tugas kenegaraan berkaitan Permata Negara, agenda pemerkasaan peranan wanita dan pendidikan kanak-kanak di samping mengatasi masalah kemiskinan.

Perdana Menteri juga terpaksa mendedahkan peranan dan jasa isterinya di belakang tabir yang dilakukan untuk kebaikan negara.

Apa yang dilakukan oleh pembangkang melalui strategi ini adalah untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan dengan mengada-adakan pelbagai cerita yang tidak berlandaskan fakta dan kenyataan.

Strategi pembohongan Anwar tidak akan berpenjangan kerana kini rakyat sudah tahu beliau adalah Raja Auta Malaysia nombor wahid.
Sent from my BlackBerry® smartphone

18/12/2013

Malam Tahun Baru Di Nodai

Seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini. Tidak ketinggalan para pencacai mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.

Yang menghairankan ialah, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Pelik bukan!

Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses pilihan raya umum ke-13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan.

Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini.

Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut. Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.

Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada program tersebut.

Tidak lama selepas, mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili suara anak muda, untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah yang akan dijalankan.

Namun rata-rata di kalangan seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang, apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, walaupun sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi yang diadakan.

Pada satu ketika, dia meminta agar sistem demokrasi itu ditolak, namun dalam masa yang sama dia tetap mengangkat sumpah. Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.

Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar, mereka yang berhimpun akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Malangnya, program yang diadakan itu sekali lagi GAGAL mendapat sambutan.

Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi? Jawapannya mudah, pakatan pembangkang nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.

Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun baru. Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api.

Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.

Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini. Malah mereka juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai.
Sent from my BlackBerry® smartphone

17/12/2013

Prinsip DAP Sayangkan Melayu



DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14 berbanding 40% dalam PRU-13. Menurut Teresa Kok, parti itu akan bekerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini berjaya direalisasikan.


Walaupun cita-cita DAP begitu tinggi untuk meningkatkan sokongan Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang parti itu akan melutut, menyembah atau memberi peluang kepada Melayu dalam apa jua keadaan.


Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat Islam.

DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat perkauman Cina di sektor-sektor swasta yang didominasi kaum itu. Malah, sifat perkauman lebih terserlah dan sifat bongkak kaum Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati.


Bayangkanlah, semua ini dilakukan dalam pada DAP ingin meraih sokongan Melayu!


Walaupun UMNO sering dituduh DAP sebagai perkauman dan meminggirkan kaum Cina, tetapi UMNO tetap memberi peluang dan menyediakan platform kepada pemimpin dari kaum Cina untuk turut bersama di dalam kabinet. Sungguhpun setelah ditikam dari belakang oleh MCA yang turut menyokong DAP pada PRU yang lalu, UMNO tetap cuba memaafkan parti Cina itu dan menaruh harapan untuk terus bekerjasama demi negara.


Namun, toleransi, tanggungjawab dan kematangan yang sama langsung tidak dipraktikkan oleh DAP. Buktinya, Konvensyen DAP peringkat negeri Selangor yang lalu memperlihatkan tiada seorang pun Melayu terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Parti.


Ahli-ahli jawatankuasa DAP Selangor
Pengerusi - Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Pengerusi - Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi - Teng Chang Khim
Naib Pengerusi - Yeoh Tseow Suan (Hannah)
Setiausaha - Yong Hian Wah
Penolong Setiausaha - Ng Suee Lim
Bendahari - Sze Han
Setiausaha Organisasi - Lau Weng San
Penolong Setiausaha Organisasi - Ganabatirau Veraman
Penolong Setiausaha Organisasi - Philip Tan Choon Swee
Setiausaha Publisiti - Ronnie Liu Tian Khiew
Pengarah Pendidikan Politik - Lee Kee Hiong
Ahli Jawatankuasa - Charles Anthony Santiago
Ahli Jawatankuasa - Tiew Way Keng
Ahli Jawatankuasa - Kannan A/L Thangarasu
Ahli Jawatankuasa - Ong Kian Ming
Ahli Jawatankuasa - Eddie Ng
Ahli Jawatankuasa - Rajiv A/L Rishyakaran
Ahli Jawatankuasa - Yeo Bee Yin


Selain Selangor, Perak dan Pulau Pinang juga tidak melantik walaupun seorang Melayu untuk memegang jawatan di peringkat negeri.


Sekali lagi, semua ini berlaku ketika DAP mensasarkan peningkatan sokongan Melayu.

Jika semua ini masih tidak cukup untuk dijadikan pengajaran tentang keangkuhan dan sifat perkauman DAP, maka apa lagi? Apakah orang-orang Melayu perlu belajar dari kemusnahan? Apakah kita yakin yang kita mampu bangun semula setelah musnah?


Hakikatnya, DAP bersifat chauvinis dan rasis dan tidak akan sekali-kali meletakkan diri mereka sama tinggi atau sama rendah dengan orang Melayu. Biarpun DAP memerlukan Melayu untuk menang, membuka peluang kepada Melayu pantang sekali.

Anwar Ibrahim Mohon Naik Gaji

Setelah puas menghentam Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak peka dengan masalah dan rintihan rakyat berhubung usul kenaikkan gaji mendadak yang dberikan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).
Disebabkan itu, Khalid telah menjadi 'mangsa belasahan' Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut. Pelbagai kritikan dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar bagi menggambarkan kononnya dia prihatin denga keluhan dan masalah rakyat.
Namun dalam diam-diam, Anwar rupanya telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memohon agar gaji dan elaun Ahli Parlimen dinaikkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara petang tadi.
Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.
"Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP) dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh dunia. Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua Pembangkang.
"Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker baru-baru ini mohon dinaikkan gaji. Barulah nampak ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP," kata Shahidan.
Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.
Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata, penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri itu.

"Pembangkang 'buka mulut' (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.
"Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu," menurut Nazri.
Malah disebabkan bantahan tersebut, ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dikatakan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar itu.
Menurut Ahli Parlimen PKR, selama ini mereka telah mengalami perbelanjaan 'defesit' setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain  elaun termasuk tuntutan jika Parlimen bersidang, mereka hanya perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.
Lebih malang lagi, beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang ditemui pada ketika itu menjelaskan, mereka terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.
"Tolak sebanyak itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu wang. Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat... Hadiri kenduri kahwin, ziarah kematian."
Menurut seorang ahli parlimen PKR yang enggan dikenali itu, mengatakan dia terpaksa 'bersilat' dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500.
"Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu. Dia tanya saya, macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan... nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika tidak memang teruk. Perbelanjaan kami 'defesit' sebenarnya."
Kesimpulannya ialah, walaupun pada ketika itu kerajaan hanya mencadangkan kenaikan sekitar 10 peratus, namun atas sebab politik ia terus ditentang berbanding kenaikan yang diluluskan oleh kerajaan Selangor yang mencecah sehingga 373 peratus. Anwar juga pada hakikatnya sedar gaji Ahli-ahli Parlimen di Malaysia adalah rendah berbanding negara-negara jiran.
Namun disebabkan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri dan ingin mengambil hati rakyat semua cadangan tersebut terus ditolak mentah-mentah, tambahan pula pada ketika cadangan tersebut dilakukan, Pilihanraya Umum ke-13 masih lagi menjadi teka-teki.
Benarlah apa yang dikatakan sebelum ini, Anwar adalah 'Bapa Segala Retorik'.

Husam Musa Turun Pangkat Lagi


Sudah jatuh di timpa tangga telaga minyak, kedudukan Husam semakin meruncing setelah menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan masa depan politiknya. selepas Husam digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan ahli Pas

Semalam Menteri Besar kelantan Datuk Ahmad Yakob telah mengumumkan Senarai Badan perhubungan PAS Negeri yang baru. Daripada senarai tersebut disaksikan Husam sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan.

Mungkin perkembangan itu adalah satu lagi petanda ke arah penyingkiran Husam daripada menduduki barisan  kepimpinan Pas negeri setelah digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.



16/12/2013

Nasib Si Rosmah Mansor

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.
Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

(Whatapp)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Singapura bukanlah negara aman seperti disangka

AWAL minggu lalu, dunia gempar dengan insiden rusuhan di Singapura, ekoran republik itu dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan mempunyai penduduk yang berdisiplin.

Rusuhan itu berlaku apabila kira-kira 400 pekerja Asia Selatan merusuh di Little India selepas sebuah bas melanggar mati seorang pekerja binaan warga India, menyaksikan 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam mengalami kecederaan dan 25 kenderaan termasuk 16 kereta polis musnah.

Kejadian itu amat mengejutkan kerana Singapura dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan jarang mempunyai masalah-masalah sosial yang menggemparkan.

Rusuhan itu juga dianggap yang terbesar dan terburuk di republik itu dalam tempoh 40 tahun.

Selain itu, republik ini merupakan sebuah negara yang maju dan tidak mempunyai masalah ekonomi berbanding negara lain di rantau ini, menyebabkan sukar untuk mempercayai insiden rusuhan sebesar itu boleh berlaku di Singapura.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak mengetahui sebelum ini, sebenarnya terdapat tujuh rusuhan buruk dan berdarah pernah berlaku di republik ini sejak 1854.

Pada 1964, berlaku rusuhan kaum melibatkan kaum Cina dan Melayu ketika sambutan Hari Maulidur Rasul, kira-kira setahun sebelum Singapura berpisah dari Malaysia.

Insiden itu berlalu apabila perarakan orang Islam dari Padang sehingga ke Geylang melalui beberapa jalan iaitu Andrew Street, Beach Road dan Arab Street diganggu oleh penduduk kaum Cina menyebabkan tercetusnya rusuhan.

Sebanyak 36 orang terbunuh dan 556 cedera dalam kejadian tersebut menyebabkan kerajaan Singapura terpaksa mengisytiharkan darurat selama 11 hari untuk mengawal keadaan.

Satu jawatankuasa kemudian ditubuhkan terdiri daripada pelbagai komuniti dan kaum untuk mengembalikan keamanan dan keharmonian antara kaum Melayu dan Cina di kawasan tersebut.

Rusuhan kaum kedua di Singapura berlaku pada 1969 ekoran tempias rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei tahun tersebut.

Ia dicetuskan apabila seorang penarik beca kaum Melayu ditemui mati dibunuh selepas dipercayai diserang oleh beberapa orang kaum Cina pada 3 September tahun itu.

Ia merebak di kawasan perumahan di Geylang, Joo Chiat dan Siglap, dan sekali lagi kerajaan Singapura terpaksa melaksanakan perintah darurat dan keadaan kembali tenang beberapa hari kemudian. Sebanyak 13 orang dilaporkan terbunuh dan 106 cedera dalam insiden tersebut.

Rusuhan pertama berlaku di Singapura dilaporkan berlaku pada 5 Mei 1854 melibatkan pergaduhan antara kaum Cina Hokkien dan Cina Teochew.

Rusuhan itu berlanjutan selama 10 hari menyaksikan lebih 500 orang terbunuh. Tragedi itu dianggap sebagai satu daripada konflik terburuk melibatkan masyarakat Cina di Singapura pada kurun ke-19.

Hampir 100 tahun kemudian, pada 11 Disember 1950, sekali lagi rusuhan berlaku di republik ini membabitkan isu Islam. Rusuhan ini dianggap paling tragis apabila 18 orang terbunuh apabila berlaku pertempuran antara penduduk Islam dengan pihak polis dan tentera Britain.

Ia berpunca daripada bantahan penduduk Islam di Singapura terhadap keputusan mahkamah yang memerintahkan seorang wanita warga Belanda, Maria Hertogh atau lebih dikenali sebagai Natrah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda, dan bapanya pula diberi hak menentukan agama anak gadisnya itu.

Dalam pertempuran itu sebanyak 173 yang lain turut cedera dalam insiden yang turut dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Sebanyak tiga rusuhan lagi berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas itu dari 1953, dikenali sebagai Rusuhan Latihan Khidmat Negara, Rusuhan Hock Lee Bus dan Rusuhan Sekolah Menengah Cina.

Rusuhan Latihan Khidmat Negara pada 13 Mei 1954 berlaku selepas kira-kira 500 pelajar membantah undang-undang Britain di Singapura yang menetapkan penduduk lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun perlu menjalani program khidmat negara itu secara separuh masa.

Demonstrasi yang mereka adakan bertukar menjadi pertempuran apabila polis cuba menyuraikan keadaan, menyaksikan 26 orang cedera dan 48 lagi ditahan.

Rusuhan Hock Lee Bus pada 12 Mei 1955 pula tercetus selepas pekerja di Singapura tidak bersetuju dengan waktu kerja dan gaji yang rendah dan mereka bertindak menghalang perkhidmatan bas beroperasi.

Seramai empat orang terbunuh dan 31 lagi cedera apabila polis bertindak menggempur kumpulan perusuh itu.

Rusuhan Sekolah Menengah Cina, pula tercetus apabila Ketua Menteri ketika itu, Lim Yew Hock mengharamkan dua pertubuhan prokomunis, Persatuan Wanita Singapura (WSA) dan Persatuan Muzik Cina Gong serta membubarkan Kesatuan Pelajar Sekolah Menengah Cina Singapura (SCMSSU).

Sebanyak 13 orang terbunuh dan lebih 100 lagi ditahan apabila bantahan yang diadakan kumpulan pelajar bertukar ganas dan merebak ke kawasan bandar raya.

(Utusan)

Sent from my BlackBerry® smartphone

13/12/2013

Kenapa Rusuhan di Singapura Tidak diPerbesarkan CNN

Ahad lalu, jiran kita iaitu Singapura yang menjadi kiblat masyarakat Cina di Malaysia menyaksikan rusuhan terburuk dalam sejarahnya. Kira-kira 400 perusuh telah membuat kacau memusnahkan harta awam serta membakar kenderaan di kawasan Little India.  Ia berpunca dari seorang lelaki India berusia 33 tahun telah mati dilanggar oleh sebuah bas ketika melintas jalan. 
 
Pihak berkuasa negara itu mengerahkan lebih 300 anggota keselamatan untuk meleraikan rusuhan.  Sehingga kini 27 orang telah ditangkap manakala 18 orang termasuk polis dan juga pemandu dan konduktor bas, telah cedera dalam rusuhan tersebut. 
 
Bagi sebuah negara kecil iaitu 714.3 km/p dengan populasi lebih kurang 5 juta, rusuhan yang melibatkan 400 perusuh dan kemusnahan yang berlaku pada Ahad lalu, bukanlah besar, tetapi bukan juga kecil.  Apatah lagi bagi sebuah negara yang sering mendabik dada sebagai lebih bijak dari kebanyakan negara di dunia, yang meletakkan kedudukannya sebagai setaraf dengan negara maju di barat dan memandang rendah pada rakan-rakan Asianya. 
 
Rusuhan yang buruk dalam negara ini yang turut terkenal dengan undang-undang yang ketat tentunya merupakan satu berita hangat. 
 
Namun, pelik sekali apabila media barat, terutamanya CNN tidak pula memberi liputan meluas mengenainya.  Sedangkan selama ini CNN cukup berminat dengan berita sebegitu.  Malah, rusuhan kecil juga sering diperbesar-besarkan, diulang-ulang dan dibincang berkali-kali dalam program-program mereka. 
 
Demonstrasi BERSIH atau Blackout atau Himpunan Kebangkitan Rakyat di Malaysia, misalnya, sering mendapat liputan meluas di CNN walaupun tidaklah seburuk mana.  Benar, jumlah pendemonstrasi lebih ramai dari Singapura tetapi perlu diingatkan bahawa Malaysia juga lebih besar dari Singapura dengan jumlah penduduk 23 juta iaitu hampir 4 kali ganda.  Pun begitu, kesannya tidak seburuk yang berlaku di Singapura. 
 
Dalam setiap demonstrasi di Malaysia kita boleh melihat bagaimana sebahagian dari mereka yang berada di tempat kejadian bukannya turut berdemonstrasi, tetapi sekadar ingin melihat sendiri kekecohan itu, tanpa sedikit pun merasa takut.  Jelas, rakyat negara ini cukup yakin dengan kecekapan polis menangani manusia-manusia tidak bertamadun yang menjadikan demonstrasi sebagai hobi. 
 
Bagaimanapun, demonstrasi di Malaysia pasti menarik minat media barat.  Beberapa pemimpin barat turut memberi perhatian sehingga ada yang membuat kenyataan seolah-olah ingin mengajar, kalau pun tidak memberi tekanan kepada Malaysia.  Media barat juga sedaya upaya cuba menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak lagi selamat.  Walhal, rakyat Malaysia sendiri hanya memandang demonstrasi itu dengan sinis sahaja tanpa sedikit pun merasa terancam kerana tahu bahawa ia dilancarkan tanpa sebab yang konkrit tetapi sekadar untuk mencari publisiti di media asing. 
 
Berbeza dengan demonstrasi di Singapura, rakyat dan kerajaan negara itu jelas terlepas pandang akan sesuatu yang telah lama terpendam di hati manusia yang menduduki negara itu. 
 
Sesuatu rusuhan seganas itu tidak mungkin tercetus hanya kerana satu insiden seperti kemalangan.  Rusuhan ganas adalah kemuncak dari rangkaian keadaan atau peristiwa yang menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan terpendam lama.
 
Memandangkan yang terlibat adalah warga asing yang kebanyakannya dari India dan Bangladesh, maka kemungkinan besar rusuhan ini berkait rapat dengan cara Singapura melayan pekerja asing di peringkat bawahan atau buruh kasar.   Tahun lepas, warga asing dari China yang menjadi pemandu bas di negara itu juga telah melancarkan mogok kerana tidak puas hati terhadap layanan dan gaji yang diterima mereka. 
 
Ini menguatkan persepsi mengenai trend menindas golongan bawahan di Kota Singa itu.  Persepsi ini amat menepati sikap kiasu kaum Cina yang mendominasi negara itu. 
 
Bagaimanapun, sepertimana CNN tidak begitu berminat dengan rusuhan ganas di Singapura, begitu jugalah kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia di barat tidak begitu berminat dengan golongan yang tertindas di Singapura. 
 
Nampaknya, Singapura mendapat layanan istimewa dari barat.  Segala keburukan negara itu tidak akan dihebahkan dan sebaliknya hanya kebaikannya sahaja yang ditonjolkan.  Ini mengukuhkan anggapan ramai bahawa Singapura merupakan 'adik' kepada Amerika Syarikat atau lebih tepat kumpulan Neo-con yang sedang bermaharajalela di seluruh dunia melalui operasi pertukaran rejimnya. 
 
Justeru, tidak hairanlah apabila CNN hanya memberi liputan 'melepas batuk di tangga' mengenai rusuhan di Singapura kerana imej negara itu perlu dijaga agar ia dapat terus menjadi mata, telinga ataupun 'alat' Amerika Syarikat di Asia Tenggara, dalam usaha kuasa besar itu untuk menguasai dunia. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

12/12/2013

Anwar Lari Kes Rayuan Kes Liwat 2

Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim.  Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar. 

Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir. 

Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan.  Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara. 

Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air.  Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk.  Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat.  Namun, ini tidak berlaku. 

Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya.  IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai hubungan  yang rapat dengan CIA.  Antara nama-nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam.  Selain itu, kematian pengasas IIIT iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang mengejutkan.   IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika. 

Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.  

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap, tetapi sebenarnya kerana takut. 

Ini berdasarkan perkembangan terkini mengenai kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendedahkan hubungan Anwar dengan Datuk Mat Zain Ibrahim dan juga Datuk Ghani Patail, Peguam Negara.  Selama ini, rakyat Malaysia cukup musykil dengan keputusan mahkamah dan tindakan Peguam Negara dalam menangani kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim di mana hampir semuanya memihak kepada Anwar dalam cara yang begitu 'misteri'. 

Justeru, kenyataan Tan Sri Shafee mengenai pendedahan yang mungkin dibuatnya menyebabkan seluruh rakyat teruja manakala Anwar pula resah gelisah. 

Apapun, yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah fakta kes yang mana terdapat 'mangsa' yang sedang mencari keadilan.  Mangsa di dalam kes ini bukan Anwar, tetapi Saiful Bukhari.  Seperti semua mangsa-mangsa kes jenayah seksual, Saiful berhak mendapat keadilan.  Rayuan yang dikemukakan oleh pihaknya bukan bermotif politik tetapi sekadar mencari keadilan semata-mata. 

Atas dasar ini, sekurang-kurangnya, sebagai seorang manusia yang waras, Anwar seharusnya memahami bahawa beliau bukan berhadapan dengan seorang politikus, tetapi bekas pekerjanya sendiri.

Anwar boleh menuduh semua ini hanya konspirasi, tetapi sebagai seorang yang mengaku tidak bersalah, beliau harus berani berhadapan dengan mangsa di dalam mahkamah sebagai seorang lelaki sejati. 

Cerita-cerita bahawa mahkamah tidak adil tidak lagi laku pada hari ini kerana seluruh dunia telah menyaksikan bagaimana mahkamah yang sama telah melepaskan Anwar berkali-kali. 

Justeru, kenapa Anwar harus takut, mengelak dan cuba lari?

Sent from my BlackBerry® smartphone

11/12/2013

MANDELA DAN ANWAR SEPERTI LANGIT DENGAN BUMI

Amat menggelikan hati apabila naib presiden PKR, N. Surendran menyamakan ketokohan mendiang pemimpin negara Afrika Selatan, Nelson Mandela dengan ketua umum parti yang kerdil itu.

Malah lebih kelakar lagi apabila Anwar Ibrahim dikatakan pemimpin yang tidak melihat 'warna kulit rakyat' dalam perjuangannya.

Pertama sekali, kenyataan dangkal itu datangnya dari seorang yang tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar.

Ini kerana Surendran dan Anwar dari dua zaman berbeza, Anwar sudahdah pun aktif sebagai pemimpin pelajar dan kemudiannya berpolitik lama sebelum anak muda ini dilahirkan.

Jadi kejahilan mengenai latar belakang seseorang terutamanya dalam alam politik menjadi bahaya apabila tidak mengetahui siapa yang ingin diagung-agungkan.

Inilah yang terjadi kepada Surendran yang meletakkan Anwar pada satu posisi yang salah dan tidak dipunyai oleh idolanya.

Fakta asas yang membandingkan antara kedua pemimpin tersebut sudah mampu menyerlahkan perbezaan langit dan bumi antara mereka.

Pertama Mandela merengkok di dalam penjara di Pulau Robben selama 27 tahun kerana memimpin perjuangan menentang sistem perkauman atau apartheid pemerintahan kulit putih di Afrika Selatan.

Selama dipenjarakan, Mandela dikenakan hukuman berat seperti memecah serta mengangkat batu dan lain-lain kerja yang memeritkan.

Anwar pula dikatakan bersuka ria dalam penjara siap dengan tukang urut peribadi!

Anwar juga dipenjarakan tapi atas sebab musabab yang lain dan jauh berbeza.

Beliau menjalani hukuman penjara di Sg Buloh selama enam tahun sebelum dibebaskan atas sudut teknikal.

Beliau dipenjara bukan kerana memimpin perjuangan membebaskan bangsa Melayu atau rakyat Malaysia daripada cengkaman penjajahan asing.

Anwar dihukum mengikut undang-undang negara kerana menyalahguna kuasa beliau semasa menjadi timbalan perdana menteri dan lebih jijik daripada itu terlibat pula dengan perlakuan seks songsang liwat dengan pemandu kepada isteri dan juga adik angkatnya.


Beliau hanya dibebaskan atas ketidakpastian mengenai persoalan teknikal seperti tarikh dan masa sebenar kejadian tetapi hakikat beliau telah meliwat mangsa tidak dapat dinafikan.

Mandela, walaupun seorang yang beragama Kristian tidak melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu tetapi Anwar yang mendabik dada sebagai pemimpin Islam berstatus antarabangsa dengan jaringan dunia Islam yang hebat sanggup melanggar hukum Allah dan melakukan dosa yang besar itu.

Mandela juga tidak pernah disabit atau didakwa terlibat dengan rasuah atau penyelewengan sepanjang tempoh beliau menjabat jawatan Presiden Afrika Selatan selama sepenggal dari tahun 1994 hingga 1999.

Anwar pula terlibat bukan sahaja dengan amalan kronisme dan nepotisme yang parah tetapi juga mengamalkan rasuah yang berleluasa.

Sebelum beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, satu senarai panjang yang mengandungi ratusan syarikat kroni-kroni Anwar telah dipamerkan di persidangan agung UMNO ketika itu dan juga diterbitkan di dalam media arus perdana.

Syarikat-syarikat ini dipunyai oleh kroni-kroni Anwar yang dipilih dan mereka memegang ekuiti atau saham bagi pihaknya.

Rakyat Malaysia tentu masih ingat bagaimana Anwar semasa menjadi menteri kewangan membiarkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroninya seperti Repco memanipulasi pasaran saham sehingga banyak saham syarikat kroni Anwar naik mendadak tanpa sebab yang munasabah.

Kroni-kroni Anwar mengaut berbilion ringgit daripada keuntungan atas angin membolak balikkan harga saham sementara rakyat biasa merana kerana ramai yang hangus dan lebur pelaburan mereka disebabkan angkara Anwar.

Jika kroni untung ratusan juta ringgit, bagaimana pula orang yang menjadi dalangnya?

Mandela tidak mempunyai 20 'master account' yang menyimpan 'slush money' atau duit haram sebanyak RM3 bilion seperti Anwar.

Tiap kali isu ini disebut di Dewan Rakyat atau di luar, sudah tentu Anwar menjadi amat sensitif dan melenting tak tentu arah.

Mandela juga dipilih secara demokratik sebagai Presiden ANC dari tahun 1991 hingga 1997, parti yang memerintah Afrika Selatan sekarang.

Tetapi Anwar memegang jawatan sebagai ketua umum yang tidak pun melalui proses pemilihan parti malah beliau pula menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang.

Mungkin Surendran tidak tahu fakta-fakta ini atau berpura-pura lagak jahil untuk mengangkat pemimpin idolanya itu ke satu tahap yang 'suci' dan 'bersih' daripada segala kekotoran moral dan akhlak.
Sent from my BlackBerry® smartphone

10/12/2013

Banjir Besar Anwar Seronok Bercuti, Fuziah Bergaya Ala Model, Khalid Gagap Kata Ia Membazir

Umum mengetahui beberapa negeri telah dilaporkan terjejas teruk ekoran bencana banjir yang melanda. Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor malah ekoran kenaikan air secara mendadak di beberapa tempat, beberapa jalan utama terpaksa ditutup, bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan.

Namun di sebalik kesibukan itu, kelibat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim langsung tidak kelihatan di kawasan yang terlibat dengan bencana. Sudahlah tidak menghulurkan sebarang bantuan, setidak-tidaknya hadir bagi memberikan sokongan moral.

Tambahan pula antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kuantan, di mana majoriti pengundi di kawasan terbabit telah memberikan sokongan kepada calon PKR sekali gus memberikan mandat bagi mewakili mereka di dalam Parlimen.

Apabila disiasat, rupa-rupanya Anwar yang pernah berangan ingin menjadi Perdana Menteri itu sedang enak bercuti bersama keluarganya di London. Ia bukanlah merupakan satu fitnah atau sengaja diada-adakan, tetapi dimaklumkan sendiri oleh Anwar melalui akaun media sosialnya di Instagram.

Semalam, Anwar telah memuat-naik sekeping gambar yang memaparkan dia dan anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah kereta api. Malah Anwar dengan bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke Washington DC. Menarik bukan!!! 

Inikah ciri-ciri bakal perdana menteri yang diinginkan oleh semua masyarakat? Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia begitu seronok bercuti di luar negara. Sedangkan sebelum ini, ada di kalangan pemimpin pembangkang yang mendesak agar Perhimpunan Agung Umno dibatalkan, bagi membantu mangsa banjir.

Namun apabila diteliti semula, ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana ia adalah lumrah bagi pemimpin pakatan pembangkang. Contohnya apabila negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun yang lalu, Menteri Besarnya, Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi meninjau keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang masa dan membazirkan wang.

"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya kepada pemberita ketika itu.

Menurutnya lagi, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Di dalam kejadian tersebut, dianggarkan hampir 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka.

Berbalik kepada isu banjir besar yang sedang berlaku ketika ini, ketika puluhan ribu rakyat Kuantan terpaksa dihantar ke pusat-pusat pemindahan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh langsung tidak kelihatan.

Namun apabila ramai yang mula mempersoalkan peranannya sebagai wakil rakyat, baru-barulah kelihatan beberapa keping gambar yang dimuatkan di laman-laman media sosial, kononnya bagi membuktikan kehadirannya membantu mangsa. Para pencacai pakatan pembangkang, mungkin merasakan ianya sebagai cara untuk menangkis tuduhan masyarakat Kuantan yang hairan dengan 'kehilangan' Fuziah.

Tetapi, bak kata pepatah, "bangkai gajah, masakan dapat ditutup dengan sehelai daun pisang". Kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik lebih banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya ala 'super model' berbanding membantu mangsa banjir. Ini kerana dia mungkin merasakan sebagai wakil rakyat, aktiviti bergambar dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Nampaknya benarlah seperti kata Khalid Ibrahim, sesetengah ahli politik lebih suka 'bergaya' dengan cara begini. Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan. Namun, sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.

Sent from my BlackBerry® smartphone

06/12/2013

Anwar Mahu Dialog Dengan BN, Untuk Halang Usaha Muzakarah Pas

Ramai yang seperti pelik dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam yang secara tiba-tiba ingin mengadakan dialog dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru," ," kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

Ada yang mengatakan ia satu petanda yang baik, tidak kurang juga ada yang mengatakan sebaliknya.

Namun bagi yang mengenali diri Anwar yang sebenarnya, kenyataan itu sebenarnya membuktikkan bahawa dia berada dalam keadaan yang terdesak. Ini kerana seperti yang diketahui, selepas GAGAL merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu, ramai telah mula meninggalkannya.

Mereka seolah-olah telah tersedar dari mimpi dan mula dapat menilai wajah sebenar makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Contoh paling ketara, apabila media baru-baru ini melaporkan mengenai 11 pemimpin utama cabang parti PKR yang mengumumkan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan Anwar.

Malah keputusan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar. Ini kerana sekiranya muzakarah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka peranan Anwar akan semakin mengecil.

Atas sebab itu, Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menghalang usaha tersebut direalisasikan. Rationalnya apa perlu untuk Pas bermuzakarah secara berasingan dengan Umno, kerana ia seharusnya dilakukan atas nama pakatan pembangkang.

Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.

Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?

Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?

Sedangkan sekiranya benar Anwar ikhlas, dia sepatutnya mengusulkan perkara ini sejak dulu lagi. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan, majoriti perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar. Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku, maka baru dialog hendak dilakukan.

Kesimpulannya kenyataan dialog ini hanyalah sandiwara Anwar semata-mata dan tidak seharusnya dilayan, biarlah ia berlalu begitu sahaja.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Antara Perhimpunan Agung UMNO dan Muktamar Pas

Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semalam, Persiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan bahawa perhimpunan itu yang diadakan saban tahun adalag 'gelanggang' untuk membentangkan agenda Melayu dan bumiputera, sera memperkasakan umat Islam.

Fakta ini tidak dapat dinafikan oleh siapa juga biarpun salah satu lagi parti Melayu iaitu Pas turut berhimpun melalui muktamar tahunannya namun kesan kepada perjuangan orang Melayu dan memartabatkan Islam entah kemana.

Setiap tahun apabila bersidang, UMNO akan membentangkan pelbagai usul dengan tujuan untuk membela nasib orang Melayu dan memelihara kesucian Islam. Malah apa yang lebih menarik, seruan supaya Islam bersatu kuhusunya melibatkan UMNO dan Pas sentiasa berkumandang di Perhimpunan Agung UMNO.

Atas nama orang Melayudan demi kepentingan Islam, pemimpin dan ahli UMNO sentiasa menghulurkan salam persaudaraan kepada pemimpin dan ahli Pas. Tetapi kajilah apa yang berlaku di muktamar Pas. Adakah agenda memperkasakan orang Melayu diketengahkan? Apakah soal memertabatkan Islam ditegaskan? Apakah salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO disambut?

Sudah pasti tidak! Apa yang kita saksikan, Muktamar dijadikan gelanggang memburuk-burukkan UMNO habis-habisan. Soal mengetengahkan agenda Melayu hanyut entah ke mana kerana bimbang 'dimarahi' oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Begitu juga soal memartabatkan Islam, ia sekadar mainan bibir pemmpin-pemimpin Pas demi kepentingan politik mereka. Apa yang mereka tahu ialah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap hasrat UMNO dalam soal tersebut.

Bagi Pas, UMNO merosakkan Melayu, kepada Pas , UMNO mencemarkan Islam dan kepada Pas hanya kerjasama dengan PKR dan DAP yang terbaik sehingga sanggup mengatakan kesepakatan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) adalah haram.

Tetapi persoalannya, apakah agenda Melayu yang pernah dibentangkan oleh Pas di muktamar mereka? Apakah rancangan Pas untuk memarabatkan Islam? Apakah keuntungan yang Pas dapat dalam menjalin hubungan dengan PKR dan DAP?

Ya, memang benar, kita akui Pas bukan parti memerintah, justeru mereka tidak mempunyai kuasa untuk memastikan sesuatu usul yang dibentangkan di muktamar menjadi dasar Negara. Namun sebagai sebuah parti politik, bukankah pas juga mempunyai hak untuk memberi pandangan dan idea, bukannya hanya tahu mengkritik, mengutuk dan memperlekehkan sahaja segala usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Kita yakin kepimpinan UMNO sudah pasti tidak akan menolak sebarang idea dan cadangan jika ia boleh meningkatkan martabat orang Melayu dan umat Islam. Bagaimanapun Pas tidak bersikap demikian, muktamar mereka lebih banyak dihiasi dengan pujian kepada pemimpin dan parti sendiri, perbahasan mereka lebih menumpukan kepada usaha mengukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP serta menolak sebarang usaha bermuzakarah atau berbaik-baik dengan UMNO.

Inilah bezanya Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO. Pas menjadikan muktamar untuk mencapai agenda politik mereka semata-mata, manakala UMNO menjadikan perhimpunan bagi melaksanakan agenda untuk membela nasib Melayu dan umat Islam.

Oleh itu, seperti mana kata Najib, pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu berasa segan silu dalam terus memperjuangkan nasib bangsa kerana parti itu berada di landasan yang benar dan betul. Biarlah apa pun Pas hendak kata kerana yang menilai bukan orang Pas dan penyokon tegar mereka sahaja tetapi orang Melayu secara keseluruhan.

Sudah pastilah orang Melayu tahu siapa yang berani menjadi pembela mereka dan siapa pula sekadar mahu undi mereka. Malah orang Melayu juga pasti memahami siapa yang memartabatkan Islam dan siapa pula berusaha memartabatkan parti sendiri dan memperalatkan Islam.

(Utusan)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...