Followers

05/05/2013

Polis kesan kumpulan 505 yang mahu berhimpun di Putrajaya

KUALA LUMPUR - Polis mengesan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kumpulan 505' yang dipercayai menyebarkan risalah menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengajak orang ramai berhimpun di Putrajaya petang ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan ini dikenal pasti cuba mengajak para pengundi berkumpul di pusat-pusat mengundi terlebih dahulu sejurus tamat waktu mengundi pada pukul 5 petang nanti.

"Mereka kemudian akan bergerak ke Putrajaya dan berkumpul di depan dataran Masjid Putra dan di hadapan pejabat Perdana Menteri.

"Kononnya perhimpunan ini untuk meraikan kemenangan bagi satu pihak yang bertanding dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujar Khalid, tindakan kumpulan berkenaan jelas dengan sengaja mahu melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita telah mengeluarkan kenyataan supaya tidak mengadakan apa jua bentuk perhimpunan atau perarakan bagi meraikan kemenangan mahupun membantah keputusan pilihan raya.

"Nampaknya kumpulan yang telah kita kenal pasti penganjurnya ini sengaja mahu mengingkari arahan kita dan sekali gus melanggar undang-undang," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan penganjur untuk menarik balik arahan atau perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada petang ini.

Katanya, tindakan akan diambil mengikut Penal Code 141 dan sekiranya terdapat individu yang enggan bersurai akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2SOgCk6JO
Hakcipta terpelihara
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...