Followers

18/05/2013

Aktivis Mahasiswa Ditahan

Siapa tak kenal dengan Adam Adli, nama yang cukup terkenal dikalangan mahasiswa yang pro pakatan pembangkang yang pernah menurunkan bendera  gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Disember tahun lepas. 

Adam Adli  hari ini ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan 1948.Adam Adli di tangkap polis di sekitar kawasan Bangsar pada pukul 3.15petang tadi dan dibawa ke Balai Polis Jinjang dan disahkan oleh Ketua Polis KL, Datuk Mohmad Salleh

Adam Adli yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya yang dianjurkan Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lepas.

Dalam forum itu , Adam Adli menyertai beberapa NGO Anti-Kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihanraya umum ke 13.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...