Followers

09/05/2013

Husam & PAS Putrajaya Patut Terima Kemenangan Tengku Adnan

Alhamdulilah PRU13 telah pun berkahir dengan selamat. PRU kali ini kita dapat saksikan banyak kerusi yang tumbang di luar jangka. Sudah menjadi adat dalam pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun perkiraannya mengikut angka, menang sedikit dan kalah sedikit yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah.

Tak payahlah kita lihat yang keseluruhan kerusi di Malaysia. Mari kita fokus di antara kerusi tumpuan iaitu di P125 Putrajaya. Husam begitu yakin Putrajaya miliknya melalui gerakan-gerakan yang dibuat. tetapi dia terlupa apa yang dia buat itu hanya berbentuk keseluruhan sahaja.

Husam dan pengikutnya perlu terima dengan hati terbuka atas kekalahanya. Pengundi Putrajaya telah pun memilih dan menentukan Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai wakil rakyat mereka. Pengundi Putrajaya mahu kekal biru di Putrajaya dan menolak Husam yang cuba membawa pelbagai budaya negatif di Putrajaya.

Malangnya selepas kemenangan dan pengumuman Tengku Adnan sebagai wakil rakyat di P125 Putrajaya, pelbagai cerita kedengaran. Ada yang mengatakan tong peti undi telah hilang, lampu terpandam semasa mengira undi dan bermacam-macam lagi fitnah yang tidak masuk akal didengari. PAS yang kononnya dianggap sebagai pejuang Islam patut menerima kekalahan ini dengan berlapang dada, tak usahlah PAS melemparkan pelbagai fitnah yang mengatakan kekalah Husam disebabkan pelbagai penipuan.

Kita tengok macam mana tong peti undi boleh hilang, sedangkan setiap tong peti undi itu ada wakil dari setiap parti. Bagaimanakah PAS boleh mengatakan tong peti undi boleh hilang, mari kita lihat proses tong peti undi itu bergerak. Selepas tamat tempoh pembuangan undi, wakil calon yang bertanding akan melihat  tandatangan yang terdapat di tong peti undi berkenaan sama ada ianya tong asal atau sebaliknya, jika tidak wakil calon berkenaan boleh persoalkan terus dengan Ketua Tempat Mengundi.  Tak fahamlah mengapa puak PAS ni boleh kata tong peti undi hilang. 

Pukul berapa pula yang di kata kan "black out" masa mengira undi di Putrajaya?
mari kita tengik gambar di bawah:

Backdrop dalam Dewan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P125 Putrajaya di Dewan komuniti Presint 9

Backdrop dalam Dewan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P125 Putrajaya di Dewan komuniti Presint 9

Nah! 4 Orang PAS Putrajaya ni bukan main sedap telan air merah lepas tu  chekikkk, bukan main selesa dia orang dalam dewan ber aircond tengah chekekkk, kor orang pula kata black out.

Tengoklah sendiri angka-angka tu

Tengok tu, PAS punya pasal yang bawa balik kertas undi pun ada

Kenal Tak Mamat yang palin kanan sekali tu, di Pencadang kepada Husam, waktu nak umum kemenangan Tengku Adnan tu Husam tak ada dalam dewan ni jadi, atas jemputan Tengku Adnan mamat ni terhegeh-hegeh nak jugak, biar pun kalah.

Pencadang Husam ada bersama masa SPR umum pemenang. Pemenagnya ialahhhhh.... Tengku Adnan Tengku Mansor, sebagai Wakil Rakyat P125 Putrajaya.

Tengku Adnan selepas turun dari pentas, Mamat Pencadang Husam tu dah  hilang dah, lari kot... 

Sudah sudah lah PAS Putrajaya buat fitnah. cukup lah tu, kalau dah kalah lah juga. Husam pun dah lari balik ke Salor, tu pun pihak istana dan MB baru tak nak dia dah dalam Exco, apa boleh buat.

Cukuplah Husam simpanlah ia sebagai kenagan dan sejarah. Nasihatlah pengikut demo ni fitnah itu dosa besar. Janganlah tingakan budaya negetif  di Putrajaya ini. Kami mahu Putrajaya yang aman damai. Pengundi Putrajaya pun dah buat pilihan.

Tahniah Ku Nan!
Warga Putrajaya Memilih Ku Nan

*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Jual Kalimah ALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...