Followers

26/05/2013

Kemuncak Pembuli Rakyat

Pembangkang akan menganjurkan 'finale' atau kemuncak Perhimpunan 505 pada 26 Mei bagi menghasut rakyat supaya menentang serta menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih melalui sistem demokrasi peti undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Hakikat BN menang walaupun kurang tujuh kerusi parlimen lagi berbanding PRU 2008 tidak dapat diterima oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Sekutu PKR, Pas dan Dap sudah pun menerima realiti bahawa mereka gagal untuk merampas Putrajaya kali ini walaupun sungguh yakin dan percaya ia akan berlaku.

Namun majoriti pengundi tetap bersama BN dan mahu kesinambungan pentadbiran negara terus berada di bawah naungan BN.

Malah dalam tentangan pembangkang terhadap keputusan pilihan raya yang diurus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemimpin pembangkang tidak segan silu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang serta Menteri Besar di Kelantan.

Dwi standard atau sikap hipokrasi yang dipamerkan oleh pembangkang telah di cemuh oleh rakyat mahu wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk pantas memberi khidmat dan menyelesaikan berbagai rencam masalah rakyat.

Rakyat tidak mahu ahli politik terus berpolitik meskipun gendang PRU ke-13 sudah lama mati.

Rakyat mahu keadaan yang aman, hidup yang tenteram serta suasana yang kondusif untuk meningkatkan kualiti sosio-ekonomi mereka.

Keadaan yang tenteram, kacau bilau dan huru hara ditambah dengan suasana politik negara yang terumbang ambing sudah tentunya tidak akan membolehkan rakyat mencapai aspirasi kehidupan yang lebih sempurna.

Sent from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. Ujudkan satu jawatan baru yang dinamakan perdana menteri jalanan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...