Followers

01/05/2013

Israel Mahu Tumbangkan Kerajaan Malaysia



Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan rakyat.  Akibatnya, jenuhlah penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau dan ‘dicipta’ oleh UMNO.   Mereka juga mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu tersebut.  
Jelas, PR sudah panik.  Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja.  Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada umum.  Mungkin juga kerana berkat doa solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan.   

Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun.  Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu menolak mereka-mereka ini.  

Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai mereka.  

Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah, namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata sebenarnya.  Kita tidak perlu bergantung kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas.   Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan agama Islam semata-mata untuk ‘diterima’ oleh barat.  

Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR.   Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang selagi kita tidak ‘bersama’ mereka?   Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut berbunyi:  ‘Malaysia bersama mereka’?  

Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini?  Masihkah kita ingin menafikannya?  

Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi.  Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai bentuk.  

Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh mereka sekiranya mereka bergiat atas nama ‘Judaism’?  Sudah tentu ramai yang lari jika mereka mendakwahkan agama Judaism.  Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam dan Kristian adalah sesuatu yang azali.   

Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan.  

Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali.   Namun, beberapa pihak Kristian orthodox masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran yang berasal-usul dari puak Yahudi.   

Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras pegangan agama mereka dari dalam.  

Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran baru.   Oleh itu, kita melihat bagaimana penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat mereka.  Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara besar-besaran menolak LGBT.  Malah, di Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka dengan kalimah ‘Allah’.   

Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan fahaman liberal kepada manusia sejagat?   

Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya.  Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar memahami apa itu ‘kesederhanaan’ iaitu kita tidak terlalu ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan.   Malaysia juga berlaku adil kepada bukan Islam.  Kesemua inilah yang membantu melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di seluruh dunia.  

Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel.  Fikirkanlah…. 

*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...