Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas,
jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang
memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang
dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Namun apa yang paling memeranjatkan
apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa
kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan
khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan
lepas tangan.
Persoalannya apakah ini yang dinamakan
sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)?
Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung
Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang
lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada
calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil
kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang
revolusi komunis di markas parti mereka.
Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh
menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya
di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam
pakatan pembangkang.
Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang
juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman
terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya. Dia yang masih merupakan ahli
PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum
ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda.
Apa yang menghairankan ialah, Anwar selaku
Ketua Umum, PKR merangkap Ketua Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan
di dalam PR, langsung tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara
tersebut.
Memandangkan dia akan bertanding di kerusi
Dun Kajang, Anwar mungkin cuba bermain ‘politik selamat’ untuk tidak campur
tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi mengelakkan perpecahan
undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.
Ini kerana sekiranya dia mengambil
pendekatan menyokong Hadi, sudah pasti ia akan mendatangkan kemarahan di
kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang
dilemparkan oleh Presiden Pas itu. Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya
ada), secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi
itu.
Dari sudut Pas pula, keengganan Anwar
menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya
mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas
hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan politik
peribadi Anwar.
Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas
seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri. Apakah perjuangan Pas di
dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk Anwar?
Sokongan berterusan yang diberikan kepada
Anwar di Kajang, hanya akan membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan
yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan DAP.
Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di
perlekehkan, Pas TATAP menyokong PKR, DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama
Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment