Anwar Ibrahim cuba menggambarkan diri beliau sebagai
pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum dan agama di negara ini tetapi
realiti adalah sebaliknya. Di hadapan hadirian beragama Kristian yang memenuhi dewan
sebuah sebuah gereja di Kajang baru-baru ini, Anwar bernada lain ketika
berdepan dengan pengundi Melayu.
Di depan penganut Kristian, Anwar memetik beberapa ayat Al
Qur'an mempertahankan dasar pakatan pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah
Allah oleh gereja Katholik. Beliau juga menghafal beberapa ayat lagi untuk menunjukkan
betapa Islam boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama
lain di negara lain. Dalam erta kata lain Anwar memainkan sentimen pluralisme
untuk menarik golongan bukan Islam menyokongnya.
Pelik juga di hadapan penganut Kristian beliau boleh menjual
ayat-ayat Al Qur'an demi mendapat undi pada pilihan raya kecil Kajang kelak
tetapi apabila Lim Kit Siang mempertikaikan ayat Al Qur'an yang di gunakan oleh
Jakim untuk pengisian khutbah baru-baru, Anwar sedikit pun tidak membangkang
atau membantah. Mungkin bagi Anwar halal menjadikan ayat-ayat suci sebagai
alat politik tetapi apabila pemimpin bukan Islam menghina Islam, dihalalkan
juga supaya tidak mempertahan kan kesucian agama. Begitulah politik agama yang dimainkan oleh Anwar dan
pembangkang.
Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang terutamanya Pas dan
Anwar tidak segan silu keluar masuk gereja dan pusat-pusat agama lain kerana
hendak mengambil hati demi peti undi. Mereka sanggup mengenepikan fatwa para ulama yang melarang
perbuatan tersebut kecuali jika keadaan mendesak. Bagi Anwar dan pemimpin Pas cukup bagi 'ulama' mereka
mengeluarkan fatwa menghalalkan segala tindakan mereka selagi ia boleh membawa
undi.
Itulah yang dilakukan oleh Anwar di gereja di Kajang
tersebut. Beliau boleh mengutuk dan menghina bangsa sendiri di hadapan
orang kafir kerana menganggap undi orang kafir tersebut lebih tinggi nikainya
daripada perpaduan dengan saudara sebangsa dan seagama. Begitu juga yang beliau lakukan sebelum ini di hadapan
khalayak penyokong pembangkang Cina dengan memperlecehkan kredibiliti
pemimpin-pemimpin dari UMNO.
Seolah-olah beliaulah manusia paling maksum dan suci
daripada sebarang dosa. Mungkin mereka yang terpegun dengan retorik Anwar terlupa
siapa beliau semasa berkuasa di dalam satu ketika dahulu. Anwarlah antara menteri kabinet paling korup dengan
mengumpul dan mengalihkan harta dan wang tunai perpuluh bilion ringgit ke luar
negara. Kini di depan penganut Kristian beliau cuba menonjolkan imej
kesengsaraan seperti mana yang pernah dilalui oleh Jesus.
Ini semua adalah permainan politik sesumpah yang memang
menjadi darah daging Anwar. Apa sahaja akan dikorbankan oleh Anwar untuk kepentingan
politiknya - agama, bangsa malah negara sekali pun. Kajang adalah korban percintaan Anwar kerana memenuhi nafsu
serakahnya untuk menduduki kerusi menteri besar setelah gagal menjadi perdana
menteri. Setakat yang diketahui tidak ada perdana menteri atau
menteri besar yang menjawat mana-mana jawatan tersebut pada usia lanjut 67
tahun.
Tetapi berlainan bagi Anwar kerana beliau penuh dengan sikap
keakuaan yang menjadi belenggu dirinya. Hanya kepentingan diri dan agenda politiknya sahaja yang
diutamakan. Yang lain seperti sahabat handai dalam perjuangan politik
yang jatuh bangun bersamanya adalah 'expendable' atau boleh dikorbankan
bila-bila masa sekira keadaan memerlukan.
No comments:
Post a Comment