Lim Kit Siang tidak pernah menunjukkan rasa hormat atau
penghargaan terhadap mana-mana pemimpin UMNO. Bagi Kit Siang, semua pemimpin UMNO
adalah rasis, bodoh, ekstrem, korup, tidak layak, tidak berkesan, tidak cekap
atau tidak berguna langsung.
Bagaimanapun, Kit Siang nampaknya mempunyai pandangan
berbeza terhadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama dan juga Bapa
Kemerdekaan. Percaya atau
tidak, Kit Siang telah memberi ucapan dalam sebuah forum khas untuk mengenang
legasi Tunku pada 9 January lalu.
Forum bertajuk ‘Legasi Tunku Abd. Rahman’ diadakan di
New Era College di Kajang di mana Ambiga merupakan antara penceramah
jemputan. Di dalam
ucapannya, Kit Siang memuji Tunku sebagai seorang pemimpin yang tidak memberi
ruang kepada pelampau dan pengkhianat serta mempromosi keamanan, kasih sayang,
harmoni dan kemakmuran.
Soalnya, kenapa Tunku berbeza dari pemimpin UMNO lain
di mata Kit Siang? Kenapa
Tunku berhak menerima penghormatan dari Kit Siang yang mana pemimpin UMNO lain
tidak layak?
Jangan terkeliru di sini. Kit Siang bukannya menghormati
Tunku. Beliau hanya
merindui waktu pemerintahan Tunku. Sewaktu
pemerintahan Tunkulah, Kit Siang berjaya menunjukkan kuasa bangsa Cina kepada
rakyat Malaysia. Tunku
tidak memberi ruang kepada pelampau dan pengkhianat tetapi sikap lurus dan
tidak mengambil tahunya telah memberi bukan sahaja ruang, tetapi hampir seluruh
negara kepada para pelampau dan pengkhianat seperti Kit Siang!
Maka, tidak hairanlah Kit Siang begitu ‘menghormati’
kepimpinan Tunku kerana kepimpinan Tunkulah yang membawa kita kepada tragedi 13
Mei.
Tragedi 13 Mei telah memaksa Tunku meletak jawatan dan
negara telah dipulihkan kembali oleh Tun Abdul Razak. Oleh itu jika Kit Siang benar-benar
ikhlas dalam menyesali 13 Mei, maka beliau seharusnya menyanjung Tun Abd.
Razak, bukan Tunku.
Nampaknya, satu-satunya penyesalan Kit Siang mengenai
13 Mei ialah kegagalan kaum Cina untuk mengambil-alih negara. Malah, Kit Siang sendiri ditangkap
kerana menghasut dan mencetuskan ketegangan kaum.
Sejarah meletakkan Kit Siang sebagai
‘jurutera-ketegangan-kaum’. Beliau
tahu bagaimana untuk mencetuskannya, menjananya dan kemudian
meletupkannya. Jika kita
melihat dengan lebih dekat, membaca blognya, mengikuti kenyataannya dan
memerhati pergerakannya, kita boleh merasakan yang beliau sedang mengulangi apa
yang telah dilakukannya sebelum tragedy 13 Mei.
Cuma kali ini, beliau telah belajar dari kesilapan dan
bersedia untuk tidak dipersalahkan. Justeru, sebagai langkah awal, beliau
memberi gambaran kononnya UMNO dan orang-orang Melayu yang ingin sangat
mengulangi 13 Mei, sementara beliau dan partinya terus membuat provokasi,
mencabar malah menyeru ke arah ‘peperangan’, menggunakan berbagai penyamaran
seperti Kristian, NGO dan juga orang perseorangan.
Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini kini
seolah-olah menunggu masa bila orang-orang Melayu akan mengamuk. Beliau tidak peduli jika
orang-orangnya sendiri (kaum Cina) menjadi sasaran kerana ia akan dianggap
sebagai ‘kemusnahan sampingan’ dalam sebuah perang yang lebih besar iaitu
merampas negara ini dari orang-orang Melayu.
Matlamat utama Kit Siang ialah untuk melihat negara ini
diperintah oleh Cina. Beliau
tidak peduli betapa besar kemusnahan yang berlaku dalam proses situ. Atas dasar inilah maka beliau merindui
kepimpinan yang lemah dan tidak ambil tahu di mana beliau boleh merancang dan
menyusun strategi tanpa disyaki.
Tahukah anda bahawa selepas 13 Mei, pihak berkuasa
menjumpai beberapa tempat rahsia yang digunakan oleh orang-orang Cina untuk
menyimpan bekalan makanan? Ini
sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah merancang dan bersedia ke
arah pertumpahan darah itu dengan lebih awal.
Justeru, apakah jaminan yang mereka tidak merancang
atau pun telah bersedia untuk itu sekarang?
Harapan kita agar mereka kebanyakannya adalah lebih
rasional dari Kit Siang serta mampu berfikir untuk tidak memperjudikan
kehidupan yang mewah dan selesa semata-mata untuk memberi kuasa kepada Dinasti
Lim. Orang-orang Cina
sendiri pastinya tahu bahawa Kit Siang adalah seorang diktator.
Seorang manusia yang tidak merasa bersalah atau kesal
atas tragedi yang melanda negara dan bangsanya pastinya bukan seorang pemimpin
yang baik hati dan adil. Apakah
anda sanggup menggantikan kepemimpinan demokratik dengan seorang diktator yang
kejam semata-mata atas nama kuasa perkauman?
No comments:
Post a Comment