Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun Kajang, namun ramai
yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan
kegusaran yang sedang melanda dirinya.
Ini kerana, di dalam sejarah pilihan raya
berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan
yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan pengundi yang akan menentukan
siapa yang ingin mereka pilih.
Sekiranya dilihat kepada gerakan kempen
agresif yang dilakukan oleh Anwar di Kajang, sudah cukup membuktikan bahawa
Ketua Pembangkang itu pada hakikatnya bimbang sekiranya dia di tolak oleh
pengundi di Kajang.
Walaupun secara rasminya tempoh berkempen
masih belum bermula, namun kelibat Anwar yang hampir saban hari berada di
Kajang turut menguatkan lagi andaian tersebut.
Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir ketika ditanya pemberita baru-baru ini mengatakan Barisan Nasional
hanya mempunyai peluang 50-50 di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang
pada 23 Mac ini.
Tambahan pula Anwar pada ketika ini sedang
berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri PR secara
besar-besaran di Kajang yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama dia tewas
pada PRK itu nanti.
Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, boleh menyebabkan Anwar tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadinya.
Pas sebelum ini dengan tegas mengatakan
hanya memberikan sokongan untuk Anwar bertanding dan bukannya untuk membolehkan
dia menduduki kerusi menteri besar. Malah faktor golongan profesional juga
tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Anwar.
Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.
Dengan kemasukan calon bebas di kalangan mereka yang
pernah menjadi sahabat Anwar, sudah pasti akan merancakkan PRK pada kali ini
sekali gus menyebabkan pengundi pakatan yang marah, memilih untuk memberikan
undi kepada calon Bebas.
Itu belum lagi diambil kira para penyokong
Azmin yang marah dengan tindakan Anwar dan Khalid yang jelas menjadikan gerakan
#LangkahKajang ini untuk membunuh karier politiknya.
Kesimpulannya sekiranya semua
faktor-faktor yang dinyatakan tadi diambil kira dan berjaya di realisasikan,
sudah pasti ia mampu membuka peluang untuk BN/Umno merampas kembali kerusi Dun
Kajang.
No comments:
Post a Comment