Followers

23/10/2013

Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

SUBANG JAYA 23 Okt. - Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya.

UTUSAN ONLINE


Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...