Followers

28/10/2013

Parti Kapitalis dan Diktator

Nampaknya, Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mengambil masa yang begitu lama untuk mengenali DAP yang sebenar.   Beliau telah bersama dengan DAP selama 26 tahun tetapi hanya mula merasa 'kecil hati' dengan parti itu selepas PRU-2008. 
 
Menurutnya, DAP bukanlah tempat untuk orang Melayu kerana parti itu akhir-akhir ini, tidak memberi ruang langsung kepada orang-orang Melayu. 
 
Kemelut pemilihan CEC DAP mengukuhkan lagi kata-kata Zulkifli di mana tiada seorang pun Melayu yang terpilih tetapi parti itu sanggup mencanangkan seorang Cina iaitu Christopher Zairil, sebagai Melayu bagi mewakili Melayu.
 
Bagi menyatakan kekecewaannya, Zulkifli meletakkan semua jawatan yang disandangnya di dalam parti iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism.  Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai ahli biasa di dalam DAP.
 
Zulkifli merasakan bahawa DAP telah tersasar jauh dari segi kepimpinan parti dan negeri di mana segala keputusan yang dibuat hanyalah untuk menguntungkan golongan 'elit' tetapi merugikan rakyat.   Katanya, cara DAP ini adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidupnya.
 
Slogan 'ubah' DAP ternyata bermaksud perubahan daripada prinsip sosial demokrat kepada sistem kapitalis dan diktator yang mana tidak dapat diterima oleh Zulkifli. 
 
Sebenarnya, apa yang diperkatakan oleh Zulkifli hanyalah ulangan dari apa yang diperkatakan oleh Tunku Aziz yang lebih awal meninggalkan DAP.  Sejak Tunku Aziz memilih untuk keluar dari parti itu, beliau telah berkali-kali mendedahkan betapa DAP itu tersangat kotor, korup dan juga rasis. 
 
Nampaknya, sesetengah orang terpaksa belajar dari kesilapan sendiri.  Zulkifli dan Tunku Aziz adalah antara yang tergolong dalam kumpulan ini di mana mereka perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk melihat kebenaran. 
 
Jelas, bahawa Tunku Aziz mahupun Zulkifli, kedua-duanya percaya yang DAP itu adalah parti yang baik sebelum ini, dan hanya berubah akhir-akhir ini sahaja. 
 
Mereka percaya DAP sebelum ini, punya integriti dan ikhlas berjuang untuk keadilan, ketelusan dan kesamarataan sebenar.  Mereka percaya perubahan ini ada kena mengena dengan pemimpin muda seperti Guan Eng.   
 
Tidak salah jika kita katakan bahawa manusia seperti Zulkifli dan Tunku Aziz adalah naïf kerana tidak dapat membaca yang tersirat berdasarkan sejarah. 
 
Hakikatnya, Guan Eng atau bapanya Kit Siang membawa semangat dan aspirasi yang sama di dalam DAP.   Kit Siang pada 1969 adalah Kit Siang yang sama pada 2013.  Oleh itu, sudah menjadi satu kemestian yang anaknya iaitu Guan Eng juga dididiknya dengan semangat yang sama.   
 
Untuk pengetahuan Zulkifli ataupun Tunku Aziz juga, Kit Siang pada 1969 bukannya berjuang untuk kesamarataan atau keadilan, tetapi berjuang untuk 'menghalau Melayu' dan merampas pemerintahan negara.   Maka, sudah semestinya anaknya Guan Eng meneruskan perjuangan bapanya. 
 
Pendek kata, mereka tidak pernah berubah.   Dahulunya mereka membenci Melayu dan hari ini juga mereka membenci Melayu.  Dahulunya mereka membawa penyapu untuk menghalau Melayu ke hutan dan hari ini mereka membina hartanah jutaan ringgit atas tujuan yang sama iaitu untuk menghalau Melayu ke hutan atau ke laut. 
 
Yang membezakan antara dahulu dan sekarang hanyalah hakikat bahawa Kit Siang lebih bijak berlakon di hadapan Melayu, tetapi Guan Eng langsung tidak dapat lagi menyembunyikan kebenciannya terhadap Melayu. 
 
Justeru, kita tidak faham apa lagi yang Zulkifli tunggu dalam parti DAP.  Apakah beliau masih mengharapkan yang ia 'berubah' menjadi seperti dahulu iaitu sebelum 2008?  Apakah beliau tidak tahu bahawa tidak kira tahun 1969, 2008 ataupun 2013 dan 2020 sekali pun, jika diikutkan hati pemimpin DAP, untuk bernafas pun orang Melayu tak akan diberi ruang, apatah lagi memegang jawatan?
 
Semoga Melayu di dalam DAP dan juga kaum-kaum lain yang bukan Cina di dalam parti itu dapat belajar sesuatu dari semua yang berlaku ini.   Apa yang pasti ialah menyokong DAP umpama menempah bala kepada diri sendiri. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...