Followers

13/08/2015

'Selamatkan Malaysia' Gabungan Pembangkang Baru Yang Di Ketuai Oleh Tun Mahathir?

LUAHAN RAJA PETRA BEKAS ORG KUAT DAP DAN YG MEMULAKAN KES CINCIN DS ROSMAH.

Pengendali portal Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berkata stail politik angkuh, hanya memberi dua pilihan, ikut telunjuk atau diserang dengan label pengkhianat.

Raja Petra membuat kesimpulan itu berdasarkan pengalamannya berurusan dengan DAP ketika memimpin MCLM (Malaysian Civil Liberties Movement) pada 2010 serta tindakannya menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menentang 'Langkah Kajang' pada 2014.

Beliau berkata langkah pertama yang DAP lakukan adalah membahagikan satu kumpulan kepada dua kelompok, iaitu satu kumpulan baik dan satu lagi kumpulan jahat.

Pihak yang menyokongnya dianggap kumpulan baik dan disanjung sebagai 'perwira' manakala pihak yang menentangnya dilabelnya sebagai kumpulan jahat yang mesti ditentang atau dibunuh.

"Dan jika kita tidak menyokong rancangan DAP ini maka kita adalah pengkhianat. Hanya jika kita menyokong rancangan DAP kita akan (disanjung) sebagai perwira.

"Inilah cara bagaimana politik baru Malaysia (Gerakan Harapan Baru) dirancang. Ia mesti mengikut telunjuk DAP atau bukan. Dan jika kita tidak bersetuju (dengan cara DAP), kita mesti diserang atau dibunuh.

"Dan sejak saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka (DAP) lakukan bermakna saya adalah pengkhianat. Pengkhianat kepada apa? Pengkhianat kepada negara atau pengkhianat kepada DAP ?," dedah Raja Petra dalam satu artikel bertajuk "DAP adalah satu ancaman terhadap keharmonian kaum"

Raja Petra berkata kes ini paling ketara dapat dilihat dalam kes 'Langkah Kajang', di mana Khalid dan Hadi dilabel sebagai 'pengkhianat' kerana menentang perancangan DAP

Justeru itu, Khalid dan Hadi telah diserang habis-habisan oleh parti Cina itu.

"Mereka (DAP) menyerang Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Mereka tuduh Khalid sebagai seorang korup (perasuah) dan sebagainya.

"Apabila kita berpihak kepada Khalid, mereka marah. Mereka boleh serang Khalid. Tetapi kita tidak boleh bela Khalid. Inilah demokrasi yang dipraktikkan penyokong-penyokong Cina DAP.

"Kemudian, mereka serang Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebab beliau juga menyokong Khalid. Tiada sesiapa pun boleh menyokong Khalid. Semua mesti ikut telunjuk DAP dan serang Khalid. Jika mereka menentang DAP dan sokong Khalid, mereka akan disingkirkan.

"Jadi mereka (DAP) cuba untuk menggulingkan Hadi. Mereka menghabiskan beberapa juta untuk membiayai kumpulan kecil dalam PAS untuk melawan Hadi. Tetapi mereka gagal. Kumpulan anti-Hadi hanya memenangi 20 peratus undi dalam pemilihan parti

Tambah Raja Petra lagi, inilah kaedah pecah dan perintah yang dilakukan DAP bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan Melayu sama ada dalam PAS dan UMNO.

"Kemudian mereka (DAP) membiayai kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS itu untuk menubuhkan sebuah parti baharu. Parti baharu ini akan menjadi rakan baharu dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan PAS.

"Jeff Ooi berkata adalah baik kerana PAS telah berpecah dua. Ia juga baik jika UMNO boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

"Jadi mereka berjumpa Muhyiddin Yassin untuk merancang menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak. Mereka juga mencadangkan agar Dr Mahathir seharusnya mengetuai suatu gabungan pembangkang baharu yang dinamakan 'Selamatkan Malaysia' yang dianggotai daripada kumpulan yang menentang UMNO.

"Sekarang masanya mereka (DAP) untuk memecahkan UMNO kepada dua kumpulan selepas berjaya memecahkan PAS. Kemudian kuasa politik Melayu akan menjadi lemah,"katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...