Followers

05/08/2015

BEKAS Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( APIUM) yang pro PAS bakal jadi TNC HEP UM?

BEKAS Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( APIUM) yang pro PAS bakal jadi TNC HEP UM?
Benarkah Prof Rohana TNC HEP UM akan tamat kontrak dan bakal diganti dengan Prof Dato' Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff bekas Pengarah APIUM ini? 
Semua pihak menyedari betapa APIUM adalah lubuk pusat perkaderan PAS melalui PMIUM sejak 80an lagi.
Seorang beraliran Pas totok dan pernah jadi murabbi PMIUM. Semasa beliau melanjutkan di University of Wales UK beliau adalah Ketua Hizbi di UK sebuah gerakan PAS di luar negara.
Artikel ini dalam http://anwaraidc.com/…/pasma-geng-universiti-malaya-lawan-…/ menunjukkan peranan Prof Dato' Dr Mohd Yakub sebagai pengkader mahasiswa menyokong PAS di kampus.
Anak-anak usrah PMIUM yang berbaiah sering merasakan diri mereka istimewa. Jika mereka mengharungi Tarbiah serta baiah PAS tidak mungkin mereka akan kembali menyokong kerajaan jika tiada sebab yang kukuh. PMI, usrah dan baiah tidak mungkin dipisahkan.
Persoalannya mengapa beliau dicadangkan oleh kerajaan BN sebagai TNC HEP UM? tidak kah ini terlalu sarkas untuk kementerian pendidikan tinggi yang baru Idris Jusoh?
inikah wajah pentadbiran Idris Jusoh membiarkan IPTA seperti UM bakal menjadil lubuk PAS? 
Mohon Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...