Followers

04/06/2013

DAP Aibkan Red Bean Army

Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri.  Ada yang berlagak berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan macam-macam lagi.  

Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua mempunyai sifat dan sikap yang sama.  Biarpun pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila diancam.  Ancaman pula bukan sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri.  

Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi agar jangan mendedahkan rakan sendiri.  Tidak mustahil satu lagi kematian ala Teoh Beng Hock akan berlaku demi menyelamatkan DAP.   Mungkin juga akan ada upacara bunuh diri beramai-ramai jika benar-benar terdesak.  

Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan DAP ke atas mereka untuk memastikan mereka menutup mulut.    Malah, periuk nasi dan perniagaan sanak saudara mereka juga mungkin terjejas.   

Segalanya mungkin bagi parti yang membawa pendekatan samseng dan terkenal dengan hati kering serta muka tebal sehingga sanggup menipu ahli sendiri dalam memilih ahli jawatankuasa parti.

Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.    Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army produk SJKC ini benar-benar tidak cerdik orangnya.   Pengorbanan ‘apa ke-jadahnya’ jika sengaja mengambil risiko memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat kaum Cina berkuasa di Malaysia?   Kenapa perlu begitu rasis sedangkan merekalah yang kononnya menentang rasisme?  

Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan Nasional?  Bukankah kemewahan dan kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN?  

Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri?   Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan agama Kristian.  

Sedarkah bahawa pemerintahan DAP hanya akan membawa Malaysia kembali ke zaman kegelapan.  DAP terkenal dengan sikap tertutup – menghalang kebebasan media, diktator, kronisme, korup dan samseng.  Ugutan, ancaman, kilas tangan, tutup mulut adalah pendekatan semulajadi DAP.  Berat sebelah, tidak boleh ditegur, tidak mendengar teguran malah mengancam orang yang menegur merupakan perkara biasa di dalam DAP.  Siapa yang mengkritik pula akan disaman, dan langsung tidak diberi peluang.  

Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka.  Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus.  

Jadi, bayangkan saja, apakah jenis negara yang akan dibentuk di bawah pemerintahan DAP?

Pemimpin DAP tidak merasa bersalah atau malu menipu ahli-ahli sendiri apatah lagi rakyat jelata.  Ini disuarakan sendiri oleh orang-orang di dalam DAP dan bekas-bekas ahli dan pemimpin DAP.   Malangnya, walaupun menyedari hakikat sikap DAP yang begitu, kaum Cina tetap memilih DAP.   Jelas sekali yang mereka lebih rela diperintah oleh diktator yang kejam daripada pemimpin yang adil semata-mata kerana diktator itu adalah dari kaum mereka.  

Hanya pemimpin yang kejam yang sanggup menafikan penglibatannya dan membiarkan orang-orangnya menanggung padah sendiri.  Dan itulah yang DAP sedang lakukan terhadap Red Bean Army.  

Lim Kit Siang telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya.   Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin DAP yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari.  

Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga.  

Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban, biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama rasisme.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...