Puas hati malah dengan bangganya seorang bapa dapat turut
menyertai himpunan Black 505 dengan mengheret anak kecil ini ke jalanan, tanpa
mengira susana sekeliling dengan keadaan jerebu.
Malang! Malang sungguh nasib anak kecil ini, punyai bapa
yang tidak bertanggungjawab, membawanya kehimpunan jalanan. Anak kecil ini
menyaksikan segalanya.
Jangan sampai kelak anak kecil ini satu hari nanti akan
kencing atas kubur bapanya sendiri kerana marah dengan keputusan bapanya.
Mungkin pada ketika ini anak kecil ini tidak mengerti
apa-apa. Tetapi bapa seperti ini harus ingat bahawasanya anak kecil ini akan
mewarisi segala-galanya atas hasil perbuatan bapanya sendiri.
Bapa ini harus bertanggungjawab. Jangan heret anak ini
kerana dendam yang tidak tahu arahnya.
Jangan biarkan dan ajar
anak kecil ini bermain dengan api. Akibat sengketa, bumi yang dipijak
anak kecil ini akan menjadi milik orang lain.
Mungkin pada saat ini anak kecil ini memahami apa ertinya
kedamaian, apa ertinya kebebasan. Apabila dewasa kelak, anak kecil ini juga
akan merasai keputusan yang telah bapanya buat dahulu. Sedarlah wahai bapa ini, kini kita hanya tinggal kuasa yanga akan menentukan nasib anak kecil ini.
No comments:
Post a Comment