Followers

23/12/2013

Berita Baik Untuk Pengguna Tol

Ada berita baik untuk penguna tol.

Dengar khabar esok 24 Disember 2013 katanya akan ada berita baik kepada pengguna lebuhraya bertol.

Mudah-mudahan ianya berita yang ditungu-tungu. Sama-sama kita tunggu apakah berita baik itu esok.

Sebelum pada itu kerajaan juga telah menjelaskan bahawa:

1. Berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. Namun, Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. Sebaliknya, Kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014.

2. Sejak tahun 2008, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya:

i. penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya;

ii. penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan 7 plaza tol;

iii. pengurangan kadar tol yang melibatkan 3 lebuh raya; dan

iv. penstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD.

3. Dalam mempertimbangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, Kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani agar terus mendapat keyakinan pelabur dan supaya tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.
Sent from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Kenaikan harga toll???
    sejak 1990 hingga 2013, pengeluaran dan penggunaan kenderaan oleh rakyat malaysia makin berkurangan ??, sampaikan pendaftaran kenderaan bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dah jadi W xxxx G????
    Perlukah lagi kenaikan toll yang membebankan rakyat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah W xxxx K sekarang

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...