Followers

13/11/2013

Timbalan Menteri Berlagak Hero Tapi Tak Tahu Undang-Undang!

dbkl2

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai tidak berhak mencampuri urusan Hindu.

Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy, menyatakan Tengku Adnan tiada hak menyatakan apa yang tempat suci dan apa yang kuil. (“no business in interpreting what amounts to a shrine or temple”).

“Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sepatutnya menghormati perasaan dan sensitiviti penganut Hindu, bukannya mempertahankan tindakan tidak bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.” ["As a federal minister he should respect the feelings and sensitivities of Hindus, instead of justifying an unconscionable act by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL)."]

Keputusan merobohkan ini merupakan arahan Mahkamah dan perlu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekira Tengku Adnan tidak berhak mempertahankan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas dan arahan Mahkamah, siapakah yang layak?
Ini bukan isu agama Hindu. Ini isu undang-undang. Jika Waytamoorthy sebagai Timbalan Menteri tidak boleh menghormati undang-undang, apakah rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang?

Kuil tidak diruntuhkan. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya membakar sentimen keagamaan.

dbkl1
Ini merupakan kali ketiga Waythamoorthy menghina Mahkamah dan pihak berkuasa. Sebelum ini beliau mempertikaikan tindakan Mahkamah kerana tidak membebaskan abangnya. [Lihat Tuan Peguam Negara, Adakah Ini Bukan Menghina Mahkamah? dan mempertikaikan tindakan Polis mengadakan Ops Cantas [ Lihat: Waythamoorthy Perlu Kaji Sebelum Bela Penjenayah.

Apakah beliau bebas daripada sebarang undang-undang dan tindakan menghina mahkamah?

1 comment:

  1. ngapalah najib lantik timb.menteri dia nie yg tak tau menghormati undnag2 negara, berok dlm hutan pun pandai menghormati undang2, bila dia nak lintas jalan raya kat hutan jalan kluang ke mersing saya lihat dulu dia tengok kiri kanan baru berok tu melintas jalan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...