Followers

26/11/2013

Mahfuz Di Belasah Rakan Seangkatannya

Inilah yang dinamakan, sebab mulut, badan binasa. Kegagalan bekas Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar untuk mempertahankan jawatan tersebut di dalam pemilihan Muktamar Pas Ke-59 baru-baru ini telah menyebabkan dia menjadi tumpuan di dalam Sidang Dewan Rakyat pagi semalam.

Selain para wartawan, Mahfuz turut menjadi mangsa  'usikan' rakan ahli-ahli Parlimen yang  'membelasahnya' ekoran kekalahan tersebut. Sebelum ini dia sering diberi jolokan 'hero Pas' kerana disifatkan begitu lantang di Parlimen, sedangkan pada hakikatnya Mahfuz lebih banyak merepek dan mengganggu perbahasan dari membicarakan isu dan kepentingan rakyat.

Sebaik sahaja parlimen mula bersidang, Mahfuz terus  'dibelasah' sehingga menyebabkan Speaker turut tersenyum dengan 'usikan' tersebut. Mungkin disebabkan tidak tahan, dia dilihat keluar dari dewan tidak lama selepas itu.

Namun episod tersebut tidak berakhir di situ, sebaik sahaja di temui di ruangan rehat untuk ahli-ahli Parlimen, Mahfuz sekali lagi menerima nasib yang serupa di kalangan 'rakan-rakan' BNBBC yang ditemuinya. Paling menarik dia hanya mampu tersenyum sambil mengulas ia adalah perkara biasa dalam Pas, sambil mengaitkan nasibnya serupa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir yang turut kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

Salah seorang ahli parlimen yang ditemui, mengatakan walaupun usikan tersebut hanyalah merupakan gurauan, namun realitinya Mahfuz perlu bermuhasabah diri. Ini kerana ahli parlimen itu sebelum ini begitu celupar memperlekehkan orang yang kalah bertanding.

Kenyataan tersebut merujuk kepada tindakan Mahfuz yang sebelum ini sering menggunakan isu kekalahan Mukhriz untuk menghentam Umno. Disebabkan usikan yang bertali arus itu, Mahfuz akhirnya mula meroyan dan menjerit-jerit di dalam dewan rakyat ketika membahaskan isu Bajet 2014 pada peringkat jawatankuasa.

Di dalam pemilihan muktamar yang diadakan minggu lalu, Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya  selama dua penggal berturut-turut, apabila kalah tipis dengan penyandang, Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364).

Paling menarik, ketika ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz seakan merajuk apabila mengatakan akan mempertimbangkannya dan menyerahkan kepada kepimpinan peringkat Pusat untuk memutuskannya.

"Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti. Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah kerana kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja," katanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...