Followers

11/07/2013

Tengku Zaihan Teruskan Khidmat Arwah Dr Arahman


Ikrar teruskan khidmat cemerlang Dr A RahmanKUALA BESUT - Calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut berazam berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan khidmat bakti Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar sekiranya diberikan mandat oleh pengundi Besut.

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, walaupun namanya mempunyai gelaran, beliau hanyalah orang biasa dan ia tidak sama sekali menjadi halangan kepadanya untuk mendekati rakyat.

“Itu hanya gelaran biasa sahaja seperti wan, nik dan sebagainya. Gelaran itu ada kaitan dengan nenek moyang saya dulu.

"Saya pun orang biasa dan sudah biasa bersama penduduk di Kuala Besut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi pusara Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bayu, semalam.

Tengku Zaihan berkata, khidmatnya selama lima tahun sebagai jurutera daerah di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuatkan beliau sudah biasa berhadapan dengan masyarakat khasnya penduduk kampung di Kuala Besut.

Menurutnya, beliau akan meneruskan usaha dilakukan arwah yang masih belum selesai, antaranya mendalamkan muara Kuala Besut, masalah penempatan penduduk serta meneruskan pelaksanaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Besut.

“Saya merancang untuk meningkatkan ekonomi penduduk di Dun Kuala Besut dan memajukan daerah ini seperti berusaha menambah peluang pekerjaan.

“Salah satu cita-cita saya sejak kecil adalah ingin membela nasib golongan nelayan dan sebelum itu usaha terbatas, tetapi sekiranya menang dalam pilihan raya nanti saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...