Followers

03/07/2013

Polis Cedera Dilangar Ketika Cuba Tahan Penjenayah

KULIM: Seorang lelaki disyaki penjenayah yang cuba meloloskan diri daripada ditahan, melanggar seorang anggota polis bermotosikal dengan kereta yang dipandunya.

Kejadian di Taman Seri Petaling pada 12.30 tengah malam tadi itu menyebabkan anggota polis berkenaan cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Kulim di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soon Song berkata anggota peronda polis yang dalam tugasan mencegah jenayah terserampak dengan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di sekitar bandar ini.

Pasukan peronda terdiri daripada kereta dan motosikal polis itu mengekori kereta terbabit dan apabila menyedari mereka diekori, kereta yang dinaiki tiga lelaki itu dipecut laju.

"Selepas kira-kira tiga kilometer, kereta itu terbabas dan terkepung apabila memasuki jalan mati. Dua daripada tiga lelaki dalam kerata itu melarikan diri manakala pemandu kereta yang dipercayai panik cuba mengundurkan kereta dan melanggar seorang anggota polis bermotosikal," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis menahan pemandu kereta berusia 19 tahun itu dan hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui sebuah beg galas berisi komputer riba, kamera digital dan beberapa telefon bimbit yang dipercayai barang curi. - BERNAMA
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anggotapoliscederadilanggarkeretaketikacubatahanpenjenayah/Article/?bh
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...