Followers

31/10/2013

WIEF - Antara RM2.26 billion Dengan Isu Tertidur  

 
Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 menyaksikan Dato' Seri Najib Razak menandatangani Memorandum Persefahaman dan juga Perjanjian bernilai USD720 juta (RM2.26 billion) dengan beberapa pihak yang merangkumi potensi kerjasama, pembelian dan pajakan serta perkhidmatan kesihatan. 
 
Antaranya, BAE Systems PLC iaitu satu dari empat syarikat yang dikenalpasti bagi program penggantian MIG-29N, akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS Innovation Ltd untuk meneroka peluang bagi teknologi prototaip dan pusat pembangunan di Malaysia.  
 
Selain itu, Clixster Mobile, Angkasa dan Hi-P International akan bekerjasama membangunkan, mengeluarkan dan juga memasarkan Android smartphone dengan perisian dan aplikasi Islamik untuk negara-negara Islam.

KFM Holdings Sdn Bhd pula akan bekerjasama dengan YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk membina kemudahan kesihatan yang canggih di Turki.

Felda Global Ventures Holdings Bhd akan bekerjasama dnegan Cambridge Nanosystems bagi mengeluarkan nanotiub karbon berkualiti tinggi daripada sisa kelapa sawit. 
 
ACMS Trent Park Sdn Bhd bersama dengan Exim Bank Malaysia akan membangunkan pelaburan ke atas 8.42 hektar tanah dan lebih 20 bangunan.
 
Ini adalah antara 'hasil' dari WIEF yang melibatkan Malaysia. 
 
Bagaimanapun, tiada satu pun di antaranya yang menarik minat pembangkang untuk diperkatakan.  Pembangkang bagaimanapun, begitu seronok memainkan gambar Perdana Menteri yang terlelap sekejap di atas pentas WIEF tatkala program berlangsung. 
 
Perdana Menteri yang keletihan kerana telah bekerja tanpa henti sejak seminggu lalu. Beliau dikhabarkan tidak berehat langsung bagi menyediakan Bajet 2014 dan seterusnya membentangkannya pada hari Jumaat sebelum menghadiri Persidangan Parti Gerakan pada hari berikutnya dan kemudiannya terus ke London pula untuk WIEF.  Setibanya di sana, beliau terus memenuhi jadual yang ketat termasuk perjumpaan dan acara rasmi dengan beberapa pemimpin luar tanpa mengira somptom gangguan ritma masa. 
 
Maka, tidak hairanlah beliau begitu keletihan dan terlelap, itu pun setelah memastikan semua tugas penting berjalan lancar. 
 
Terpulang kepada pengkritik untuk melihatnya sebagai satu tanda kelemahan, namun, apa yang pasti ialah 'hasil' RM2.26 billion tentunya bukanlah satu tanda kelemahan.  Jumlah itu dengan sendirinya membuktikan keyakinan negara luar terhadap Malaysia sekali gus kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri. 
 
Jumlah itu juga menjadikan segala pengorbanan masa dan tenaga beliau kepada negara adalah berbaloi. 
 
Seharusnya, pembangkang turut merasa bangga dengan keyakinan negara luar terhadap Malaysia, bukannya gembira mempermainkan Perdana Menteri yang telah bertungkus lumus untuk kita.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...