Pemilihan semula CEC DAP pada 29 September
lalu ternyata telah tidak menyelesaikan apa-apa. Dengan semua yang
telah menang dalam pemilihan awal menang semula, dan lebih ramai ketidakhadiran
dilaporkan, maka akar umbi DAP terus memendam rasa. Akibatnya,
beberapa negeri mula bergolak kerana tidak tahan lagi dengan sikap kukubesi
kepimpinan parti.
Perasaan sakit hati turut dirasai oleh DAP
Kedah yang mana kepimpinan atasan telah bertindak membubarkan jawatankuasa DAP
Negeri yang dilantik secara demokrasi 2010 dan membentuk jawatankuasa interim
tanpa sebarang sebab.
Ini menyebabkan Pengerusi DAP Negeri, Lee
Guan Aik telah dipaksa melepaskan jawatannya kepada Christopher Zairil Lim.
Perlantikan Christopher Zairil sebagai
Pengerusi DAP Kedah membawa makna bahawa DAP telah membelakangkan akar umbi
parti serta tidak menghormati mahupun menghiraukan perasaan jawatankuasa
negeri, dan juga menipu rakyat Kedah dengan mempromosi Christopher Zairil
sebagai Melayu. Walhal, Christopher adalah berdarah Cina seratus
peratus dan hanyalah anak tiri kepada Tan Sri Khir Johari yang mengahwini
ibunya pada usianya belasan tahun. Christopher sebelum ini pernah
memberitahu wartawan bahawa beliau dan keluarganya termasuk bapanya tidak
begitu ‘selesa’ bergaul dengan orang Melayu mahupun mengamalkan budaya
Melayu.
Tetapi hari ini, dikhabarkan Christopher kini
sedang bertungkus-lumus ‘berlatih’ untuk menjadi Melayu bagi menghadapi
pengundi dalam Pilihanraya Kecil Sungai Limau.
Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah
bagaimana sikap orang-orang PAS menerima Christopher di Sungai
Limau. Apakah mereka akan membiarkan DAP menipu atas alasan membantu
parti PAS?
Sg. Limau hanya mempunyai 3% pengundi Cina
dan kehadiran Christopher sebagai Cina tentulah tidak perlu sama
sekali. Maka kita yakin yang Christopher akan hadir sebagai
Melayu dengan hanya memperkenalkan diri sebagai ‘Zairil Khir
Johari’.
Secara dasarnya, masyarakat Cina di Kedah adalah
berbeza dengan Pulau Pinang. Rata-rata masyarakat Cina Kedah fasih
bertutur loghat Kedah dan hidup di kalangan orang-orang Melayu tanpa apa-apa
‘sekatan’ yang nyata. Pergaulan semua kaum di Kedah cukup harmoni
kerana rakyat Kedah terkenal dengan sikap peramah.
Keharmonian ini agak ‘terganggu’ akhir-akhir
ini apabila DAP semakin berkuasa di Malaysia.
Bagaimanapun, kita percaya masyarakat Cina
Kedah akan dapat menilai sendiri sikap DAP yang sanggup
membelakangkan akar umbi parti sendiri dan juga mengenepikan jawatankuasa
negeri yang dilantik secara demokrasi. Jelas sudah bahawa DAP
bersikap kuku besi dan sanggup menipu dan melakukan apa saja untuk berkuasa
walaupun menindas ahli sendiri.
Perlantikan Christopher Zairil adalah bukti
segala apa keburukan DAP ini.
Justeru, apakah rakyat Sg. Limau sanggup
memberi kuasa kepada PAS yang bersekongkol dengan penipu, penindas dan
kukubesi?
Kita percaya, pengundi Sungai Limau, mahupun
rakyat Kedah keseluruhannya, dari berbagai parti lebih bijak untuk menilai mana
intan dan mana bom jangka. Kedah tidak perlukan DAP tetapi perlukan
BN untuk terus menikmati hidup yang aman dan harmoni.
Dan DAP itu adalah sebahagian dari
PAS. Memberi kemenangan kepada PAS di Sungai Limau turut bermakna
memberi kemenangan kepada DAP melalui Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment