Followers

31/03/2013

Demokrasi Ala DAP

Mengapa 753 Perwakilan Dinafikan Hak Mengundi?

DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan. Itu hakikat yang sering terjadi.

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja.

DAP MUSUH ISLAM

Pakatan Pembangkang Pengecut

Tahun lalu 2012 pihak Pakatan Pembangkang PAS, DAP dan PKR umum nak bubar kan dun masing masing dan tidak mahu diadakan pilihanraya serentak dengan kerajaan Pusat. SPR kata kerajaan negeri Pakatan ada hak untuk membubarkan DUN berasingan, namun kos pilihanraya akan menjadi lebih tinggi jika dibuat pilihanraya secara berasingan. Pihak Pakatan Pembangkan juga menemplak SPR dengan berkata SPR anjing UMNO. SPR takut nak bantu negeri Pakatan adakan pilihanraya secara berasingan.

Sekarang ini sudah 2013 dan nak masuk bulan April pun. Satu haram pun negeri Pakatan iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor belum bubar DUN mereka sendiri sebaliknya mengatakan PM Najib Razak pula yang penakut untuk membubarkan Parlimen.

Ehhhh! mengapa dia orang puak pembangkang yang beriya-iya cakap nak bubar dan paling kuat cakap nak bubar DUN adalah Khalid Ibrahim MB PKR Selangor.

Kenapa sebelum ini cakap besar nak bubar DUN, tapi sampai sekarang masih belum bubar DUN lagi? Siapa yang takut ni? Hahaha, rakyat tak bodoh lah wahai Anwar Ibrahim, rakyat semakin cerdik dan nampak betapa takutnya Pakatan Haram pada PRU13 ni.

Lewat lewat PM kami bubar Parlimen tak saman dengan kegiatan Liwat pemimpin Pakatan Haram tu.

Sent from my BlackBerry® smartphone

30/03/2013

Anak Beranak Gila Nak Jadi Calon PRU

Mereka dah gila-bapa calon pm,anak calon menteri,kini isteri (wan azizah) pula calon mb selangor.

Khalid ibrahim sahkan wan azizah blh jadi mb selangor dan perkara tersebut kini dlm perbincangan.

Selama ini mereka menuduh isteri pm dgn mcm2 tuduhan. Sebenarnya mereka yg gila. =))

Wan azizah bakal mb selangor- http://www.rbfonline.net

Sent from my BlackBerry® smartphone

Terowong Bawah Laut RM 6.3 Bilion : CAP Kata Sepatutnya ...

Sent from my iPad

29/03/2013

BRADER MANSUH MOST WANTED : GERAKAN KADERISASI DI USIM DIDEDAHKAN !!!

Tidak ramai yang tahu bagaimana Haziq ataupun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) membentuk kekuatan gerakannya. Sebenarnya, ia bermula dari seawal-awal peringkat dalam sebuah rantaian besar yang berpaksikan kepada modul-modul tertentu. Ia dinamakan sebagai doktrinisasi dan pengkaderan.

Menurut sumber Brader, penekanan utama dalam gerakerja merekrut ahli baru ialah memfokuskan kepada kumpulan pelajar baru yang bersifat neutral. Ia berbeza dengan tanggapan kita selama ini bahawa usaha kaderisasi akan tertumpu kepada pelajar-pelajar keluaran institusi berasaskan keagamaan seperti Sekolah Menengah Agama (SMA) dan sebagainya.

Dalam hal ini, para pelajar keluaran sekolah agama dan kumpulan pelajar dari negeri-negeri Pantai Timur bukanlah sasaran utama kerana mereka sendiri yang akan mencari kelab-kelab seperti PMI atau meminta pandangan abang-abang senior seperti Haziq ini memandangkan sudah mempunyai asas dan didoktrinisasi sejak dari sekolah lagi.

Justeru target Haziq dan PMI lebih kepada pelajar-pelajar baru yang masih belum terdedah dengan politik kampus. Tenaga penggerak ini akan berselindung di sebalik imej dan perwatakan yang baik semata-mata untuk mendekati pelajar-pelajar baru ini

Baca seterusnya

http://www.bradermansuh.blogspot.com/2013/03/gerakan-kaderisasi-di-usim-bongkar.html


Sent from my iPad

Pakatan Mahu Kebebasan Media

Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam 'Manifesto Bukan Janji' yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya 'Kewartawanan Sejagat, 1977' mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.

Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Kenapa Pakatan @Anwaribrahim @Abdulhadiawang @cmlimguaneng Diam @TianChua Kata Insiden #LahadDatu Sandiwara Umno?

Ban Ki Moon Kagum Kepimpinan YAB PM @NajibRazak

Nurul Izzah, Video ini terpaksa di tayangkan






28/03/2013

Di Sebalik Wajah Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel," he said, "but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians." (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tiada Calon Sesuai Ganti Najib

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tektik Guna Musuh Untuk Jatuhkan Musuh

Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.  Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.  
Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.
Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.   Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang. 
Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu  mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah. 
Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik. 
Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.   Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda. 
Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13?  Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.
Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.   Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja. 
Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.  Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.   
Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan.  Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal. 
Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.  Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan. 
Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.  Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara. 
Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.  Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.   Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang. 
Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR.   Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat? 
Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.  

PRU13: Anwar Akan Buat Kejutan

Rakaman dan Gambar Asal dari Lahad Datu

Rakam dan Gambar Asal dari Lahad Datu

27/03/2013

Video Sek Pemimpin PKR Terlepas

Tak habis-habis lagi dengan kisah Video seks pakatan rakyat yang kebanyakanya datang dari pemimpin tertinggi dalam parti sendiri. Sememangnya video tersebu sudah pasti akan disangkal kononnya UMNO yang menjadi dalangnya, UMNO yang mencipta video tersebut. Tetapi hakikatnya sukar ditelah oleh ahli ahli sendiri bahawasanya pemimpn mereka sendiri terlibat dengan aktiviti sex yang diluar tabie.



untuk maklumat seterusnya: http://1cilipadi.blogspot.com/2013/03/pendedahan-panas-video-skandal-pemimpin.html


Email dari PDM Cherana Putih Dun Taboh Naning N.05

Download Taboh-Naning-20130325-00893.jpg (84.5 KB)

Sebagai tanda sokongan kami kepada Perdana Menteri yang dikasihi DS Najib Tun Abdul Razak dan kepada parti Barisan Nasional maka kami telah memasang bendera BN yang terbesar di PDM Cherana Putih DUN Taboh Naning N05.

Ini juga adalah sebagai tanda amaran kepada parti pembankang bahawa kami sememang telah bersedia 100% untuk berhadapan dengan mereka pada PRU13 yang akan tiba bila bila masa sahaja.

Kami berharap gambar bendera ini dapat disiarkan sebagai pembakar
semangat kepada ahli ahli yang lain.

Sekian terima kasih

Email dari PDM Cherana Putih Dun Taboh Naning N.05

Suara PR Mahu Anwar Bersumpah

Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka menjadi 'bom' untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu 'secara paksa' telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk. Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?

Ini kerana isu di sini bukan 'rela atau paksa' tetapi 'liwat atau tidak'. Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP. Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme. Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme. Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan 'kesucian' dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan. Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan 'bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam' dan berbagai-bagai alasan lagi. Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata "sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian."

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, 'telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman'. Malah, kata penulis laman tersebut lagi, 'orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat' dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah. Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong. Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.

Sent from my BlackBerry® smartphone

26/03/2013

Perbalahan Dalaman Pakatan Rebut Kerusi Bukti Peluang Ke Putrajaya Makin Kelam


PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'...

Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;

Parlimen Gelang Patah

Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!

Parlimen Bagan Serai

Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.

Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?

Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?

DUN Changkat Jering

YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.

Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.

DUN di Kedah

Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....

Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...

Sepakat membuka mata, mencelik minda..

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!

Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.

Demi agama, bangsa & negara

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia

Oleh: hulubalangKANAN

Sent from my iPad

Pendedahan Senarai Nama Calon PRU13


Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam:-


SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

Poster Menarik PM @NajibRazak

</center>

Sent from my iPad<center>
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Layakkah Anwar Jadi PM

Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin? Satu nama yang besar juga merupakan tokoh ekonomi negara, suatu ketika dahulu. Walaupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah berkali-kali cuba untuk menjejaskan imej dan kredibiliti beliau namun ternyata mantan Menteri Kewangan itu mempunyai khalayak penyokongnya yang tersendiri.

Malah sehingga kini, beliau dikatakan masih disegani oleh masyarakat dan pendapat yang diberikan sering dijadikan sumber rujukan. Malah Tun Daim juga terkenal dengan polisi 'pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri'.

Atas faktor tersebut, maka bukanlah sesuatu yang mustahil apabila akhbar arus perdana New Sunday Times dan Berita Minggu telah menjemput beliau untuk membicarakan mengenai politik tanah air ketika ini, walaupun telah lama bersara sebagai ahli politik.

Di dalam wawancara tersebut, beliau telah melahirkan rasa bimbangnya tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Ini kerana menurut beliau, Ketua Umum PKR itu dipercayai akan mengucar-kacirkan negara. Ia berdasarkan kepada kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, apabila Tun Daim membayangkan kecenderungan Anwar untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah menurut beliau lagi, ia berdasarkan kepada sikap Anwar sendiri yang suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

"Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui revolusi sebaliknya menerusi peti undi," jelas Tun Daim.

Ketika ditanya mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tokoh ekonomi itu menegaskan bahawa Najib adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri."

Sent from my BlackBerry® smartphone

25/03/2013

10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13


Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin


8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…
MYNEWSHUB.MY
http://mynewshub.my/2013/03/23/10-kejutan-anwar-ibrahim-menjelang-pru-13/

Apa Salah Abby Abadi Yang Sedang Mencari Keredaan Allah

Apa Salah Saya? yang hanya mencari keredaan Allah!

Ustazah Abby Abadi yang sedang mencari keredaan Allah yang semakin hari menjadi kurang siuman apa bila pelbagai fatwa dikelurkan dan terbaru, ustazah Abby Abadi ini menyokong perakan penganas kiram di Lahad Datu dan mengangkat penganas kiram yang mati sebagai mati syahid.

Nampaknya Ustazah Abby ini menjadi idola kepada pengikut pengikut PAS yang cukup taksub dengan mengikuti apa apa sahaja yang difatwakan oleh Ustazah ini.

Baru baru Ustaza Abby Abadi ini yang mahu mencari Keredaan Allah telah pergi ke London atas tajaan penuh oleh seorang VVIP. Khabarnya di Londo Ustazah Abby Abadi berbelanja begitu mewah sekali yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.

Entah apa kerja yang di buat selama seminggu sehinggakan mendapat jumlah bayaran hingga mencecah RM50,000. Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Untuk Abby yang tiba tiba sahaja jadi Ustaza selepas dicerai janganlah nak tunjuk baik sangat. Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Untuk Ustazah Abby ini Jagalah mulu yang celupar mempermaikan agama, mengadu domba serta memberi tafsiran agama yang bukan-bukan. Cukuplah Abby ini bukan caranya untuk mencari keredaan Allah.

24/03/2013

Lagi Video Anwar Sodomy Mahasiswa 19thn

Baru lagi episode 1 didiedahkan hari ini kita dapat pula melihat
Episode 2 - Video Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa 19 Tahun http://t.co/yZVOOP6U0M

Sent from my BlackBerry® smartphone

Lim Kit Siang Raja Katak yang Tiada Kawasan

Since the 1969 General Election, DAP supremo Kit Siang  contested parliamentary  seats in four states - Malacca, Selangor, Penang and Perak!  He has also been a member of the State Legislative Assembly in Malacca and Penang...wow sudah 44 tahun  yb jadi katak si katak lompat! He is the real frog prince!!. sekarang nak melompat ke gelang patah, johor pula, lompat raja katak...lompat!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone

23/03/2013

Najib di Fitnah Persenda Pewira Negara

Bila bercakap perihal adu domba, fitnah dan propaganda jahat, tidak dapat tidak rakyat Malaysia kena akui ia sememangnya sudah sebati dengan pemimpin pembangkang dalam PR, malah PAS yang sering mendabik dada lebih Islamik pun 2 x 5 saja kelakuannya.

Para pemimpin PR termasuk dari kalangan politikus yang berselindung dengan gelaran ustaz, tok guru dan pejuang Islam dalam PAS, memang tak boleh diam sekejap. Waktu negara aman mereka mengadu domba, saat negara sedang bergelora lagi mereka tambah dosa mencipta fitnah dan propaganda.

Lihat sahaja dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mana bila sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan memberi pandangan bahawa status perajurit beragama Islam yang terkorban adalah syahid akhirat, PAS pula sengaja mencipta keraguan ummah dengan menyatakan perajurit itu gugur sebagai syahid dunia.

Dengan Majlis Fatwa yang memiliki autoriti dan terbukti wibawanya pun PAS berani menyanggahnya, jadi tidaklah pelik bila Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib tergamak memfitnah dan menuduh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah mempersendakan pengorbanan perajurit negara.

"Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulamak". (Ketua dewan Ulama PAS, Harun Taib, 19 Mac 2013).

Adakah patut seorang yang kononnya ulama dengan agak bias dan angkuh mendakwa PM sengaja merendahkan martabat perajurit yang terkorban? Nampak sangat wujud gambaran buruk yang cuba di adu domba oleh pemimpin PAS tersebut.

Jika PM dianggap mempersendakan perajurit negara, apakah Majlis Fatwa juga demikian? Walhal penegasan oleh PM mempertahankan perajurit yang terkorban adalah syahid akhirat, ianya adalah selari dengan pandangan yang dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Jenis mati syahid sebagaimana diterangkan oleh para ulama tidak hanya terhad kepada syahid besar atau syahid kecil, sebaliknya jumhur ulama berpendapat ada syahid dunia, syahid akhirat dan satu lagi syahid yang paling besar ialah syahid dunia akhirat.

Di antara ketiga-tiga syahid itu, hanya syahid dunia akhirat yang tidak memerlukan jenazah di mandi dan dikapankan. Syahid dunia dan syahid akhirat tetap perlu mengikuti proses biasa sebagaimana pengurusan jenazah orang Islam.

Pun begitu perlu ditegaskan, kebenaran sejauh mana seseorang itu sah kesyahidannya dan di mana kelak kedudukannya di akhirat nanti tetap bergantung pada niat seseorang itu serta terpulang pada ketentuan Allah S.W.T jua.

Dalam pada itu, kita tertanya siapa Harun Taib berbanding berbelas orang ulama dan para mufti yang membarisi jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan? Apakah Harun Taib memiliki kewibawaan dan kredibiliti serta berautoriti untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa?

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sms dari Blogger Papa Gomo Selepas dibelasah

Tq coz ada yg tanya khabar tadi. 5 jahit je kena tadi, pukul dari belakang lepas turun kereta. Apa pun semua ok dan laporan Polis dah dibuat. Kejadian ni tambahkan lagi semangat I nak keluarkan video sambungan..hehehe.

Just untuk makluman semua, siap sedia apa kemungkinan yang bakal berlaku coz Anwar Ibrahim kali ini akan mengganas walau apa cara sekalipun.

Kita akan BOGELKAN Anwar Ibrahim Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Anwar Lari ke Kawasan Cina, Calon Permatang Pauh DiKenal Pasti

Anwar Ibrahim semalam mengumumkan beliau akan bertanding di Selangor atau Perak, bukan di Permatang Pauh.  Dipercayai kerana menyedari sokongan melayu terhadap beliau semakin merosot.
 
Yaaaa apa dah jadi Pak Sheikh?! Menggelabah sakan nampak...
Melayu tolak Anwar. Anwar takut

Selepas interview BFM & paparan video gelap: Anwar hilang punca.
If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau
True, what he does in the bedroom doesn't matter, but him pretending to be the man of God – NOW that's just disturbing.

http://www.rbfonline.net/2013/03/menyedari-moralnya-teruk-anwar.html?m=1

Sent from my BlackBerry® smartphone
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

22/03/2013

Nur Misuari Berbohong

Sent from my BlackBerry® smartphone
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Janji Baru Buat Ibu Tunggal

Walaupun gagal untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat ketika kempen pilihanraya yang lalu, pakatan pembangkang kembali untuk menaburkan janji-janji baru bagi membodohkan rakyat khususnya di Selangor. Terbaru kerajaan pakatan di Selangor kembali menaburkan umpan lama dengan BERJANJI untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal sekiranya terus dipilih menerajui kepimpinan negeri.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Walaupun secara zahirnya tawaran BARU yang diberikan itu sungguh manis, namun sekiranya diteliti semula semua janji-janji yang pernah diberikan ketika kempen pilihanraya 2008, nyata semua yang dikatakan itu adalah dusta dan pembohongan semata-mata.

Lebih mengecewakan, Rodziah sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu saman yang dikemukan oleh ibu-ibu tunggal Selangor mengatakan kumpulan tersebut hanya berlakon.

Ketika mengulas lanjut, dia turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan mereka sebagai hipokrit dan bermuka-muka kerana ingin memancing simpati untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Pada 22 November tahun lalu, Persatuan Ibu Tunggal Selangor, telah mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto ‘Barisan Alternatif’ 2008. Persatuan yang mewakili 2,020 ibu tunggal selaku plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua.

Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa, defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk mereka untuk memberi elaun elaun sebanyak RM100 sebulan kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. Namun apabila pakatan membentuk kerajaan negeri di Selangor, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji.

Manakala pada 12 Disember lalu, seramai 3,011 ibu tunggal, turut memfailkan tuntutan sama terhadap kerajaan negeri dan Abdul Khalid dengan menuntut tunggakan elaun ibu tunggal kira-kira RM16.26 juta.

Kerajaan negeri sebelum ini juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukan itu dengan alasan ‘MANIFESTO PAKATAN BUKAN JANJI’ namun telah ditolak oleh mahkamah.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam ketika membuat keputusan mengatakan sama ada janji atau manifesto, ia boleh dikuat kuasa sebagai satu kontrak dan mahkamah berpendapat isu tersebut melibatkan keperluan keterangan dan tafsiran undang-undang.

Mahkamah turut memutuskan janji-janji tersebut masih wujud dan berterusan untuk diterjemahkan sebagai polisi oleh pihak terpilih berdasarkan janji-janji tersebut yang mendorong dan memberikan keyakinan serta kepercayaan kepada pengundinya bagi bertindak ke atasnya.

Blogger Papa Gomo Di Pukul

Bijak sungguh PKR mengalihkan isu. Mereka melakukan serangan peribadi kepada 'papagomo', hinggakan rakyat lupa apa yang didedahkan oleh 'papagomo', rasanya blogger pro Umno perlu bantu 'papagomo' dalam hal ini. Kalau lambat, isu pokok akan dimatikan oleh PR. BN yang kena semula, kesalahan lalu 'papagomo' adalah kenangan yg tak boleh padam, yg penting 'papagomo' cuba memberikan sesuatu utk Malaysia.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Anwar Manusia Peramah -Rafizi Ramli

PC Rafizi Ramli PKR sahkan bahawa rakaman video Papa Gomo adalah sahih dan lelaki dalam video tersebut adalah Dato Sri Anwar Bin Ibrahim.

Dakwa Rafizi Anwar Ibrahim memang seorang yang peramah dan sentiasa membahasakan diri dengan I dan U.

Ohhhh macam tu peramah ye? Peramah sampai Anwar Ibrahim yang dah berumur bawak mahasiswa umur 19 tahun masuk bilik hotel dan duduk berdua duaan? Macam tu ke Peramah namanya?

Kah Kah Kah.... Adoiiiii baru aku tahu le macam ni rupanya Anwar tunjuk dia ni peramah.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Negara perlu TOLAK TANGAN ASING


1Malaysia Wajib Tolak Tangan Asing

Kita sebagai warga Malaysia sudah pastinya tidak mahu melihat campur pihak tangan asing dalam pelbagai urusan negara yang aman damai ini. Sebagai chontoh banyak demostrasi jalanan dengan anjuran parti politik tertentu dan Ngo tertentu yang kesemua ada tangan asing berdiri teguh di sebalik mereka ini. Bagi kita sebagai warganegara yang sayangkan dan cintakan keamana kepada Negara Malaysia ini perlu wajib menolak mereka semua ini.

Untuk membina sebuah negara perlu masa yang agak panjang, tetapi utuk meruntuhkannya  hanya boleh dengan sekelip mata sahaja.

Berikut di tayangkan bagaimana tangan-tangan asing ini berusaha untuk meruntuhkan negara kita ini  dengan mempergunakan orang-orang tertentu demi mencapai cita cita politik mereka.


21/03/2013

Anak Anwar Nurul Izzah Hina Pasukan Polis

Nurul Izah tak habis habis dengan kontroversi dia. Sibuk sangat dengan apa yang berlaku sehingga tiada masa untuk menjaga kawasan selaku ahli parlimen.

Terbaru pada 20 Mac 2013 dalam sebuah ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sekali lagi telah menyelar PDRM dengan berkata pihak polis tiada kerja lain selain mengintip pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
 
Setiap kali bukak mulut, Nurul Izzah buat kontroversi. Apa salahnya duduk diam & buat kerja?
Nurul Izzah kata pengganas Kiram senang masuk, sebab polis sibuk intip bapak dia...
 
Berikut video anak anwar nurul izzah perlekeh pasukan keselamatan

http://www.youtube.com/watch?v=F3K48jiiWtQ
Sent from my BlackBerry® smartphone

Anwar Buat Sidang Media Jawab Blogger Gomo

Dimaklumkan satu sidang media akan diadakan di ibupejabat PKR jam 11pagi esok (22 Mac 2013) oleh DSAI untuk menjawap tomahan paparan video blog Papagomo, sebagai rentetan kepada kes saman terhadapnya hari ini.

Kehadiran sdr/i adalah dialu-alukan.

Sah le esok bermulanya episod Baru Papa Homo vs Papa Gomo.

Esok jangan Anwar Ibrahim pusing sana sini pulak taknak jawap isu Video dia dengan mahasiswa yang diliwat tu. Hehehe. Kita tengok berani atau tidak Anwar Ibrahim esok.

Lawan Tetap Lawan <=-P
Sent from my BlackBerry® smartphone

Akhirnya Sandiwara Tian Chua Makan Diri

Jenuh berpencak silat nampaknya pembangkang cuba menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa parti pembangkang tidak sensitif dan tidak patriotik. 

Entah kenapa susah benar bagi pembangkang untuk mengaku bahawa Tian Chua telah keterlaluan, tersalah langkah dan celupar.  Sedangkan lebih mudah untuk mereka menempelak Tian Chua dan memohon maaf dari rakyat dan keluarga wira-wira yang terkorban, bagi pihak parti mereka.   Tentu dengan cara ini, rakyat akan lebih menghormati mereka sekali gus menyukarkan BN untuk mencari kelemahan mereka.

Tindakan pembangkang untuk membela Tian Chua membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya berkongsi sikap yang sama dengan Tian Chua iaitu tidak sensitif dan tidak patriotik.   Bagi pembangkang, nyawa manusia tiada harga dan kedaulatan negara adalah perkara remeh. 

Justeru, tidak guna mereka menuding jari keliling, sedangkan kata-kata Tian Chua yang biadap itu disiarkan oleh media rasmi mereka sendiri iaitu Keadilandlaily.  Jika Tian Chua ingin membela diri, beliau harus terlebih dahulu mendakwa laporan media itu yang disiarkan pada 1 Mac 2013 mengenai kenyataannya, sebagai tidak benar sama sekali.  Lebih elok jika beliau menyaman sahaja Keadilandaily.   Tetapi Tian Chua enggan, sekali gus menunjukkan yang beliau teguh mempertahankan kenyataannya. 

Antara petikan kenyataan Tian Chua yang membawa kepada pendakwaan menghina pasukan keselamatan ialah:  

· “pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.”  dan

·         “Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.”   serta

·         “Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”

Sebaliknya, pembangkang memilih untuk menangani isu ini dengan menuduh kononnya pendakwaan terhadap Tian Chua adalah usaha UMNO untuk mengalihkan isu Sabah.   Sedangkan sebelum itu, Tian Chua juga menuduh yang UMNO cuba menutup apa yang berlaku di Sabah. 

Untuk itu, kita merasakan bahawa tidak perlulah UMNO membela diri dalam hal ini tetapi biarlah pembangkang dan Tian Chua sahaja yang terkinja-kinja meroyan mengatur langkah sumbang dan lintang pukang. 

Ini kerana, rakyat sedia maklum bahawa media-media rasmi kerajaan memberi tumpuan penuh dan liputan berterusan dan besar-besaran mengenai keadaan di Sabah.  Jika benar tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba mengalih isu, tentulah kita tidak akan dapat membaca dan mendengar perkembangan di sana melalui media kerajaan. 

Malah, rakyat juga sedia maklum bahawa pembangkang juga yang paling teruja dan seronok sekali apabila Sabah diceroboh.  Bagaikan pasukan sorak, pembangkang mendesak kerajaan agar mengeluarkan arahan bunuh sahaja sambil mengutuk tindakan diplomasi sebagai lembab.  

Tetapi, apabila media asing menghebahkan pembabitan pembangkang dalam insiden tersebut tiba-tiba saja sorakan mereka menjadi pudar.  Malah, apabila ada pasukan keselamatan kita yang terbunuh, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara kerajaan pula.  Kononnya untuk menutup isu kad pengenalan. 

Nyatalah bahawa hanya orang yang benar-benar taksub dan buta tuli sahaja yang tidak mampu melihat segala kecelaruan pembangkang.  

Hakikatnya, pencerobohan Lahad Datu telah mengganggu fokus kerajaan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, selain membantutkan Barisan Nasional untuk menggerakkan kerja-kerja awal bagi menghadapi Pilihanraya.   Pendekata, ia tidak memberi keuntungan atau kelebihan dari segi apa jua kepada pihak kerajaan atau BN dan kerana itulah pembangkang merupakan yang paling seronok, teruja, gembira dan seolah-olah meraikan pula pencerobohan tersebut pada mulanya. 

Namun, siapa sangka apa yang pembangkang rancangkan untuk memberi imbuhan kepada mereka, kini memakan diri.  Malah, menjadi semakin parah akibat keceluparan Tian Chua menayangkan sikap tidak berhati perut mereka secara terbuka. 

Sebenarnya, kita tidak perlu berfikir jauh untuk mencari logik dalam kejadian ini.  Fikirlah sendiri, yang manakah yang lebih masuk akal antara dua senario ini:

1.)                  pihak yang sedang berkuasa dengan momentum sokongan yang semakin memberangsangkan mengarahkan sandiwara berdarah yang mampu membuka ruang untuk dikritik,

ATAU

2.)                  pihak yang tergila-gilakan kuasa yang semakin kehilangan sokongan mengarahkan sandiwara berdarah dengan harapan untuk melemahkan kerajaan atau mungkin menjatuhkan terus kerajaan tanpa perlu melalui pilihanraya?

Malah, kita juga boleh menyaksikan sendiri bagaimana pihak yang tergila-gilakan kuasa itu langsung tidak sensitif dan langsung tidak punya semangat patriotik. 

Tetapi, jika ini belum cukup kuat untuk membuktikan pendalangan pembangkang dan pengkhianatan Tian Chua, maka kenyataan Majlis Peguam, iaitu antara rangkaian penyamaran pembangkang, yang  ingin membela pengganas Sulu, wajar dijadikan noktah terhadap sokongan kepada pembangkang. 

Pendedahan Perilaku Anwar

Anwar dalam delima apa bila satu persatu perilaku dia di keluarkan. Sudah lah tu Bro Nuar, baik kor berehat atau lari sahaj dari Malaysia ini. Duit dah banyak

RM 100 Juta - Demi Agama Bangsa Dan Negara Perilaku Anwar Ibrahim Didedahkan
http://www.papagomo.com/2013/03/rm-100-juta-demi-agama-bangsa-dan.html

Sent from my BlackBerry® smartphone

Anwar Cuba Beli Datuk Sharzly Eskay

TS Rahim Thamby Chik buat PC di KL tadi dedah ada usaha pujuk dan sogok DATUK SHARZLY ESKAY buat U-Turn isu video Anwar dan China Doll-Agendanews

Dah agak dah, Anwar Ibrahim akan beli apa sahaja demi nak kelentong rakyat sepertimana dia beli Bapak Saiful Bukhari.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Akhirnya Anwar Mengaku Sukar Menjawab Perihal Projek 18Sex


Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke Youtube iaitu wawancara rangkaian radio BFM dengan Anwar Ibrahim pada 1 Mac 2013, http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ctV1v_b9Lrw menyaksikan bagaimana Anwar berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi jawapan kepada soalan mudah yang dikemukakan iaitu “apakah orientasi seks anda?”

Anwar jelas tidak mampu menjawab sama ada beliau lelaki normal iaitu heteroseksual (straight), atau homoseksual atau biseksual secara terus terang.  Sebaliknya, beliau menjawab ala penglipur lara di mana kisah bermula apabila beliau telah difitnah oleh UMNO dan didakwa sebanyak dua kali tetapi ternyata tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya ke atas tuduhan itu.   Sedangkan, hakikatnya, dalam kes pertama, ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau terlibat dalam aktiviti liwat tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan atas sebab mangsa tidak dapat mengingati tarikh dengan tepat.

Anwar kemudian memberitahu bahawa beliau seorang suami dan bapa kepada sebuah keluarga yang bahagia.  Ini juga tidak boleh digunakan sebagai jawapan kerana dalam kebanyakan kes, seorang homoseksual turut mempunyai keluarga yang normal bagi menutup aktiviti songsang mereka.

Jelas sekali si-pengacara juga tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar dan meminta jawapan yang pasti. 

Tetapi Anwar hanya menjawab yang ianya tidak relevan atas alasan kononnya isu tersebut berbangkit kerana propaganda politik UMNO.  Tambahnya lagi, isu orientasi seks seseorang adalah soal peribadi dan jika ingin mendakwa seseorang atas tuduhan tersebut perlu ada bukti konkrit di mana dalam kesnya, tidak ada - kononnya. 

Selain itu, apa yang lebih menarik ialah Anwar juga menegaskan yang beliau tidak mahu mendiskriminasikan golongan songsang.  Nampaknya, sehingga ke akhirnya, selama lebih 2 minit menunggu jawapan untuk soalan mudah itu, si pengacara tetap tidak mendapat jawapan yang pasti dari Anwar. 

Bagaimanapun, Anwar di akhirnya, telah membuat pengakuan bahawa bahawa soalan yang dikemukakan adalah sukar untuk dijawab.

Ini tentulah pelik sekali kerana jika diikuti dari mula, soalan-soalan yang dikemukakan adalah biasa-biasa sahaja iaitu tentang pencerobohan Lahad Datu, isu kad pengenalan di Sabah, isu DEB dan isu homoseksual.  Tiada satu pun isu yang memerlukan analisis, kajian, angka atau fakta tepat kerana ia hanya menyentuh secara umum – sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh Anwar, iaitu menjawab secara umum tanpa kupasan atau perbincangan terperinci.

Secara dasarnya, semuanya merupakan isu yang sedang berbangkit dan menjadi topik perbincangan politik semasa yang mana seorang yang terlibat secara langsung dalam isu-isu tersebut, seperti Anwar, seharusnya merasa selesa membincangkannya kerana mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya. 

Apatah lagi soalan berkenaan orientasi seksnya sendiri.  Mana-mana lelaki Muslim yang normal pasti tersentak dan tercabar untuk mengesahkan secara jelas dan pasti bahawa beliau berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak mungkin mengamalkan seks songsang.

Namun, itulah hakikatnya iaitu Anwar tidak mampu menjawab dengan baik serta menganggap soalan-soalan yang dikemukakan sebagai sukar walaupun di permulaan wawancara menegaskan yang beliau merupakan pelajar lepasan menengah yang cemerlang dan berjaya masuk ke Universiti bukan kerana kuota yang diperuntukkan oleh DEB. 

Entahlah, mungkin Anwar bercakap benar mengenai kelayakannya, tetapi apa yang kita tahu, trend di zaman itu, mereka yang memasuki bidang sastera atau pengajian Melayu seperti Anwar, adalah kerana keputusan HSC mereka  tidak cukup baik untuk melayakkan diri ke bidang lain.   Dalam ertikata lain, antara yang tercorot.   Malah, kita juga tahu bahawa di Universiti, Anwar hanya lulus cukup-cukup makan, itupun setelah beberapa kali mengulang. 

Justeru, tidak hairanlah jika Anwar si-pelajar corot ini, mendapati soalan-soalan biasa tadi sebagai sukar.

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia sanggup menerima seorang yang tidak mampu menjawab soalan mudah dengan baik, sebagai Perdana Menteri?   Mampukah beliau mentadbir dan menangani masalah negara dengan hanya bercakap berbelit-belit dan berpusing-pusing keliling?  Sanggupkah kita, umat Islam sekalian, mengangkat seorang Perdana Menteri yang ‘kurang pasti’ dan ‘tidak suka’ dengan ajaran Islam yang menyatakan amalan LGBT itu berdosa besar, haram dan dilaknakk

20/03/2013

Video Khas Buat Tian Chua

Sebarkan !! Video pecah panggung khas untuk mu Tian Chua si pengkhianat negara !!

Watch "Sayang - Shae Parody ( Untuk Mu Tian Chua )" on YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=JGxWInk1WvE&feature=youtube_gdata_player

Sent from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...