Seramai 47 tokoh wanita daripada pelbagai bidang menerima anugerah Malaysian Women of
Excellence Awards 2014 yang julung kali diadakan.
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu bagi meraikan wanita cemerlang dan merupakan acara terbesar dalam mengiktiraf peranan wanita yang memberi sumbangan besar dalam bidang masing-masing.
Antara yang menerima anugerah berkenaan adalah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Ali; aktivis kemasyarakatan dan sosial, Datin Paduka Mother A. Mangalan; Ratu Squash Negara, Datuk Nicol Ann David dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Anugerah yang dibawakan oleh pertubuhan eksklusif, Event Port Sdn. Bhd. Itu melantik 7 orang juri bagi memilih pemenang yang layak daripada 2,000 pencalonan.
Penerima anugerah dipilih berdasarkan visi, kepimpinan, pencapaian, persembahan korporat dan hubungan komuniti.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis turut dihadiri Pengerusi Event Port, Datuk Idrus Mohd. Satha.