Followers

27/02/2014

Azmin Pula Saman Akhbar Suara Keadilan RM 2Juta?

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.

Menurut sebuah portal pro-pembangkang, Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta, kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal, apabila dia tidak dapat dihubungi. Menurut sumber terdekat, ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terdahulu, akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk ‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB?

“Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.

Di dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini. Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya.

Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.

"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini belum terima. Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS," katanya lagi.

Kesimpulannya sekiranya isu ini benar, tindakan Azmin ini mungkin sebagai reaksi terhadap cubaan beberapa individu di dalam parti yang cuba membunuh karier politiknya menjelang pemilihan parti itu yang bermula bermula 25 April ini.


26/02/2014

Walaupun Hadi Kena Saman, Pas Tetap Setia Sokong Anwar dan PKR

Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Namun apa yang paling memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.

Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)?

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya. Dia yang masih merupakan ahli PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda.

Apa yang menghairankan ialah, Anwar selaku Ketua Umum, PKR merangkap Ketua Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR, langsung tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Memandangkan dia akan bertanding di kerusi Dun Kajang, Anwar mungkin cuba bermain ‘politik selamat’ untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.

Ini kerana sekiranya dia mengambil pendekatan menyokong Hadi, sudah pasti ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu. Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya ada), secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi itu.

Dari sudut Pas pula, keengganan Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan politik peribadi Anwar.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri. Apakah perjuangan Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk Anwar?

Sokongan berterusan yang diberikan kepada Anwar di Kajang, hanya akan membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan DAP.

Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di perlekehkan, Pas TATAP menyokong PKR, DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.


25/02/2014

21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR:

1. Di bawah undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor..Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.

3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yg tak ada rekod jenayah..Seseorang yg bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis  terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF). 

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yg mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar utk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sbg MB Selangor..Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sbg MB.

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dgn dasar luar negara yg tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru...

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sbg sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yg menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi utk kepentingan Anwar yg gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kpd ADUN Kajang ntuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dlm rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sbg ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di selangor..Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sbg MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes2 lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yg melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mau melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.

15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dgn mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong. 

16. Anwar seorang pemimpin yg tiada nilai integriti dgn sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya utk dilantik sbg MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yg membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman2 rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yg disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan2 benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja2 Melayu terus terpinggir.Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah2 yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita2nya. 

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang utk membunuhnya dgn racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dlm keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari drpd soal siasat polis dlm kes saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.

Sent from my BlackBerry® smartphone

24/02/2014

Selepas Kg Buah Pala, Anwar Tipu Pula India Kajang

Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.

Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang semalam dilaporkan berkata, dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.

Antara janji manis yang ditaburkan semalam ialah, kononnya ingin menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.

"Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat. Saya datang ke sini bukan atas nama ketua pembangkang saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," katanya.

Persoalannya benarkah Anwar jujur terhadap semua janjinya? Apakah dia akan mengotakan semua janji manis yang ditaburnya itu? Jawapannya sudah tentu tidak!

Kerana ini bukanlah kali pertama Anwar menipu khususnya kepada masyarakat India. Pasti ramai yang masih ingat tragedi yang menimpa masyarakat India di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor.

Ketika kempen pilihanraya umum ke-12, Anwar secara peribadi telah datang dan berjumpa dengan semua penduduk kampung tersebut dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

"Tapi you percaya sama saya. Ketua Menteri, DAP dengan Keadilan kita punya geng juga. Dua minggu lepas menang (PRU12), mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil akan datang sini. Betul saya cakap, kalau dia tak buat kerja, Ini bukan Anwar" katanya.

Namun sejurus selepas menang, semua masalah yang melibatkan penduduk India di Kampung tersebut bukan sahaja GAGAL diselesaikan. Malah kesemua rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Menurut wakil penduduk, mereka telah bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 13 Mac 2008, sebaik sahaja DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik tanah tersebut.

''Guan Eng ada menyatakan sekiranya tanah tersebut belum dipindah milik, beliau akan menyerahkan tanah itu kepada penduduk kampung," katanya.

Malangnya, kerajaan negeri bertindak menukarkan hak milik tanah itu tanpa pengetahuan penduduk kampung menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah.

''Ramai penduduk kampung mengalami tekanan dan trauma, kami dianggap sebagai setinggan, jadi di manakah nasib kami sebagai tuan tanah," katanya.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan.

Kesimpulannya, di manakah janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar sebelum ini? Buat masyarakat India, buat lah keputusan dan pilihan yang bijak, kerana keputusan ada di tangan anda.
Sent from my BlackBerry® smartphone

21/02/2014

Presiden PKR Tidak Restu Anwar Jadi Menteri Besar

Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.

Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia's Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

"Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan" katanya.

Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk 'memecat' Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas, tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu antaranya kepimpinan sayap Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.

Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan Pas yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.

Paling menarik, ada yang mengatakan,  sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Chew Mei Fun Calon BN lawan Anwar Ibrahim di PRK Kajang

Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dipilih sebagai Calon Barisan Nasional bagi merampas kembali Kerusi Dewan Undangan Negeri N25 Kajang dalam pilihan raya kecil pada 23 Mac ini.

Pemilihan Mei Fun diumumkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin di Kuala Lumpur.

Berdasarkan rekod dan pengalaman dalam politik, Mei Fun pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk bekas Ketua Wanita MCA dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

Semoga Mei Fun dapat menewaskan lawannya. Dari Rakyat Untuk Rakyat, Berkhidmat Untuk Rakyat. Bukannya seperti Anwar Ibrahim yang mahu Berkhidmat untuk jawatan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

20/02/2014

KENYATAAN MEDIA DATO' KP JAKIM BERKAITAN “SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN”

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam" SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN " pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi 

iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi'e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur'an

v. Mentafsirkan semula al-Qur'an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur'an bagi menggantikan hadith 

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat. 

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih. 

iv. adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur'an berdasarkan ijma' ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur'an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori "Kod 19" oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur'an

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri. 

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam. 

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.
'Saya Yang Menurut Perintah'

DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA 19 Februari 2014
Sent from my BlackBerry® smartphone

Adakah Waythamoorthy Hero?


Waytha, You Are No Hero!
By Datuk Huan Cheng Guan
President, Centre for Political Awareness

Famous for his fickle decisions, Waythamoorthy lost people’s trust long ago and has no right to call for the resignation of PM Najib . He lost the plot long ago while masquerading as a hero for his community when realistically, his actions show otherwise.

His call for the PM’s resignation and criticisms of the government’s effort to help the Indian community are hopeless insults rolling off its intended targets like water off a duck’s back. The PM has not betrayed anyone but Waythamoorthy who has betrayed his community via his childish attention-seeking tantrum.

What have you, Waythamoorthy, done to earn the respect of Malaysians and the high moral ground to call for the resignation of the Prime Minister of this country? Such delusional thinking does you nothing. You are oblivious to the fact that you have also lost the nambikei of ALL Malaysians because:

1.       You did not resign as a gentleman for you did not have the decency to see the PM to talk to him about your grouses or your intended resignation.  By that irresponsible and selfish move, you gave up that chance to make a difference in the community and the nation.
2.       Eight months ago, you signed a memorandum of understanding (MoU) with the BN, just before the 13th general election last year  to champion the Indian community’s agenda. Then you were appointed Senator and deputy minister in the Prime Minister's Department to take care of affairs of the Indian community but you readily threw it away when the going seemed tough after some ministers asked you to resign.
3.       You have the audacity to accuse the government of ‘dragging its feet’ to help Indians when it is posted for all and sundry to see HERE and THIS LINK how the government has spent, invested and done so much to help the Indian community including:
•    Committing RM540 million for infrastructure development in Tamil schools since 2009, including two recent Budget allocations of RM100 million each in 2012 and 2013.
•    Allocating a special fund of RM20 million in 2013 for infrastructure development and refurbishment works in 13 fully-aided Tamil schools
•   Working with The Community Chest through a public-private partnership with Government to fund 53 Tamil schools a total of RM20.1 million
•   Approving 7 new Tamil schools in the country, the first big increase in the number of Tamil schools since 2000
•  Establishing the Action Plan for Tamil Schools Unit under the PM’s Department to monitor Tamil school issues and to develop a blueprint to chart a
bright future for Tamil schools in Malaysia
•  Cooperating with NGOs with funding from the Federal Government and The Community Chest to set up ICT labs in 38 schools nationwide

Where is your conscience, you make-believe hero? Who has not delivered promises? It is YOU!
You dare announce to the world about how over the last eight months, you ‘had at least 16 meetings with the prime minister at his office in Putrajaya and how you pushed for the naming of the new unit you want to head.  You are nitpicking over a name when the record shows that the government has really gone all out to do much more than before for the Indians.  Are you being fair?

In your resignation, why did you not tell Malaysians that under the Janji Ditepati  programme, the government has:

·         allocated RM50 million for skills training programs targeted at 3,200 Indian youth from plantation backgrounds to increase their employability
·          Funding an independent NGO to launch pilot programs and eventually establish a training center that can train and place 1,000 school dropouts
·         Establishing Koperasi Suria and provided funding of RM8 million to transform existing Indian sundry shops and automotive workshops, with 69 such transformations already completed
·         Establishing the Special Secretariat for the Empowerment of Indian Entrepreneurs (SEED) to assist Indian businesses in obtaining financing and to
·          Reserving RM150 million in SME loans for Indian SMEs etc, which Malaysians can read HERE.

Obviously, you have this penchant for stage theatrics and this exit from the Prime Minister’s Office should be your final curtain call. For all the failed projects, unkept promises for which you are infamous,  you should retire gracefully instead of continuing your attacks on others. Think of ways to help your brother.

Your hunger for power can never be satiated. When snubbed by Anwar before GE13, you ran to BN who took you in, gave you status and power but when you almost had it all, you threw it all away. But we must thank you for with that, you ended your masquearade, threw away your mask and revealed the real you.

So far, PM Najib has tried his best to keep to his promises and if you had not abandoned a ship sailing happily in the ocean, hundreds of thousands of poor Indians in need  could have benefited if only you cared enough to stay and to help. Of course, you did not because it is not in you to be so kind and selfless.

I challenge Waythamoorthy to a debate with the Prime Minister’s department to let the people know the real situation and who is the real traitor and/or  liar.

You betrayed yourself, Indians, Malaysians and people who believed in you after you enjoyed benefits bestowed upon you by the government and then you encouraged Indians to vote for BN. Now you doth protest, quit, and proclaim you have been used? Look at yourself in the mirror. What do you see?

You have left behind hardly anything of value safe for your meaningless theatrical tirades. So you think you were a hero, Waythamoorthy. Only in your dreams.



Depan Penganut Kristian Anwar Cakap Lain

Anwar Ibrahim cuba menggambarkan diri beliau sebagai pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum dan agama di negara ini tetapi realiti adalah sebaliknya. Di hadapan hadirian beragama Kristian yang memenuhi dewan sebuah sebuah gereja di Kajang baru-baru ini, Anwar bernada lain ketika berdepan dengan pengundi Melayu.

Di depan penganut Kristian, Anwar memetik beberapa ayat Al Qur'an mempertahankan dasar pakatan pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik. Beliau juga menghafal beberapa ayat lagi untuk menunjukkan betapa Islam boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama lain di negara lain. Dalam erta kata lain Anwar memainkan sentimen pluralisme untuk menarik golongan bukan Islam menyokongnya.

Pelik juga di hadapan penganut Kristian beliau boleh menjual ayat-ayat Al Qur'an demi mendapat undi pada pilihan raya kecil Kajang kelak tetapi apabila Lim Kit Siang mempertikaikan ayat Al Qur'an yang di gunakan oleh Jakim untuk pengisian khutbah baru-baru, Anwar sedikit pun tidak membangkang atau membantah. Mungkin bagi Anwar halal menjadikan ayat-ayat suci sebagai alat politik tetapi apabila pemimpin bukan Islam menghina Islam, dihalalkan juga supaya tidak mempertahan kan kesucian agama. Begitulah politik agama yang dimainkan oleh Anwar dan pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang terutamanya Pas dan Anwar tidak segan silu keluar masuk gereja dan pusat-pusat agama lain kerana hendak mengambil hati demi peti undi. Mereka sanggup mengenepikan fatwa para ulama yang melarang perbuatan tersebut kecuali jika keadaan mendesak. Bagi Anwar dan pemimpin Pas cukup bagi 'ulama' mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan segala tindakan mereka selagi ia boleh membawa undi.

Itulah yang dilakukan oleh Anwar di gereja di Kajang tersebut. Beliau boleh mengutuk dan menghina bangsa sendiri di hadapan orang kafir kerana menganggap undi orang kafir tersebut lebih tinggi nikainya daripada perpaduan dengan saudara sebangsa dan seagama. Begitu juga yang beliau lakukan sebelum ini di hadapan khalayak penyokong pembangkang Cina dengan memperlecehkan kredibiliti pemimpin-pemimpin dari UMNO.

Seolah-olah beliaulah manusia paling maksum dan suci daripada sebarang dosa. Mungkin mereka yang terpegun dengan retorik Anwar terlupa siapa beliau semasa berkuasa di dalam satu ketika dahulu. Anwarlah antara menteri kabinet paling korup dengan mengumpul dan mengalihkan harta dan wang tunai perpuluh bilion ringgit ke luar negara. Kini di depan penganut Kristian beliau cuba menonjolkan imej kesengsaraan seperti mana yang pernah dilalui oleh Jesus.

Ini semua adalah permainan politik sesumpah yang memang menjadi darah daging Anwar. Apa sahaja akan dikorbankan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya - agama, bangsa malah negara sekali pun. Kajang adalah korban percintaan Anwar kerana memenuhi nafsu serakahnya untuk menduduki kerusi menteri besar setelah gagal menjadi perdana menteri. Setakat yang diketahui tidak ada perdana menteri atau menteri besar yang menjawat mana-mana jawatan tersebut pada usia lanjut 67 tahun.

Tetapi berlainan bagi Anwar kerana beliau penuh dengan sikap keakuaan yang menjadi belenggu dirinya. Hanya kepentingan diri dan agenda politiknya sahaja yang diutamakan. Yang lain seperti sahabat handai dalam perjuangan politik yang jatuh bangun bersamanya adalah 'expendable' atau boleh dikorbankan bila-bila masa sekira keadaan memerlukan.


19/02/2014

Kajang Akan Jadi Kubur Untuk Anwar

Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun Kajang, namun ramai yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan kegusaran yang sedang melanda dirinya.

Ini kerana, di dalam sejarah pilihan raya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan pengundi yang akan menentukan siapa yang ingin mereka pilih.

Sekiranya dilihat kepada gerakan kempen agresif yang dilakukan oleh Anwar di Kajang, sudah cukup membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu pada hakikatnya bimbang sekiranya dia di tolak oleh pengundi di Kajang.

Walaupun secara rasminya tempoh berkempen masih belum bermula, namun kelibat Anwar yang hampir saban hari berada di Kajang turut menguatkan lagi andaian tersebut.

Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika ditanya pemberita baru-baru ini mengatakan Barisan Nasional hanya mempunyai peluang 50-50 di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Tambahan pula Anwar pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri PR secara besar-besaran di Kajang yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama dia tewas pada PRK itu nanti.

Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, boleh menyebabkan Anwar tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadinya.

Pas sebelum ini dengan tegas mengatakan hanya memberikan sokongan untuk Anwar bertanding dan bukannya untuk membolehkan dia menduduki kerusi menteri besar. Malah faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Anwar.

Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.

Dengan kemasukan calon bebas di kalangan mereka yang pernah menjadi sahabat Anwar, sudah pasti akan merancakkan PRK pada kali ini sekali gus menyebabkan pengundi pakatan yang marah, memilih untuk memberikan undi kepada calon Bebas.
Itu belum lagi diambil kira para penyokong Azmin yang marah dengan tindakan Anwar dan Khalid yang jelas menjadikan gerakan #LangkahKajang ini untuk membunuh karier politiknya.

Kesimpulannya sekiranya semua faktor-faktor yang dinyatakan tadi diambil kira dan berjaya di realisasikan, sudah pasti ia mampu membuka peluang untuk BN/Umno merampas kembali kerusi Dun Kajang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...