Followers

28/04/2015

YB @n_izzah Minta Anwar Ibrahim Keluar Mengundi

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang jarang berada di kawasa YB Nurul Izzah Anwar tak perlulah tanya soalan bodoh atau mendesak mana mana pihak untuk membenarkan bapanya Anwar Ibrahim keluar dari penjara hanya semata mata kerana untuk memilih isterinya sebagai wakil rakyat bagi P044 Permatang Pauh.

Sebagai seorang YB sepatutnya Nurul Izzah lebih mengetahui siapa yang layak untuk membuang undi semasa pilihan raya dijalankan dan siapa pula yang hilang kelayakan untuk membuang undi. 

Dalam Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan jelas maksudnya.

Usahlah Nurul Izzah membohongi rakyat. Usahlah mempergunakan rakyat demi kepentingan keluarga anwar.
Biarlah Anwar tenang disana...

#PermatangPauh memilih wakil rakyat bukan memilih wakil anwar ibrahim.
#MelakarSejarahBaru


Sent from Samsung Mobile

06/04/2015

Kalau Tiada Najib, Mahathir Mungkin 6 Tahun Sahaja Jadi PM

Image result for tun mahathir
Dalam keadaan politik umat Islam diseluruh dunia tidak menentu pada hari ini, kita dikejutkan pula dengan kritikan terbuka yang dibuat oleh Ayahanda Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri Malaysia.


SewaktuTimur Tengah dalam keadaan krisis dan dunia yang tidak menentua kibat kemelesetan ekonomi dan peperangan, umat Islam di Malaysia masih lagi menikmati kemakmuran ekonomid an kebahagian untuk hidup di negara ini. Ini nikmat besar Allah terhadap rakyat Malaysia. TidaksamakeadaanhariinidengankeadaanpadazamanTun Mahathir.

Dulu berapa ramai sahaja rakyat Malaysia? Dulu berapa banya kkereta yang ada atas jalan? Dulu berapa ramai yang pakai phone dan komputer? Dulu berapa ramai graduan dan universiti yang ada. Sekarang dunia sudah berubah, memimpin dalam dunia yang serba kompleks dan baru ini memang banyak cabaran.

Suatu ketika dulu, ramai juga yang mengagumi dan menghargai kepimpinan dan jasa yang telah ditinggalkan Tun Mahathir terhadap rakyat Malaysia. Namun usahlah penghormatan dan jasa itu berganti dengan sesuatu yang tidak baik.

Krisis Mahathir Dengan Tunku

Semua itu bertukar kerana sikap Tun Mahathir sendiri. Beliau seharusnya lebih memahami dan mengetahui kesan buruk menyatakan sesuatu yang negatif dalam blognyaitu. Ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan dan persepsi di kalangan rakyat. Ada perkara yang tidak wajar dipertikaikan keranaianya sudah pun diselesaikan menerusi jalan perundangan. mahathir and tunku

Tun Mahathir sendiri perlu mengetahui sejarah lama beliau telah diusir keluar daripada UMNO pada suatu ketika, di zaman Tunku Abdul Rahman.

Pada 12 Julai 1969, Tun Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO selepas menulis surat secara terbuka mengecam ulilamri ketikaitu iaitu Tunku Abdul Rahman. Tidak bolehkah Tun Mahathir tegur Tunku pada waktu itu secara bersemuka dan baik tanpa mengaibkannya? Apakah tiada peluang langsung berjumpa?

Hukum Menegur& Cara Berhikmah

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka kearah jalan Tuhan mudengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, adalah diminta agar orang yang ingin memberikan nasihat menyampaikan nasihat tersebut secara penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. 162-Al-Idrisi

Sifat kasar dan keras ketika menegurhendak lah dijauhi.  Ianya supaya orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekali gus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

“Mukmin itu menasihati dan menutup (aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan (aib dan kesalahan)” Fudhail Bin I’yadh, Kitab Al-Wafisyarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah. Tun Mahathir tentunya lebih arif dan mengetahui tentang ayat ayat ini, amat lah tidak wajar bagi seseorang yang mengetahui tidak amalkan apa yang beliau ketahui.

Jasa Tun Razak Pada Tun Mahathir

Siapa yang membawa semulaTun Mahathir kedalam UMNO sehingga beliau naik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama? Tun Razak (bapa Najib) yang membawa semula Tun Mahathir dalam UMNO pada 7 Mac 1972. Tun Mahathir terus dilantik sebagai senator pada 1973. Kemudian menang tanpa bertanding sebagai ahli parlimen Kubang Pasu pada 1974.

568B 13582984F 19255611D 48B18D Daripada bukan ahli UMNO pada 1972, Tun Mahathir terus melompat naik dan menang kerusi Naib Presiden UMNO pada 1975.

Dalam masa 3 tahun sahaja. Sesuatu yang sukar berlaku pada zaman sekarang, seorang ahli UMNO biasa boleh buat “fast come back” dan menduduki kerusi penting di Naib Presiden UMNO.

Dalam masa 4 tahun, Tun Mahathir diangkat menjadi orang no 2 iaitu Timbalan Perdana Menteri. Diangkat dan dibawa naik oleh bapa Dato Seri Najib dan Dato Seri Hishammudin Hussein. Bertuah Tun Mahathir kerana diangkat dan dibawa naik begitu, belum tentu keistimewaan yang sama boleh dilakukan oleh mana mana pemimpin UMNO pada hari ini.

Bantuan Najib Menangkan Mahathir

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Dato Seri Najib telah membantu Tun Mahathir untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO pada 1987. Pada 24 April 1987, Tun Mahathir telah dicabar sebagai Presiden UMNO buat pertama kalinya selepas dipilih selama 12 tahun dalam pelbagai jawatan dalam UMNO secara tanpa bertanding.

Ianya sesuatu yang mencabar buat Tun Mahathir kerana pencabarnya pada waktu itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Menteri Kewangan), Tun Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO dan Presiden Belia 4B). Pada waktu itu, Dato Seri adalah pemangku jawatan Ketua Pemuda UMNO bila Anwar Ibrahim melepaskan jawatan untuk bertanding Naib Presiden UMNO. mahathir-tengku.

Tun Mahathir hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. Daripada mana mana 43 undi itu datang? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.

Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987). UMNO berada dalam krisis yang cukup meruncing ketikaTun Mahathir menjadi Presiden.

Kini Dato Seri Najib sudah 6 tahun menjadi Perdana Menteri (4 April 2009 – 4 April 2015), keadaan UMNO tidak seperti pada tahun 1987. Bandingkan situasi yang sama ketika 6 tahun Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO. ApakahTun Mahathir sudah lupa pertolongan Najibt erhadap beliau pada 1987?

Rakyat Malaysia perlu bijak menilai teguran teguranTun Mahathir ini. Ada yang sudah dijawab berkali kali pun dalam media. Tun Mahathir pun tahun perkara ini, namun mengapa beliau sengaja buat begitu?

Dalam hal ini, perlulah kita berbalik pada pesanan Nabi  Muhammad SAW dan perintah Allah SWT agar kita tidak terpesong dengan emosi dan terikut ikut dengan perasaan, antara pemimpin dan seorang negarawan.

Antara menjaga negara dan mengekalkan perpaduan dengan sayang pada negarawan dan cetuskan spekulasi. Yang penting adalah mentaati pemimpin dan menjaga keadaan semasa agar tidak menjadi tenteram dan huruhara.

RasulullahShallallahu ‘alaihiwaSallambersabda:

مَنْأَطَاعَنِيفَقَدْأَطَاعَاللَّهَوَمَنْعَصَانِيفَقَدْعَصَىاللَّهَوَمَنْيُطِعْالْأَمِيرَفَقَدْأَطَاعَنِيوَمَنْيَعْصِالْأَمِيرَفَقَدْعَصَانِي


“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya iatelah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya iatelah derhaka kepadaku.” (HadisRiwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

03/04/2015

Korang Ingat Korang Aje Yang Reti Lawan ???!!!


Saya seorang yang lembut & sabar tapi tahap kesabaran saya ada tahapnya. Mereka boleh kurang ajar dengan saya & saya masih boleh bersabar. Tetapi apabila mereka biadap & kurang ajar dengan Sultan saya, itu saya tak boleh terima ! Hari ini Tuanku berangkat mencemar Duli untuk merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Perak BUAT PERTAMA KALINYA SEBAGAI SULTAN PERAK selepas persytiharannya sebagai Sultan Perak atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah tahun lalu. Tetapi pembangkang telah menunjukkan kebiadapan mereka kepada Tuanku Sultan dengan tidak memakai baju istiadat, sebaliknya memakai baju serba hitam tanda protes tentang kes anwar ibrahim yang merupakan keputusan mahkamah ! Kalau ye pun nak protes tunggulah esok apabila dewan mula bersidang ! Hari ini istiadat pembukaan rasmi oleh Tuanku ! Kenapa nak dipalitkan lumpur kepada Tuanku dengan perkara yang tiada sangkut paut dengan Baginda ?! DUN bersidang dengan perkenan Tuanku & Tuanku mencemar Duli berangkat untuk merasmikannya & pembangkang 'meludah' Tuanku ! Paling mengecewakan ADUN PAS yang sepatutnya sangat sensitif tentang kedaulatan institusi Raja kita.. Saya kecewa ! Pembangkang juga biadap kepada Tuan Yg DiPertua Dewan & YAB MB yang telah begitu banyak bertolak ansur & 'accomodative' kepada pihak pembangkang dengan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa bersama yang menunjukkan betapa demokratik & terbukanya MB. Tapi bagi betis nak peha.. Bagi peha mereka pijak kepala kita !!! If u want war we will give you war !!! Korang ingat korang aje yang reti lawan ???!!!

Yb Dato Shahrul ~Exco Belia Perak


02/04/2015

GST: Pencerahan dari Menteri



Image result for gst
Assalamualaikum WBT & salam sejahtera. Akhirnya, terlaksana juga sistem cukai barangan & perkhidmatan (GST) mulai hari ini, 1 April 2015. Pelbagai komen & reaksi orang ramai. Ada juga yang masih mempolitikkan isu ini. Izinkan saya memberikan sedikit pengamatan / pencerahan  : 

1) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan. 

2) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% . 

3) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. 
Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel. Berdasarkan pengiraan Kementerian Kewangan, kesan GST terhadap kadar inflasi adalah peningkatan sebanyak 1.1%. 
Memandangkan kadar inflasi sekarang adalah pada kadar 1-2%, purata kadar inflasi untuk tahun 2015 dijangka sekitar 3%, satu kadar berpatutan & antara kadar terendah di rantau ini. 

4) Tidak semua harga barang & perkhidmatan akan naik. Ada juga yang turun seperti harga kereta yang turun 2-3%. Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit. 

5) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%. 
Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali. 
Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang. 

6) Ada peniaga yang merungut tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan GST. Sebenarnya masa 17 bulan yang diberikan adalah munasabah & mencukupi. Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. 
Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan. 

7) Seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan (teething problems) di peringkat awal. Untuk itu, Kerajaan telah mewujudkan GST hotline Jabatan Kastam 1300888500 dan KPDNKK 1300886800. Kunjungi laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut. 

8) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28 juta. 

GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax) dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang menjelang 2020. 
Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dll. 
Marilah kita sama-sama menjayakan sistem percukaian yang baru ini. Memang tiada sistem yang sempurna (perfect). Pasti ada kelemahannya. Walau apapun, niat kita murni. InsyaAllah apa yang dihasratkan akan tercapai. Maaf pencerahan ini panjang sedikit. Harap ia membantu. 

Terima kasih drp- 
YB Dato Seri Wahid Omar-Menteri

01/04/2015

Untuk Orang Islam, Jangan Bimbang Dengan GST



Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. 

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yang beri rezeki bukan makhluk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...