Followers

30/04/2013

Chegu Bard Akui Pemilihan PKR Menipu

Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard. Anwar sendiri menjadi perancang sebenar di dalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk "Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.

Chegu Bard yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda PKR pada pemilihan itu turut mendakwa Anwar cuba menyogok beliau dengan wang ringgit dan jawatan bagi menutup rahsia tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

"Dia datang nak offer I gaji... nak lantik I jadi Timbalan Setiausaha Agung apa semua...I'm very sorry, I'm very sorry... this is not about jawatan... but i hope its about the truth.. dan you bercakap soal demokrasi,'' tegas Chegu Bard dalam rakaman tersebut.

Baru-baru ini Anwar mempertahankan Chegu Bard untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh tersebut menyebabkan Pas yang pada awalnya mempertaruhkan Mohd. Yusni Mat Piah di kerusi sama, terpaksa menarik diri.

Bagaimanapun tindakan pucuk pimpinan Pas yang menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh PKR menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi dan jentera Pas di kawasan berkenaan.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya? Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR.

Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan. Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala.

Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.

Anwar memang dikenali sebagai individu lidah bercabang dan pembelit, jadi tidak hairan ramai yang tertipu dan termakan dengan penipuannya. Banyak pemimpin yang menjadi pengasas kepada pembentukan PKR telah meninggalkan parti, termasuk juga pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Anwar
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tengku Adnan Calon Putrajaya Tampar Orang



Alamak! Apa dah jadini! Kamarulzaman inilah yang PAS Putrajaya dakwa telah ditampar oleh Tengku Adnan. PAS Putrajaya kecoh buat  citer pasal kes ini, sedangkan hubungan mereka seperti anak beranak.Tengku Adnan anggap kamarulzaman ni macam anak dia sendiri dah. 
Ia hanya mainan politik pembangkang.




Tak tahulah PAS Putrajaya kononnya berlatarkan Islam, makin kemarut kuasa nak kan Putrajaya, fitnah jadi mainan dan makan ruji harian meraka makin menjadi jadi. 

Hanya Warga Putrajaya saja kenal Tengku Adnan ni siapa sebenarnya. Di memang penyanyang orangnya, hormat kat orang, senyuman dia tak lekang dari mulutnya bila berjumpa orang.

Sudah lah Husam, balik lah, balik lah kampung halam nuh, pergi jaga kat sana, kalau tak nak balik jumpa pengundi pun tak apalah, paling kurang balik lah jenguk ibu yang sakit kat kampung nuh. Ibu tengah sakit di kampug, engkau buat kerja mengarut kat Putrajaya ni.

Balik lah Husam, bawa sekali orang upahan engkau tu balik ke tempat masing-masing.






*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

Kekayaan Luar Biasa Anwar Sepanjang PRU13

Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.

Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.

Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.

Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.

Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.
Sent from my BlackBerry® smartphone

29/04/2013

Doa Buka Pintu Hati Tolak Pakatan

Elok kita berdoa di bawah ini. Doa merupakan senjata orang beriman.

Doanya ialah :

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw pembawa Rahmat ke sekelian alam.

Ya ALLAH berilah taufiq dan hidayah kepada semua rakyat Malaysia, bukakanlah pintu hati mereka agar dapat melihat siapakah yang di pihak yang benar dan siapakah di pihak yang salah.

Ya ALLAH kami memohon rahmatMu, bukakanlah hati seluruh rakyat Malaysia dalam memberi undi agar undi mereka adalah undi yang tepat demi masa depan waris keturunan kami agar agama Islam terus terbela dan disanjung tinggi. Dan agama lain juga dapat diamalkan dengan aman dan damai mengikut lunas Perlembagaan Negara.

Ya ALLAH, sesungguhnya hanya Barisan Nasional yang dapat membela agama Islam, Umat Islam dan rakyat jelata, berilah limpahan taufiq dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami yang bakal bertanding sebagai Dun dan Parlimen agar mereka tetap setia dan mengambil berat tanggungjawab dan amanah mereka pada seluruh rakyat berbilang bangsa dan agama.

Ya ALLAH berilah kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional.

Tumbangkanlah parti yang tidak mendokong agama islam dan parti yang membiarkan namamu untuk digunakan oleh agama lain di Malaysia, tumbangkanlah parti yang menggalakkan maksiat berleluasa, kegiatan gay, lesbian dan pelacuran dan juga segala segi yang melibatkan perkara yang haram. Serta rela menjadi alat kuasa asing untuk memusnahkan masa depan Malaysia.

Ya ALLAH makbulkanlah doa kami ya ALLAH, amin ya rabbal alamin

Dengan berkat Nabi Muhamad saw dan semua kekasihMu ya Allah !"

AMIN...
Sent from my BlackBerry® smartphone

Apakah 13 Mei Akan Berulang Kembali

Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali.

Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri.

Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat 'peluang' untuk berbuat demikian. Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei.

Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis. Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya.

Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina. Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini.

Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang.

Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12.

Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin 'menyapu bersih' Melayu dari bandar itu. Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu.

Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah. Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka.

Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina.

Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka.

Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak. Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis. Keadaan pulih secara perlahan-lahan.

Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143. Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya.

Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu.

Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah?

Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai 'ibu kepada semua pilihanraya', diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei. Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan. Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain, seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969.

Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan. Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Jentera PAS Lari Tengku Adnan Ajak Solat Hajat Untuk Keamana Negara‏


Alhamdulilah! Maghrib tadi di Surau An Najah, ramai lah juga dengan jemaah-jemaah PAS yang datang dari Bilik Gerakan PAS di Presint 9 yang berhampiran dengan Dewan Komuniti Presint 9. 
Ramai Jemaah PAS yang datang dari kemah ini
Jemaah PAS dari mana entah
Selepas Solat Maghrib tadi, Imam Haji Idris ada membuat pengumuman untuk solat hajat dan bacaan yasin bagi memohon kepada Allah SWT untuk memelihara keamana dan menjauhi segala kecelakaan di negara yang tercinta ini. Sewaktu pengumuman tersebut dibuat, para jemaah yang hadir masing masing khusuk memberi perhatian penuh. Sebaik sahaja imam selesai membuat pengumuman untuk solat hajat dan bacaan yasin, Jentere PAS terus meninggalkan dewan solat. Mereka keluar seorang demi seorang.
Penting sangat ke kempen tu, dah tak menyempat nyempat nak balik ke bilik gerakan dah kot.   Kalau betul mahukan keaman, kenapa tak tunggu sama sama kita solat hajat dan bacaan yassin untuk keamana negara.
Patutlah keganasan Tragedi Lahad Datu, Tian Chua kata hanya sandiwara pun PAS masih pertahankan lagi.
Bacaan yasin
Sebenarnya PAS lebih suka melihat negara ini terus hancur kerana dasar kepentingan Kuasa Politik yang mereka idam-idamkan sangat.
Sementara menunggu Solat Maghrib
 
Merapatkan siratulrahim
 
Jamuan Disediakan
*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

28/04/2013

Program Tengku Adnan di PDM Metropolitan Putrajaya

Program Tengku Adnan bersama rakyat di PDM Metropolitan meriah
Jam 3.30 tengahari hari ini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Pusat Daerah Mengundi Presint 9 untuk bersama komuniti di sini.

Penyertaan oleh komuniti adalah sangat baik, pelbagai aktiviti telahpun diatur antaranya pertandingan mewarna bersama kanak-kanak.

Program yang turut disertai oleh MCA Putrajaya ini mendapat sambutan yang sangat baik. Daripada respon yang diterima terutamanya pengundi cina Putrajaya menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Tengku Adnan.

Datuk Seri Tengku Adnan dalam temuramah bersama wartawan telah memberi penegasan kepada lawan beliau Husam Musa supaya menghentikan penipuan dan menabur janji palsu kepada rakyat di Putrajaya.

Sumber: http://parlimen125.blogspot.com/2013/04/program-tengku-adnan-bersama-rakyat-di.html?m=1

Sent from my BlackBerry® smartphone

PM Buat Lawatan Mengeju ke Rumah Arwah TKP Kastam

PM Najib Razak membuat lawatan mengejut ke rumah Arwah Datuk Haji Shaharudin Ibrahim dengan disambut oleh Isteri dan waris terdekat.

Kehadiran YAB PM serta isteri secara peribadi bagi menghargai sendiri secara peribadi atas khidmat bakti yang telah diberikan arwah kepada kerajaan. YAB PM juga mengucapkan takziah kepada waris.

Dalam majlis itu juga atas dasar kerajaan perihatin, YAB PM menyerahkan Cek Gratuiti daripada kerajaan dan mengumumkan kenaikan Pangkat dari Superskill B ke Superskill A berkuatkuasa serta merta.

YAB PM juga ada menyampaikan sumbangan iklas dari keluarga sendiri serta Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan dari Badan BAKTI

Dengan pengumuman kenaikan pangkan serta merta dan sumbangan peribadi diharapkan dapat meringankan kesedihan yang di alami oleh keluarga arwah.

Al-Fatiha Khas Buat Arwah Datuk Haji Shaharudin Ibrahim
Sent from my BlackBerry® smartphone

Pendeta Belasah Putrajaya

Minum bersama Ustaz Rujhan Abdul Rahman Dari Pendita merangkap Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat.

Nampa gayanya husam bersilat pula lepas ni


Sent from my BlackBerry® smartphone

26/04/2013

Gambar Berkaitan Kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak

Putrajaya, 26 April lebih kurang pukul 8.40 pagi sewaktu orang ramai untuk ke pejabat masing-masing, Cawangan Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah menerima panggilan bahawa Timbalan Ketua pengarah Kastam Datuk Haji Saharuddin bin Ibrahim telah ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil iaitu bersebelahan IPD Putrajaya. 

Dipercaya kejadian ini dilakukan oleh penunggang motosikal. Pihak polis akan memeriksa semula rakaman cctv di tempat kejadian. Sementara itu arwak di kejarkan ke Hospital Putrajaya dan di sahkan meninggal semasa menerima rawatan setelah di tembah di bahagian leher.

Berikut Gamabar-gambar berkaitan kejadain tersebut:-
Kenderaan yang di naiki Arwah
Suasana Sekitar Kawasan Berhampiran Arwah ditembak 

Suasana Sekitar Kawasan Berhampiran Arwah ditembak 


Suasana Sekitar Kawasan Berhampiran Arwah ditembak

Suasana di Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hospital Putrajaya

Tengku Adnan Tengku Mangsor,  Hadir Melawat Hospital 

Tengku Adnan Tengku Mangsor,  Hadir Melawat Hospital 

Tengku Adnan bersama Datuk Omar Osman, Presiden CUPEC di Hospital Putrajaya

Bersama Menanti Jenazah Arwah untuk Solat Jenazah

Jenazah Arwah Di Bawa Masuk ke Dewan Solat

Waris Arwah Menyerahkan Untuk Solat Jenazah
  
Solat Jenazah

Solat Jenazah

Waris Arwah

Antara Yang Hadir

Waris Arwah

Kenyataan Ketua Pengarah Kastam sebaik sahaja Solat Jenazah:

Pemergian Allahyarham Datuk Haji Saharuddin bin Ibrahim (TKP Kastam) tidak akan sesekali melemahkan semangat Angota Kastam dalam menegakkan undang-undang negara.

Al-Fatiha khas buat arwah. Semogah rohnya berada di tempatkan orang orang beriman.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Ditembak

Datuk Saharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan mati di tembak setelah terkena 3 das tembakan semasa Allahyarham dalam perjalan dari rumah ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.


Kejadian berlaku sewatu kereta yang dinaik oleh Allahyarham berhenti di persimpangan 4 di Prisin8 sewaktu menungu lampu merah di persimpangan tersebut.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatiha kepada Allahyarham Datuk Saharuddin. Semoga roh Allahyarham berada dalam lindungan Allah S.W.T

Takziah juga buat keluarga Allahyarham.

Sent from my BlackBerry® smartphone

25/04/2013

Wawancara Lim Kit Siang di Sinar Harian: PM PR Rahsia

Sinar Harian hari ini, 25 April 2013, menyiarkan satu wawancara dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal bertanding di Gelang Patah Johor dalam PRU-13. Secara dasarnya, Kit Siang agak 'realistik' dalam memperkatakan soal peluangnya di Gelang Patah, soal menunaikan janji dan juga PR menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN.

Bagaimanapun, kenyataan Kit Siang bahawa PR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang mana tidak ada pada BN, menyebabkan kita merasa geli hati.

Mungkin Kit Siang lupa bahawa Mendiang Teoh Beng Hock berada di pejabat SPRM bukan kerana membuat lawatan sambil belajar tetapi kerana menjadi saksi kes korupsi yang melibatkan pemimpin DAP. Kit Siang juga mungkin terlupa sekejap bahawa bapa dan sanak saudara serta kaum kerabat termasuk gundik-gundik dan anak-anak ikan Ketua Umum PR, iaitu Anwar Ibrahim, kaya raya dalam sekelip mata sejurus Anwar menjadi Menteri. Kit Siang juga mungkin kurang faham bagaimana berekar-ekar tanah di Kelantan boleh menjadi milik pemimpin DAP dari Perak. Mungkin ini semua bukan korupsi bagi Kit Siang, tetapi hak asasi pemimpin-pemimpin PR yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Namun, apa yang paling menarik dalam wawancara tersebut, bukanlah soal kenyataan Kit Siang mengenai korupsi, tetapi soal yang jauh lebih asas iaitu tentang 'Siapakah bakal Perdana Menteri PR?'

Reaksi Kit Siang kepada soalan ini mengingatkan kita kepada reaksi Anwar apabila ditanya tentang orientasi seksnya. Sama seperti Anwar dalam menangani soalan mudah itu, Kit Siang juga sukar sekali menjawab siapakah bakal PM bagi PR.

Dengan susah payah dan panjang lebar, Kit Siang menjawab seperti berikut:

"Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan PAS malah ia tidak perlu diberitahu umum. Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU-13 ini. Mungkin 45 kerusi PKR, 40 kerusi PAS dan 40 kerusi DAP. Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri".

Kenyataan Kit Siang seolah-olah berbunyi, 'soal siapa Perdana Menteri itu urusan kami, bukan rakyat'.

Sedangkan, rakyat perlu tahu siapa bakal Perdana Menteri sebelum mengundi sebagai kepastian bahawa nasib mereka dan negara ini berada dalam tangan orang yang layak.

Malah, penyokong DAP sendiri tentu gusar jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan memaksa hukum hudud digunapakai dalam negara. Penyokong PAS pula sudah mula menolak Anwar sebagai Perdana Menteri atas sebab akhlak yang terlalu buruk serta pegangan pluralismenya. Sementara itu, rakyat Malaysia secara umumnya juga tidak mungkin menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri kerana sifat rasis tegar yang berakar umbi di dalam salur darah keturunannya.

Kalau pun Perdana Menteri PR bukan terdiri dari mana-mana personaliti yang disebut di atas, rakyat masih perlu tahu siapakah dan dari parti manakah beliau. Ini kerana ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mempromosi cara pemerintahan yang amat bertentangan.

Rakyat juga perlukan kepastian bahawa sekiranya mereka memberi kemenangan kepada PR, maka tidak akan ada perbalahan tentang cara pemerintahan mahupun perebutan jawatan Perdana Menteri yang berpanjangan.

Tidak cukup dengan hanya berjanji bahawa PR akan dapat menyelesaikan perbalahan dan perebutan jawatan itu dalam masa yang singkat selepas memenangi PRU kerana ia merupakan satu persoalan subjektif. Malah 'masa yang singkat' itu sendiri merupakan satu persoalan lain pula.

Rakyat perlukan kepastian yang kehidupan mereka tidak akan terjejas sementara perbalahan dan perebutan jawatan itu berlangsung.

Jika Kit Siang gagal melihat soal 'siapa Perdana Menteri' sebagai sesuatu yang penting, maka Kit Siang sebenarnya tidak layak menjadi seorang ahli politik pun. Lebih-lebih lagi apabila Kit Siang juga boleh jadi antara 'calon Perdana Menteri' itu. Justeru, bagaimanakah PR boleh meyakinkan rakyat bahawa bakal PM nanti bukanlah seorang yang tidak faham akan kepentingan 'institusi Perdana Menteri' itu sendiri?

Sent from my BlackBerry® smartphone

Husam Bawa Budaya Samseng Masuk Putrajaya

Gerai Haram
Apa nak jadi dengan Husam ni. Masuk Putrajaya macam macam karenah di bawa masuk kat sini. Terbaru dalam siri Ceramahnya. Katatak seberapa ramai orang yang datang, malah yang datang tu pun entah dari mana entah, orang luar di bawa masuk datang dengar ceramah di di Presint 9, dua malam lepas.

Gerai Haram Didirikan Jentera PAS Putrajaya
  Macam biasa setiap kalu ceramah PAS ni mesti puak ni mendirikan gerai-gerai seperti pasar malam. Puak Puak ni dirikan gerai-gerai haram, tanpa permit. tetapi pihak penganjur ada meminta sejumlah wang untuk sesiapa sahaja mahu gerai ditapak ceramah itu, akhirnya penuh dengan sampah sarap yang bertimbun ditinggalkan.


Jika di perhatikan jentera pas yang ada datang dengan lagak samseng dan bawa budaya kotor. 


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

India Tidak Maafkan Pakatan Rakyat


Roboh Kuil:  Dosa Tidak Terampun PR Kepada Kaum India

Kaum India di Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana mendapat ‘pengajaran’ awal mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.  Selama sepenggal kaum India berpeluang menonton sendiri bagaimana parti pembangkang itu langsung tidak menghormati kaum India.  

Jika di dalam BN, kaum India ada tempat khas dan kukuh untuk berdiri atau mengadu nasib tetapi di dalam Pakatan Rakyat, walaupun terdapat dua parti berbagai kaum iaitu PKR dan DAP namun tidak ada satupun yang meletakkan nasib kaum India sebagai keutamaan.  

Kita melihat sendiri bagaimana DAP mengenepikan kaum India di Pulau Pinang, bukan sahaja dari segi jawatan mereka dipinggirkan tetapi nasib rakyat biasa keturunan India juga hanya dilihat dengan sebelah mata sahaja.  Jika kaum Melayu dibenci, kaum India pula tidak dipeduli oleh DAP.  

Tanpa berfikir panjang DAP merobohkan kampung India dan Melayu bagi membolehkan pembangunan yang menguntungkan kaum Cina dilaksanakan.  Kampung Buah Pala iaitu sebuah kampung India di Pulau Pinang akan tetap menjadi simbol kekejaman PR terhadap kaum India.  

Lebih malang bagi kaum India ialah, walaupun Selangor diterajui oleh PKR tetapi secara dasarnya, keseluruhan PR adalah diterajui oleh DAP yang hanya mengutamakan kaum Cina, manakala PKR pula tidak berminat untuk membela nasib sesiapa melainkan nasib Anwar Ibrahim anak beranak dan kroninya.  

Justeru, kaum India terus ditolak ke tepi dan ke belakang tanpa pembelaan yang sewajarnya dan yang bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak dalam kepimpinan PR. 

Bukti bahawa kaum India telah dianaktirikan boleh dilihat dalam tindakan PR merobohkan sehingga 7 kuil sepanjang penggal ini.  Antara kuil tersebut, termasuklah yang dibina di dalam pekarangan rumah.  Tiada alasan yang benar-benar kukuh bagi PR untuk memperlakukan kaum India sebegitu, terutama sekali apabila parti itu telah menabur berbagai janji bulan dan bintang untuk membantu kaum tersebut sekiranya mereka memerintah.  

Kini terbukti semua janji itu hanyalah janji palsu.  

Bagi kaum India, sepenggal di bawah Pakatan Rakyat sudah cukup untuk memberi pengajaran agar tidak lagi melakukan kesilapan dalam pilihanraya.  Dari situlah kita menyaksikan satu demi satu kumpulan India meninggalkan PR menjelang PRU-13.  Kebanyakan mereka dari parti DAP dan selebihnya dari PKR. 

Benar, di dalam PR, khasnya DAP, ada Karpal Singh yang sepatutnya mewakili kaum India.  Tetapi, mungkin sebagai ‘Singh’ beliau tidak begitu dekat dengan sentimen masyarakat India kebanyakan.  Lebih teruk, Karpal Singh juga sama saja seperti Anwar Ibrahim yang hanya mengutamakan anak beranaknya.   

Pendek kata, bagi PR, kaum India hanyalah diperlukan sebagai pengundi. Untuk tujuan itu, hati kaum India diambil dengan cara berpakaian ala India, malah menari dan menyanyi lagu India.  Inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk menarik hati kaum itu.  Namun, lebih dari itu, Anwar tidak berbuat apa-apa lagi untuk mereka.  

Berdasarkan hakikat ini, maka kaum India seharusnya sudah menyedari akan ‘keindahan’ parti Barisan Nasional.  BN telah memandang ke hadapan dan telah menjangkakan perkara sebegini.  Kerana itu, BN menyediakan platform khas untuk setiap kaum supaya tiada siapa yang terpinggir.  Inilah bukti kebijaksanaan kepimpinan BN sejak dahulu lagi.  

Hari ini, kita telah melihat sendiri bagaimana ‘parti berbagai kaum’ sebenarnya adalah jauh lebih rasis dari ‘parti satu kaum’.  Semoga pengajaran yang didapati selama sepenggal ini akan membantu kaum India membuat pilihan yang tepat dalam PRU kali ini


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

1 Nama Mempunyai 3 No Kad Pengenalan


KENYATAAN MEDIA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Malaysia

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

2. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama).

3. Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.

4. Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. Begitu juga dalam kes Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua adik beradik yang tinggal di satu alamat itu mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.

5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada  pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali. Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.

Sekian dan terima kasih

.........................t.t.............................
(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
23 April 2013


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

24/04/2013

UMNO Pecahkan Cermin Van DAP Di Johor


Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi.

Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam.
Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.
Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.
Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.
Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.
Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.
Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti 'ultra kiasu' tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.
Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.
Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan 'air mata palsu' Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.
Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.
Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.
Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.
Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan 'orang suruhan' DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.
Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...