Followers

31/07/2013

Anwar Sangkal Keputusan Hakim

Setelah gagal 'membatalkan' keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya. Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional. Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran. Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti. Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.

Dan penolakan itu akan dijadikan 'peluru' baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.

Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan. Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma. Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu. Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta.

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal.

Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga. Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi 'menuding' kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.

Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya.

Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik. Sebagai aktor tersohor, Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.

Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu. RM1.5 juta, bukan masalah baginya. Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Lagi Video Hina Islam

Foto
KLIP video yang memaparkan individu terbabit meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing yang tersebar dalam Internet.
Kuala Lumpur: Ketika isu menghina Islam masih hangat diperkatakan umum, muncul satu lagi klip video yang tersebar di Internet yang dipercayai mempunyai tujuan serupa, sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat Islam negara ini.
Rakaman dengan durasi 1 minit 44 saat itu memaparkan seorang individu meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing dengan berlatar belakang takbir raya serta lagu nyanyian Datuk M Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.
Dengan tema ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies’, permulaan rakaman itu memaparkan aksi individu itu lengkap memakai baju Melayu bersama anjing peliharaannya.

Seterusnya, anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.
Individu itu kemudian membasuh kaki anjing, sebelum dia sendiri membersihkan kaki seolah-olah mengambil wuduk ketika takbir raya berkumandang.


30/07/2013

“The New Village” Filem Patriotik?


Berikutan keputusan untuk menangguh filem The New Village, FINAS menyeru semua pihak agar jangan menyalahkan pertubuhan itu kerana meluluskannya.  Menurut FINAS, tugasnya bukanlah untuk meluluskan tayangan tetapi hanya menetapkan tarikh tayangan. 

Kuasa untuk meluluskan tayangan berada di tangan Lembaga Penapisan Filem (FCB).  Ini bermakna FCB yang perlu menjawab masalah ini.  Namun, sehingga kini masih tiada apa-apa komen dari FCB.  Ada juga menteri yang menyatakan bahawa tidak adil untuk menghukum filem tersebut berdasarkan trelernya.

Lucu kerana kita tidak mendengar kenyataan yang sama terhadap filem Tanda Putera apabila masyarakat Cina, iaitu kemungkinan besar di kalangan para pensimpati komunis, ‘mengamuk’ apabila treler filem tersebut dipromosikan.  Akibatnya, filem tersebut ditahan penayangan dan hampir dibatalkan. 

Ironinya, Tanda Putera ialah sebuah filem sejarah dan dibuat melalui pengkajian yang teliti.  Sekiranya ada yang tersinggung dengan kisah tersebut, maka kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana begitulah caranya kita berlajar dan meneruskan hidup.  Kita tidak boleh memadam atau menukar sejarah semata-mata untuk tidak menyinggung mana-mana pihak berkenaan apa yang nenek moyang mereka telah lakukan.  Malah, semua rakyat Malaysia dari semua kaum wajib menghayati sejarah yang pahit ini.  Inilah satu-satunya cara untuk kita menerapkan semangat patriotik dan nasionalis dalam generasi muda. 

Filem The New Village pula adalah berbeza dengan Tanda Putera.  Filem ini dibuat dari kacamata komunis, iaitu musuh.  Apakah patut mana-mana kerajaan atau menteri yang waras yang akan meluluskan filem yang mampu menggugat semangat patriotik yang telah sedia rapuh di kalangan rakyat negaranya?  Apatah lagi di ketika kita semua hampir tenggelam dalam masalah perkauman. 

Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira.  Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan. 

Tidak kira betapa kuatnya mereka cuba menafikannya, fakta yang kekal ialah komunis ingin mengambilalih negara ini daripada penguasaan penjajah, dan juga dari penduduk asalnya.  Ini menjadikan komunis sebagai penjajah juga, bukan pejuang kemerdekaan. 

Entah bagaimana generasi baru ini tidak tahu akan kisah sebenar atau mungkin juga sengaja enggan mempercayai laporan rasmi.  Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.  Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.   Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi ‘kaum’. 

Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.  Komunis bukan wira.  Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  Sementara British memerintah dengan membawa ketamadunan, komunis pula membawa keganasan dan sama kejam sahaja dengan Jepun. 

Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.  14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya. 

Dalam tempoh itu, komunis (PKM) melalui MPAJA menguasai bandar, balai-balai polis dan pejabat kerajaan.  MPAJA memperkenalkan cukai kepala, harta dan tanah.  MPAJA menghukum sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan Jepun. Mereka menangkap dan menyiksa orang Melayu yang disyaki bekerja dengan Jepun.  Mereka membunuh Cina yang enggan bekerjsama dengan mereka.  Mereka merompak dan merampas hartabenda rakyat sesuka hati.

Antara kejadian yang direkod:

-          Di Batu Pahat, penghulu dibunuh kerana disyaki bekerja dengan Jepun.
-          Pegawai Daerah dibunuh ketika cuba berbincang degnan PKM
-          PKM menanam seorang imam hidup-hidup kerana bimbang beliau mampu menggerakkan                             pemberontakan
-          Di Jelebu, masjid dan surau dicemar dengan sengaja
-          PKM membakar rumah-rumah penduduk Kg. Bakor dan Sg. Manik
-          Balai polis Bukit Kepong dibakar bersama dengan polis dan keluarga mereka termasuk anak kecil.

Dalam kata lain, kekejaman komunis menyebabkan British kelihatan seperti penyelamat apabila kembali dan membantu rakyat melawan komunis. 

Bahagian sejarah yang ini iaitu 14 hari di neraka ini, menjadikan usaha pihak tertentu untuk menobatkan komunis sebagai wira wajib dikecam.  Usaha mereka ini adalah merepek dan tidak masuk akal sama sekali.   

Sekiranya ada yang prihatin terhadap perasaan anak cucu komunis apabila filem Tanda Putera dipromosikan, maka bayangkanlah perasaan anak cucu mereka-mereka yang terkorban dan disiksa oleh komunis apabila filem The New Village mendapat kelulusan tayangan. 

Ingatlah bahawa satu dari filem ini adalah berdasarkan fakta sejarah yang mana amat penting untuk pendidikan, manakala satu lagi adalah berdasarkan fakta yang dimanipulasi.  Satu mampu menyemarakkan semangat patriotik, dan satu lagi hanya akan menjadikan keadaan yang sedia tegang menjadi semakin buruk. 

Tidakkah ini semua merupakan alasan yang cukup kukuh supaya mempercepatkan tayangan Tanda Putera, dan mengharamkan terus The New Village?  Apakah logik untuk membuka ruang perdebatan lagi?

Ciri-ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mutaah

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.</p>

20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.</p>

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

Sent from my BlackBerry® smartphone

29/07/2013

Lagi Pendedahan Isu Penipuan Kapal Selam Scorpene


Akhbar the New Straits Times baru-baru ini memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya.  Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar. 

Namun, SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu.  Terbaru, SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai.  Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka. 
Justeru, usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai. 
Untuk tujuan itu, NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini.  Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina. 
Dan kini, Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini.   Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah: 
1.      Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan. 
2.      Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 - 2002. 
3.      Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis. 
4.      Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004. 
5.      Altantuya dibunuh pada tahun 2006. 
6.      Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia. 
7.      Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead. 
8.      Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol. 
9.      Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191. 
Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat.  Tiada satu pun yang berubah.  Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang.  Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran 
Apa yang menarik ialah Jasbir, dikatakan hampir meninggikan suara ketika wawancara kerana berang dengan tuduhan yang tidak berasas pihak pembangkang.  Jelas, sebagai seorang arkitek berpengalaman dan telah bekerja dengan syarikat gergasi negara luar sejak berusia 20-an lagi, Jasbir kurang senang apabila namanya diheret ke dalam politik.  Beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat pertahanan dan pembinaan di London dan telah terlibat dalam urusan perniagaan berjumlan berbilion dolar.  Dari situ beliau membina hubungan yang baik dengan kontraktor pertahanan di Eropah.  Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 sebelum menyertai syarikat Thomson-CSF Int. iaitu anak syarikat Thales yang mana membawanya kepada urusan pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia. 
Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini.  Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri. 

26/07/2013

Fitnah Makan Dalam Tandas

Guneswary Kelly, merupakan orang yang mula-mula memuatnaik gambar-gambar anak-anak murid India makan dalam bilik persalinan di Sekolah Seri Pristana.   Berita yang disebar oleh Guneswary menyatakan bahawa pihak sekolah kejam kerana memaksa anak murid bukan Islam agar makan di dalam tandas di bulan puasa. 

Hakikatnya, bilik persalinan itu telah ditukar menjadi bilik rehat sejak bulan Mac lagi.  Ini kerana, kantin sekolah tersebut terlalu kecil dan tidak mampu menampung jumlah murid yang ramai, maka murid-murid dibenarkan makan di situ.  Malah, guru-guru turut mengadakan jamuan di situ. 

Untuk itu, terdapat papan tanda melarang sesiapa membuang air, malah paip mandian juga diterbalikkan agar tiada yang mandi di situ.  Meja-meja pula beralas cantik bagi mewujudkan suasana selesa.  

Memandangkan murid-murid Islam berpuasa, maka kesempatan ini diambil oleh pihak sekolah untuk mengubahsuai kantin bagi membesarkannya.   Harapan pihak sekolah adalah selepas bulan puasa ini, mereka tidak perlukan lagi bilik persalinan itu dijadikan bilik makan sementara. 

Jelas, tindakan pihak sekolah adalah berniat baik dan sentiasa memikirkan kebajikan murid-muridnya. 

Namun, ada yang bertanya, kenapa mesti bilik persalinan?  Apakah tidak ada bilik lain?  Jawapan kita, pergilah sendiri melawat ke sekolah tersebut.  Kita percaya, jika ada tempat yang lebih sesuai, tentu Guru Besar akan menggunakannya.  Namun, di mana lagi di kawasan sekolah yang biliknya mempunyai sinki dan ruang untuk meja makan?  Serta lantai dan dinding berjubin bagi memudahkan ia dibersihkan? 

Apakah mereka menyatakan bahawa sekolah perlu mengorbankan salah satu bilik darjah dan menyusun meja kelas untuk dijadikan kantin? 

Mungkin pihak yang bertanya boleh mendermakan wang untuk membina sebuah bilik makan yang canggih bagi anak-anak bukan Islam makan di sekolah-sekolah kebangsaan. 

Apapun, berbalik kepada motif atau niat sebenar si penyebar fitnah, iaitu Guneswary Kelly.  Jelas, wanita ini mempunyai hati yang amat busuk dan niat yang amat jahat.  Entah agama apa yang membenarkan beliau bersifat sedemikian.   

Wanita ini seharusnya diasak agar memberi jawapan tentang kenapa beliau perlu menyebar fitnah sebegitu.  Kita juga mendapati bahawa fitnah beliau begitu pantas mendapat reaksi, malah ada pihak yang telah menyiapkan parody mengenainya dalam masa tidak sampai 24 jam.  

Ini membuktikan bahawa Guneswary bekerja secara berkumpulan dan telah dengan sengaja menyebar fitnah tersebut bagi menimbulkan ketegangan kaum.  Tindakan ‘sengaja menimbulkan ketegangan kaum’ bukan perkara kecil tetapi merupakan jenayah berat kerana mampu menyebabkan huru-hara hatta pertumpahan darah. 

Tidak mustahil Guneswary berani melakukannya kerana pasti sekiranya ada tindakan balas dari pihak Islam, maka yang akan ditangkap dan dihukum adalah pihak Islam manakala pihaknya yang menjadi pencetus akan dilepaskan dengan denda atau mungkin dilepaskan begitu sahaja.  Ini berdasarkan apa yang sedang berlaku sejak akhir-akhir ini.   

Lebih dari itu, jika ada tindakbalas dari pihak Islam, maka pihaknya akan mengambil kesempatan itu untuk menonjolkan diri mereka sebagai mangsa diskriminasi kerajaan atau mangsa keganasan umat Islam pula. 

Ini semua adalah jenayah terancang dan kita tidak faham kenapa pihak berkuasa menanganinya dengan ‘ringan’ sekali.  Jika perkara sama dilakukan terhadap bukan Islam, ia sudah pasti menjadi berita utama sehingga ke seluruh dunia dan tindakan akan diambil segera dengan hukuman berat terhadap pelaku yang beragama Islam itu. 

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apakah salah jika rakyat meragui prinsip kerajaan sejak akhir-akhir ini?   Sejak sibiadap dan rasis Namewee yang diangkat menjadi ikon, dan kemudiannya Alvivi diikatjamin tetapi anak-anak Melayu yang ‘memberi sedikit pengajaran’ kepada Mun Tatt begitu pantas ditangkap dan dikenakan tindakan malah berhadapan dengan hukuman MATI, orang-orang Melayu semakin ‘jauh hati’ dengan kerajaan. 

Malangnya, sehingga ke hari ini, nampaknya kerajaan masih lagi menafikan bahawa terdapat elemen berat sebelah dalam menangani isu perkauman.  Kononnya, itu semua hanya persepsi kita, orang-orang Melayu sedangkan hakikatnya tidak begitu.  

Namun, orang Melayu melihat kerajaan begitu takut dituduh rasis oleh bukan Islam sehingga memaksa mereka begitu mudah memaafkan kebiadapan mereka.  Untuk itu, kerajaan meminta umat Islam bersabar dan bertindak rasional bagi mengelakkan kekecohan.   Ini seolah-olah menyuruh umat Islam berdiam diri walaupun saban hari ada saja individu yang menghina Islam dan Melayu di laman sosial mereka. 

Kita tahu bukan semua masyarakat bukan Islam bersetuju dengan taktik kotor rakan-rakan mereka namun, kebanyakan mereka telah terpengaruh dengan dakwaan UMNO itu rasis dan Perkasa itu Kepala Rasis malah Tun Mahathir yang memungkinkan mereka berjaya hari ini juga dituduh sebagai Bapa Rasis.  Semua ini berlaku kerana pemimpin UMNO hari ini terlalu ‘defensive’ dan ‘apologetic’ serta tidak mampu membela diri.  Semuanya segan-segan dan malu-malu bila diserang bertubi-tubi oleh bukan Islam.   

Lebih teruk apabila Pemuda UMNO juga malu-malu untuk menjadi pemuda UMNO tetapi ingin menjadi Pemuda BN! Jika Pemuda UMNO sendiri merasakan UMNO itu rasis, maka apakah orang Melayu masih boleh mengharapkan UMNO untuk membela mereka? 

Mungkin pihak kerajaan perlu mengambil sedikit masa untuk berfikir dalam-dalam, ke mana arahnya negara ini hendak di bawa?  Elok juga jika pemimpin UMNO mengadakan sessi mengenali diri sendiri.  Apakah anda benar-benar malu untuk membela Melayu? 

Tidak cukup dengan sekadar memberitahu rakyat bahawa keadaan tidak seburuk yang disangka atau dilihat.   Jawapan ini seolah-olah menyatakan bahawa “rakyat tidak tahu apa-apa, dan pemimpin tahulah apa yang dibuatnya”. 

Jawapan balas kita ialah; jika sibudak kurang ajar Namewee boleh dijadikan ikon dan diberikan geran untuk berkarya, apakah wajar kita merasa yakin bahawa pemimpin benar-benar tahu apa yang sedang dibuatnya? 

Siapa di antara pemimpin UMNO yang berani menjawab soalan ini?  Siapa di kalangan pemimpin UMNO yang berani bangun membela kebenaran dalam isu makan dalam bilik persalinan? 

Tiada!  Ayuhlah kita sama-sama tunggu PRU-14 nanti.    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...