Followers

05/09/2013

Muktamad! Khairun Aseh Sah Tidak Bertanding Demi Tanggungjawab


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh tuan punya badan telahpun mengesahkan untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti pada bulan Oktober ini walaupun beliau tahu banyak sokongan di peringkat akar umbi yang mahu beliau masuk bertanding. 

Khairun membuat keputusan ini atas dasar perinsip demi menjalankan amanah dan tugas dengan penuh integriti serta komited sebagai orang kanan Perdana Menteri, Setiausaha Politik PM .

Sebelum ini terdengar khabar angin mengatakan bahawa Datuk khairun ini akan bertanding merebut jawatan kanan dalam sayap Pemuda UMNO.
Akhirnya persoalan ini sudah terjawab dengan tuan punya badan sendiri. 

Sempat juga belia berpesan kepada perwakilan agar  bijak memilih kepimpinan yang akan membawa perubahan serta mampu menggalas tugas bagi mendepani pilihan raya umum akan datang dan beliau percaya perwakilan akan dapat membuat pilihan terbaik dan seterusnya meletakkan nama UMNO kekal sebagai satu parti pilihan utama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...