Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini.
Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, jawatan dalam MT akan membolehkan beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud memainkan peranan lebih besar dalam menjayakan aspirasi dan visi parti.
Katanya, sejajar dengan kekuatan UMNO Sabah yang terus meningkat dari tahun ke tahun, adalah satu penghormatan kepadanya untuk berkhidmat kepada parti dan negara.
"Secara ikhlas saya percaya masanya sudah tiba untuk saya mengambil langkah yang lebih besar selepas membuat perkiraan yang wajar.
"Seperti rakan-rakan lain dalam parti yang bertanding dalam pemilihan akan datang, ini bukanlah untuk memenuhi posisi itu tetapi saya mahu memastikan UMNO terus kekal relevan dan menjadi pilihan terutamanya bagi golongan muda,"
No comments:
Post a Comment