Roboh Kuil: Dosa Tidak Terampun PR Kepada Kaum India
Kaum India di Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana mendapat ‘pengajaran’ awal mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Selama sepenggal kaum India berpeluang menonton sendiri bagaimana parti pembangkang itu langsung tidak menghormati kaum India.
Jika di dalam BN, kaum India ada tempat khas dan kukuh untuk berdiri atau mengadu nasib tetapi di dalam Pakatan Rakyat, walaupun terdapat dua parti berbagai kaum iaitu PKR dan DAP namun tidak ada satupun yang meletakkan nasib kaum India sebagai keutamaan.
Kita melihat sendiri bagaimana DAP mengenepikan kaum India di Pulau Pinang, bukan sahaja dari segi jawatan mereka dipinggirkan tetapi nasib rakyat biasa keturunan India juga hanya dilihat dengan sebelah mata sahaja. Jika kaum Melayu dibenci, kaum India pula tidak dipeduli oleh DAP.
Tanpa berfikir panjang DAP merobohkan kampung India dan Melayu bagi membolehkan pembangunan yang menguntungkan kaum Cina dilaksanakan. Kampung Buah Pala iaitu sebuah kampung India di Pulau Pinang akan tetap menjadi simbol kekejaman PR terhadap kaum India.
Lebih malang bagi kaum India ialah, walaupun Selangor diterajui oleh PKR tetapi secara dasarnya, keseluruhan PR adalah diterajui oleh DAP yang hanya mengutamakan kaum Cina, manakala PKR pula tidak berminat untuk membela nasib sesiapa melainkan nasib Anwar Ibrahim anak beranak dan kroninya.
Justeru, kaum India terus ditolak ke tepi dan ke belakang tanpa pembelaan yang sewajarnya dan yang bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak dalam kepimpinan PR.
Bukti bahawa kaum India telah dianaktirikan boleh dilihat dalam tindakan PR merobohkan sehingga 7 kuil sepanjang penggal ini. Antara kuil tersebut, termasuklah yang dibina di dalam pekarangan rumah. Tiada alasan yang benar-benar kukuh bagi PR untuk memperlakukan kaum India sebegitu, terutama sekali apabila parti itu telah menabur berbagai janji bulan dan bintang untuk membantu kaum tersebut sekiranya mereka memerintah.
Kini terbukti semua janji itu hanyalah janji palsu.
Bagi kaum India, sepenggal di bawah Pakatan Rakyat sudah cukup untuk memberi pengajaran agar tidak lagi melakukan kesilapan dalam pilihanraya. Dari situlah kita menyaksikan satu demi satu kumpulan India meninggalkan PR menjelang PRU-13. Kebanyakan mereka dari parti DAP dan selebihnya dari PKR.
Benar, di dalam PR, khasnya DAP, ada Karpal Singh yang sepatutnya mewakili kaum India. Tetapi, mungkin sebagai ‘Singh’ beliau tidak begitu dekat dengan sentimen masyarakat India kebanyakan. Lebih teruk, Karpal Singh juga sama saja seperti Anwar Ibrahim yang hanya mengutamakan anak beranaknya.
Pendek kata, bagi PR, kaum India hanyalah diperlukan sebagai pengundi. Untuk tujuan itu, hati kaum India diambil dengan cara berpakaian ala India, malah menari dan menyanyi lagu India. Inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk menarik hati kaum itu. Namun, lebih dari itu, Anwar tidak berbuat apa-apa lagi untuk mereka.
Berdasarkan hakikat ini, maka kaum India seharusnya sudah menyedari akan ‘keindahan’ parti Barisan Nasional. BN telah memandang ke hadapan dan telah menjangkakan perkara sebegini. Kerana itu, BN menyediakan platform khas untuk setiap kaum supaya tiada siapa yang terpinggir. Inilah bukti kebijaksanaan kepimpinan BN sejak dahulu lagi.
Hari ini, kita telah melihat sendiri bagaimana ‘parti berbagai kaum’ sebenarnya adalah jauh lebih rasis dari ‘parti satu kaum’. Semoga pengajaran yang didapati selama sepenggal ini akan membantu kaum India membuat pilihan yang tepat dalam PRU kali ini
*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH
No comments:
Post a Comment