Followers

23/04/2013

Elok Hadi Lapor Polis Calon PKR Edar Pil Kuda


Pendedahan yang menggemparkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai kewujudan aktiviti pengedaran pil kuda membabitkan calon PKR adalah satu dakwaan yang cukup serius dan tidak boleh dipandang ringan sama sekali.

Dakwa Presiden PAS itu, "ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima."

Hadi tentu ada asas kukuh bila membuat dakwaan tersebut apatah lagi beliau menegaskan itulah puncanya yang menyebabkan PAS sengaja menghantar calon-calonnya bertanding di beberapa kawasan yang dikhususkan kepada PKR.

Begitu pun tetap wujud persoalannya, kenapa hanya ketika penamaan calon baru PAS bertindak? Sedangkan PAS mempunyai masa berhari-hari lamanya untuk mendesak pucuk pimpinan PKR menghalusi semula calon mereka seterusnya diganti dengan calon baru. Tapi tidak dilakukan, pelik bukan?

Menariknya sehari selepas Hadi membuat pendedahan itu, PKR kemudiannya mengarahkan tiga orang calonnya yang bertindih dengan PAS di DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu menarik diri dari bertanding dalam PRU-13.

Sukar untuk dipastikan sama ada ketiga-tiga calon PKR itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Hadi, namun melihat pada reaksi segera oleh pucuk pimpinan PKR mengarahkan calon-calonnya menarik diri seakan mengiakan dakwaan Presiden PAS.

Namun demikian, keadilan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada cakap-cakap mulut atau setakat dakwaan umum semata-mata, kepastian hakiki perlu diusahakan bagi merungkai kebenaran sama betul atau tidak dakwaan yang dibuat.

Justeru itu wajar siasatan terperinci dilakukan. Untuk itu, Hadi perlu tampil membuat laporan polis untuk membolehkan satu siasatan menyeluruh dilaksanakan. Sebagai individu yang bertanggungjawab mendedahkan perkara tersebut tentunya Presiden PAS itu mempunyai maklumat yang diperlukan, bukan begitu?


*Ingat PAKATAN PAS DAP PKR Bukan Pejuang Bangsa, Agama & Negara .
Pakatan Mereka Adalah Pakatan Kehancuran Negara!!!
Undi PAS = Menyokong Juala Kalimah ALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...