Followers
31/12/2013
Kenaikan Melampau Harga Barang, Siapa Patut Di Persalahkan
Akhbar Cina melaporkan 14 NGO menyokong demonstrasi 'Turun' membantah kenaikan harga barang yang dicadang diadakan menjelang malam tahun baru ini. Walaubagaimanapun, kita tidak menjangka penglibatan NGO ini, mahupun masyarakat Cina secara langsung dalam demonstrasi tersebut.
Melihat dari persiapan demonstrasi yang lengkap dengan 't-shirt', promosi dan penerangan yang rapi, kita pasti adanya dalang yang menjadi penganjur dan menyalurkan dana untuk tujuan ini. Malangnya, setakat ini pihak yang menganjurkan demonstrasi 'Turun' masih lagi mengambil sikap pengecut dengan tidak menonjolkan diri.
Memandangkan demonstrasi adalah strategi utama pembangkang maka kita percaya bahawa demonstrasi Turun ini juga adalah 'kerja' pembangkang. Namun, mungkin kerana takut ditangkap, maka mereka memilih untuk mengambil sikap 'baling batu sembunyi tangan' sahaja.
Tanpa personaliti besar untuk memimpin demonstrasi ini, kita yakin yang ianya tidak akan membawa sebarang impak bagi isu yang diketengahkan.
Lebih dari itu, tindakan mempromosi gerakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi yang sama mengakibatkan ramai penyokong pembangkang sendiri merasa takut dan mula keliru dengan niat sebenar pihak penganjur.
Dalam perancangan yang kabur tetapi dana yang jelas, sokongan 14 NGO yang disebut oleh akhbar Cina tadi membuatkan kita tertanya-tanya. Apakah semua ini sekadar 'gimmick' untuk mengaburi mata majoriti rakyat terhadap agenda sebenar pihak tertentu?
Hakikatnya, kaum Cina, yang mewakili golongan peniaga merupakan golongan yang paling beruntung dengan kenaikan harga barang. Justeru itu, tidak hairanlah kita melihat mereka tidak banyak merungut mengenainya akhir-akhir ini, dan sokongan 14 NGO tadi terhadap kenaikan harga barang nampak bagai lakonan yang tidak menjadi.
Seperti yang kita tahu, peniaga tidak perlu menanggung kos kenaikan tetapi hanya perlu memindahkan kos tersebut ke atas bahu pengguna.
Contohnya, seorang tauke kilang kain yang menanggung kos elektrik yang lebih tinggi pasti akan meningkatkan harga kain yang dihasilkannya. Seorang tauke kedai kain yang membeli dari kilang itu dan terpaksa membayar harga yang tinggi dari sebelumnya pula pasti akan meningkatkan juga harga kain yang dijualnya.
Secara dasarnya, tauke kilang kain dan tauke kedai kain tadi tidak perlu menanggung apa-apa kenaikan tetapi peningkatan harga sebenar hanya akan ditanggung oleh pengguna. Kitaran yang sama berulang bagi semua barangan lain.
Peningkatan kos barangan sebenarnya lebih banyak dikawal oleh peniaga berbanding kerajaan. Amalan monopoli perniagaan oleh kaum Cina menambahkan lagi parahnya keadaan.
Akhir-akhir ini, masyarakat Melayu yang mewakili pengguna terbesar semakin matang dan bijak untuk memahami hakikat perniagaan di Malaysia. Tindakan peniaga Cina mengawal barangan asas di musim perayaan sudah cukup membuktikan wujudnya 'permainan' dalam isu harga barang dalam negara ini.
Maka tidak hairanlah akhir-akhir ini orang-orang Melayu bertindak balas dengan melancarkan kempen boikot barangan Cina. Jika selama ini orang Melayu cukup terbuka dan tidak rasis dalam memilih barangan tetapi kini semakin ramai yang peka dan hanya memilih barangan bumiputera atau bukan Cina sahaja.
Kaum Cina tidak dapat memperbodohkan pengguna dengan 'gimmick' marahkan kerajaan kerana harga barang naik. Untuk makluman mereka, pemikiran rakyat telah berubah seiring dengan kemajuan negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Orang Melayu sudah semakin sedar di mana sebarang usaha untuk memperbodohkan mereka tidak lagi membawa kesan yang sama seperti dahulu.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina itu hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kepada negara dan golongan yang kurang berkemampuan.
Kononnya mereka inginkan keadilan. Tetapi keadilan dalam kamus kaum Cina ialah apabila mereka mendapat segala-galanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Kebebasan Media Bukan Bermakna Boleh Melanggar Undang-undang
Tindakan kerajaan menggantung 'The Heat' iaitu media berbahasa Inggeris yang khabarnya berdaftar sebagai majalah tetapi telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan akhbar, mendapat reaksi 'luarbiasa' di kalangan segolongan masyarakat Malaysia, umumnya penyokong pembangkang, khasnya masyarakat Cina.
The Heat bukanlah sebuah akhbar popular malah ramai yang tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini. Namun, penggantungannya dijadikan isu besar oleh golongan ini hanya kerana antara percetakan terakhir akhbar tersebut merupakan kritikan terhadap isteri Perdana Menteri.
Jelas, yang ingin dijadikan isu di sini bukan soal penggantungan The Heat tetapi soal apa yang dicetak oleh akhbar itu. Tujuan mereka dengan terus memperkatakan mengenai penggantungan The Heat ialah agar dapat memburukkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia secara lebih 'meluas'.
Sebenarnya, kebebasan media di Malaysia bukanlah satu perkara yang perlu diperdebatkan.
Kewujudan akhbar-akhbar fitnah dan sampah atas nama 'pembangkang'yang bersepah dijual sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan media sewajarnya. Malah, tidak salah jika dikatakan bahawa media Malaysia telah dibiarkan 'terlalu bebas' sehingga berani menyebarkan hasutan dengan sewenang-wenangnya terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina.
Lebih dari itu, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberi kebebasan kepada akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar perdana.
Selama ini juga, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga akhbar milik pembangkang adalah bebas untuk menyindir, mengkritik, mengecam atau mengutuk Perdana Menteri Malaysia dan juga kerajaan sama ada secara halus, lantang, tersurat mahupun tersirat tanpa diambil apa-apa tindakan.
Tidak cukup dengan tulisan, pihak yang sama juga menjadikan kutukan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai makanan harian, perisian rohani dan jasmani di mana-mana saja sama ada di dalam atau di luar negeri.
Jika kerajaan tidak pernah peduli dengan mereka ini, maka kenapa pula kerajaan perlu merasa 'panas' dengan The Heat seperti yang dicanangkan pembangkang?
Logiknya, jika mereka yang menyebarkan fitnah Altantuya atau cincin berjuta milik Datin Seri Rosmah masih terus hidup, bebas dan merdeka, maka kenapa pula The Heat harus digantung hanya kerana mengkritik personaliti yang sama?
Hakikatnya, The Heat bukan digantung kerana apa yang dicetaknya tetapi kerana melanggar undang-undang. Walaupun begitu, kita bersetuju jika kerajaan bertegas menghukum media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan hasutan sesuka hati.
Mungkin dalam soal ini, kerajaan perlu mencontohi pembangkang yang sering membelakangkan hak kebebasan media sekiranya media itu melaporkan sebarang keburukan parti mereka. Bukan rakyat Malaysia tidak biasa dengan seruan boikot Utusan Malaysia atau TV3 oleh pembangkang. Kita juga biasa melihat pembangkang membuat 'demo' membakar akhbar yang 'dimusuhi' mereka.
Pembangkang sering mengugut untuk menyaman mana-mana media yang melaporkan keburukan mereka.
Jangankan melaporkan keburukan pembangkang, bertanyakan soalan juga tidak dibenarkan. Itulah yang berlaku apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berhadapan dengan wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya.
Pembangkang telah biasa menyeru penyokong mereka agar jangan membaca akhbar yang bukan merupakan pro kepada perjuangan mereka sedangkan kerajaan tidak pernah menghalang rakyat untuk membaca apa saja.
Justeru, melihat dari cara pembangkang menangani isu The Heat membuat kita semakin muak dengan parti itu. Hipokrasi pembangkang nampaknya tiada batasan.
Pesan kita, sekiranya ingin berpolitik pun, janganlah melanggar undang-undang. Bagaimana kita boleh membayangkan pembangkang sebagai pemerintah jika sering menyokong dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang?
Sent from my BlackBerry® smartphone
27/12/2013
Menteri Besar Kelantan Takut Dengan Suara Ghaib
Ahmad Yaakob yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengatakan himpunan yang bakal diadakan itu adalah merupakan gerakan rakyat.
"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Yaakob sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang di adakan di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu Selasa lalu.
Menurutnya Pas Kelantan telah memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.
Malah keyataan tersebut turut disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.
"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi,
Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.
Persoalannya ialah mengapakah, Ahmad Yaakob 'flip-flop' berhubung isu ini? Apakah ada arahan dari pihak tertentu yang memintanya agar segera menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini?
Tambah mengelirukan mengapakah kenyataan menyokong himunan jalanan ini hanya dibuat melalui akaun Facebook? Apa yang pasti ialah Ahmad Yaakob mungkin terpaksa akur dengan 'suara ghaib' yang meminta segera mengubah pendirian yang dibuat sebeum ini.
Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan'liberal' yang semakin menguasai Pas.
Sent from my BlackBerry® smartphone
25/12/2013
Sebuah Puisi Oleh Timbalan Menteri Kewangan
Agar pendapatan bertambah tinggi,
Indeks kesejahteraan rakyat happy.
Diumum bantuan persekolahan,
Baucher buku diteruskan,
Pergi hospital seringgit cuma,
Banyak Klinik 1Msia,
Di Kedai Rakyat murah segala.
Subsidi petrol dan juga diesel,
Kereta besar dan yang kecil,
Minyak masak, beras dan tepong,
Kerajaan bantu utk tampong,
Subsidi gas memasak juga ada,
Banyak sekali potongan harga.
Pelajar miskin diberi dana,
Buku teks pula semua percuma,
Tiada lagi yuran pereksa,
PTPTN tak perlu dibayar,
Jika kelas pertama waktu belajar.
Subsidi padi ada enam,
Bantuan bulanan utk nelayan,
Tabung perniagaan ada puluhan,
Utk bantu tambah pendapatan,
BR1M sudah dinaikkan,
Ditambah insuran khairat kematian.
Bajet 2013 PM bentang,
Ada 100 pengumuman,
Sejahtera rakyat diutamakan,
Utk kita kuatkan ekonomi,
Tahan dirempuh globalisasi.
Rakyat umpama batu permata,
Digilap ditatah jadi cincin,
Di jari manis bergemerlapan,
Jadi simbol kebahagiaan.
Transformasi di sana sini,
Utk perubahan arah kebaikan,
1Msia dijadikan bukti,
Kerana perpaduan negara aman,
Akta baru dah dimetri,
Hidup tenteram tidur nyaman.
Kerajaan ingat pesan Tuhan,
Setiap perkara ada balasan,
Nasib rakyat perlu pembelaan.
Ini janji yg dikotakan.
Kerajaan atur belanja,
Agar subsidi tidak tersasar,
Agar defisit tidak besar,
Penarafan baik antarabangsa,
Ekonomi maju utk semua,
Agar rakyat tidak merana.
Kuasa Kerajaan dari rakyat,
Naiknya Kerajaan dari rakyat,
Jatuhnya Kerajaan dari rakyat,
Ingatan itu sentiasa terpahat,
Amanah pemerintahan terus didaulat,
Agar hidup selamanya berkat.
ABM,
25/12/13.
(Puisi oleh YB.Datuk Ahmad Maslan, Timb.Menteri Kewangan)
Sent from my BlackBerry® smartphone
24/12/2013
Ada Ahli PAS Mengaku Mat Sabu Syiah
Beliau yang merupakan ahli Pas itu, menjelaskan pendedahan yang dilakukan itu adalah hasil siasatan yang dilakukannya sejak sekian lama. Menurutnya melalui temubual yang dilakukan terhadap rakan-rakan karib Mat Sabu dan guru-guru beliau, majoriti mengatakan Timbalan Presiden Pas itu adalah merupakan seorang penganut fahaman Syiah.
"Sekiranya kita bertanya kepada ahli-ahli agama yang berfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah, (khususnya) di dalam Pas sendiri, semua akan mengatakan bahawa Mat Sabu ini memang (berfahaman) Syiah.
"Contohnya, Tok Guru Hj Salleh di Sik (juga merupakan salah seorang pengikut tegar Pas) sendiri turut mengetahui mengenai fahaman Syiah Mat Sabu ini, malah (beliau) banyak kali berpesan kepada ahli-ahli kuliahnya agar berhati-hati dengan Mat Sabu" katanya.
Menurut Ustaz Ashiq lagi, baru-baru ini seorang rakannya ada menziarahi Tok Guru Hj Salleh di kediamannya. Antara pesan yang disampaikan kepadanya ialah meminta agar Mat Sabu kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
"Seperti yang didedahkan oleh KDN sebelum ini, antara 10 bukti yang mengatakan Mat Sabu menganut fahaman Syiah disebutkan oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Rahman, daripada Pondok Sungai Jagung.
"Menurutnya (Tok Guru Abdul Rahim) lagi, beliau pernah ternampak Mat Sabu bersembahyang dengan ciri-ciri Syiah di dalam ibadatnya" jelas Ustaz Ashiq.
Di dalam isu yang lain, Mat Sabu turut ditempelak oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang mempertikaikan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru bagi menggantikan Mohd Salleh Man yang telah digugurkan. Menurut Hafis, sebelum ini Mat Sabu pernah menolak cadangan untuk memintanya menerajui kepimpinan Pas negeri.
Yang menjadi persoalannya ialah, dia bukan setakat menolak cadangan tersebut namun turut mencadangkan agar jawatan tersebut diberikan kepada Mohd Salleh.
"Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh. Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya kepada pihak media sebelum ini.
Menurutnya perlantikan Mat Sabu itu seperti ada yang tidak kena dan dilihat wujud satu agenda yang tersirat.
Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.
Kesimpulannya semua kenyataan ini adalah merupakan bukti, bahawa Umno/BN langsung tidak terlibat dalam serangan dan gerakan terhadap Mat Sabu ini. Apa yang jelas, ramai di kalangan pengikut dan ahli Pas sendiri sebenarnya tidak senang dengan perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti dan Pesuruhjaya Pas negeri.
Pada mereka, Mat Sabu hanya layak dijadikan 'kuda tunggangan' di atas pentas-pentas ceramah sahaja. Ini kerana selain mampu mengumpulkan jumlah hadirin yang ramai, Mat Sabu juga dilihat boleh memberikan 'pulangan' yang memberangsangkan hasil dari kutipan derma yang dijalankan.
Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=I4HuLQzaN5U#t=140
Sent from my BlackBerry® smartphone
Pengerusi (TURUN) Di Tahan Reman
Dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini.
"Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi.
Turun merancang untuk mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan.
Harap pihak polis bertegas ke atas puak mereka ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone
"31 Disember Kerajaan Malaysia Bertukar Tangan. Menjelang 1 Januari, Kuala Lumpur Di Tawan”
Pasti ramai yang telah mendengar atau mengetahui mengenai satu himpunan jalanan yang bakal diadakan oleh pakatan pembangkang dalam masa yang terdekat ini. Tidak cukup dengan portal dan blog, para macai mereka turut menjadi agen promosi tidak rasmi dalam menghebahkan perkara ini melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Tujuan mereka cuma satu, bagi memastikan kehadiran pada demonstrasi yang di diadakan pada kali ini boleh dikategorikan sebagai 'pecah panggung'. Ini kerana seperti yang diketahui umum, pengaruh dan sokongan rakyat kepada pakatan khusus Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin hari merudum. Buktinya, beberapa siri himpunan jalanan yang diadakan selepas pilihanraya umum yang lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Paling menarik, antara ayat 'klise' yang sering digunakan setiap kali mereka mengadakan himpunan jalanan ialah 'ia diadakan secara aman'. Sedangkan kita semua tahu, himpunan jalanan yang diadakan adalah bertujuan untuk menagih simpati rakyat sekali gus menumbangkan kerajaan dengan kekerasan.
Kita juga sering mendengar, setiap kali berakhirnya perhimpunan atau demonstrasi jalanan anjuran parti pembangkang ini, pelbagai pihak akan disalahkan dengan pelbagai tuduhan. Kononnya pihak berkuasa telah bertindak zalim dan luar batas kemanusiaan terhadap para peserta yang kononnya datang secara aman bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka.
Tanpa mengambil kira pelbagai provokasi yang dilakukan mereka, lalu dengan mudah meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kononnya ganas terhadap wanita, warga emas, kanak-kanak dan sebagainya yang hadir dalam himpunan jalanan yang diadakan. Paling sadis, apabila pernah satu ketika salah seorang peserta himpunan berpura-pura mati kerana terhidu gas pemedih mata yang dilemparkan bagi menarik simpati rakyat.
Berbalik kepada demonstrasi jalanan yang akan diadakan ini, mereka tidak lagi berselindung di sebalik perhimpunan aman, namun secara terang-terangan mengaku mahu menggulingkan kerajaan dan akan cuba menimbulkan huru-hara. Berikut adalah antara cebisan pesanan dan komen yang dihantar melalui laman sosial Facebook.
"Tahukah anda : pada malam 31 Disember kerajaan Malaysia bertukar tangan. Menjelang 1 Januari, Kuala Lumpur sudah di tawan"
"Hidup Rakyat, gulingkan kerajaan yang zalim" menurut Asma Nabilah.
"Kami sentiasa bersedia mengangkat senjata sekiranya tiada pilihan tok (untuk) lenyapkan rejim Umno dari muka bumi ini" kata Humaidi Albaq.
"Kalau setakat datang nak dengar ceramah, nak lepak kat padang, sorry gua tak berminat. Kalau datang nak claim Kuala Lumpur untuk revolusi, untuk lumpuhkan ekonomi, itu baru gua datang. Dah sampai masanya untuk kita revolt, bukan vote lagi" tegas Shaiful Azren.
Berdasarkan pesanan-pesanan ini, jelas membuktikan sebilangan mereka yang hadir ingin mencetuskan huru-hara dan mereka berselindung di sebalik sambutan malam tahun baharu. Golongan itu mendakwa mahu menyelit di sebalik kumpulan orang ramai yang mahu meraikan ketibaan 2014 bagi menunjukkan ramai yang menyokong usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
Namun, perkara paling membimbangkan bukannya bilangan peserta sebaliknya orang awam yang tidak terlibat sama mungkin akan terperangkap bersama anggota kumpulan ini ketika agenda peribadi mereka digerakkan.
Lebih teruk jika kumpulan itu hilang kawalan dan orang awam juga yang menjadi mangsa sama ada cedera dan hilang harta benda mahupun pertumpahan darah jika berlaku pertembungan antara pihak berkuasa dan peserta demonstrasi.
Sedangkan tahun 2014, adalah tahun untuk mereka yang telah dipilih, tidak kira daripada parti pemerintah mahupun pembangkang, mula bekerja menabur khidmat kepada rakyat yang telah mengundi mereka. Sepatutnya kita sudah boleh meneruskan hidup seperti biasa.
Kesimpulannya pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan dan pencegahan kerana ia bukannya langkah ke belakang dalam sistem demokrasi, kerana ianya adalah langkah ke depan yang diamalkan semua negara maju untuk kekalkan keamanan.
Sekiranya hasil siasatan terbukti individu atau kumpulan tersebut memang sengaja mahu menggadai keamanan negara demi kepentingan peribadi, maka tangkap sahaja, dakwa dan kenakan hukuman paling berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain kelak.
Sent from my BlackBerry® smartphone