Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi perbualan hangat bukan
sahaja di Malaysia, tetapi hampir di seluruh dunia. ‘Kapal terbang’ pada dasarnya, adalah
antara kenderaan yang paling selamat dan amat jarang merekodkan
kemalangan. Pesawat
Boeing 777 juga diiktiraf sebagai pesawat paling selamat dan dilengkapi dengan
peralatan paling canggih untuk menangani kecemasan termasuk menghantar isyarat
secara automatik jika terjatuh ke dalam laut. Followers
10/03/2014
MH370: Sikap Rakyat Malaysia VS ‘Bangsa Malaysia’
Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi perbualan hangat bukan
sahaja di Malaysia, tetapi hampir di seluruh dunia. ‘Kapal terbang’ pada dasarnya, adalah
antara kenderaan yang paling selamat dan amat jarang merekodkan
kemalangan. Pesawat
Boeing 777 juga diiktiraf sebagai pesawat paling selamat dan dilengkapi dengan
peralatan paling canggih untuk menangani kecemasan termasuk menghantar isyarat
secara automatik jika terjatuh ke dalam laut. 07/03/2014
Anwar Barsalah Liwat Saiful ( 18sx )
Sebwlum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ekoran bukti-bukti yang dikemukakan mencukupi malah terlebih cukup untuk mendapatinya bersalah.
SUMBER
06/03/2014
Anwar Tidak Jadi Bertanding Di Kajang?
Ramai melihat PRK Kajang sebagai petanda Anwar panik dan juga buntu dalam menghadapi rayuan kes liwatnya di mahkamah. PRK ini adalah cara terbaik untuk Anwar mengalih perhatian rakyat dari kes tersebut. Di samping itu, PRK Kajang juga boleh dijadikan alasan terbaik untuk Anwar menyalahkan BN sekiranya beliau kalah dalam perbicaraan nanti. Skrip yang dijangka ialah 'BN telah memastikan Anwar kalah di mahkamah kerana takut beliau menjadi Menteri Besar'.
Perkembangan terbaru mengenai isu air dan juga pergolakan dalaman PKR yang semakin meruncing, membuatkan Anwar semakin buntu.
Anwar menjangka beliau boleh menggunakan sepenuhnya kempen di Kajang untuk meningkatkan sentimen agama dan perkauman melalui isu Kalimah 'Allah'. Harapan beliau, keadaaan akan semakin buruk menjelang rayuan kes liwatnya. Dijangka, momentum ketegangan akan dipertingkatkan sehingga ke hari keputusan perbicaraan diumumkan.
Malang bagi Anwar kerana rakyat sudah tidak ada masa untuknya. Semua orang sibuk menguruskan masalah masing-masing, terutama masalah air dan juga denggi di Selangor. Malah, Anwar ke mahkamah juga tanpa ditemani ribuan penyokong sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Ramalan bahawa Anwar akan keseorangan di penghujung hidupnya nampaknya kian menjadi nyata.
Namun begitu, ini tidak bermakna Anwar akan berserah dan pasrah sahaja. Kita pasti, Anwar telah bersedia dengan 'Pelan B' sekiranya momentum di Kajang tidak meningkat sepertimana yang dirancangnya.
Oleh itu, kita percaya yang Anwar tidak akan bertanding di Kajang. Antara desas-desus yang didengar ialah Anwar akan meletakkan orang yang signifikan juga di Kajang tetapi bukan dirinya.
Tidak tahu apa yang Anwar harapkan dari perancangan ini. Mungkin tiada apa-apa, tetapi sekadar untuk menjaga air muka bagi memperlihatkan beliau masih mampu mengatur langkah. Nurul Izzah dan Wan Azizah adalah antara nama yang disebut untuk menggantikan Anwar di Kajang. Kita tidak pasti bagaimanakah mereka ini akan mampu menjadi pemangkin kepada Anwar untuk ke Putrajaya.
Namun, apa yang pasti ialah Anwar sudah kehabisan langkah. Beliau sudah sampai ke penghujung jalan yang salah, dan kini sedang berdiri di hadapan pintu penjara.
Wan Azizah atau Nurul Izzah mungkin boleh menggunakan platform Kajang untuk meraih simpati terhadap Anwar. Pun begitu, Anwar sendiri tahu bahawa airmata mereka juga sudah tidak berapa laku lagi.
Justeru, kita percaya, seperti juga kita semua, Anwar sendiri tidak tahu apakah perancangannya seterusnya melalui PRK Kajang. Apa yang kita tahu, BN akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Kajang tidak teraniaya dan pembaziran yang berlaku atas sebab terpaksa melayan kerakusan nafsu politik Anwar dalam PRK ini, tidaklah sia-sia.
Sent from my BlackBerry® smartphone
05/03/2014
UMNO Guna Mahkamah Untuk Ganggu Kem Anwar di Kajang
Paling menarik, kenyataan Anwar itu turut disokong oleh beberapa pemimpin pakatan dan para pencacai yang jelas 'tolol' kerana cuba menipu rakyat dengan menyembunyikan fakta yang sebenar.
Secara umumnya, masyarakat mengetahui kes liwat yang melibatkan Anwar ini bukanlah merupakan kes baru kerana ia telah berjalan sejak sekian lama. Namun ekoran tindakan Anwar takut dengan bayang-bayang sendiri, dia terpaksa mencari dan mereka-cipta seribu satu alasan agar dapat digunakan untuk menangguhkan kes tersebut.
Malah menurut rekod sepanjang tempoh perbicaraan, mahkamah terpaksa menangguhkan kes ini sebanyak 69 kes dan 5 kali lagi sepanjang tempoh rayuan yang bermula pada 20 Januari 2012.
Oleh itu, di manakah rasionalnya untuk mengatakan kes ini digunakan untuk menyekat kempennya di Kajang? Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang (PRK Kajang) ini, dilakukan ekoran tindakan biadab PKR yang cuba mengheret rakyat dalam kancah perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti itu.
Persoalannya ialah, mengapa Anwar begitu takut untuk berdepan dengan kes ini sekiranya betul dia tidak bersalah? Tambah menghairankan apabila Ketua Pembangkang seolah-olah tidak berani untuk berdepan dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan.
Masakan tidak, sebaik sahaja Shafee dilantik oleh Peguam Negara, Anwar telah mengemukakan 3 permohonan untuk menghalang bekas Pesuruhjaya Suhakam itu mengetuai kes pendakwaan ini. Sedangkan perlatikan secara "fiat" (autoriti beliau) itu, selari dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini Anwar gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan bahawa peguam kanan itu seorang yang tidak sesuai dan wajar untuk menerima pelantikan memandangkan dia didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melangar Akta Profesion Undang-undang.
Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 November tahun lepas.
Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk M Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lepas.
Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Februari tahun ini. Paling mengejutkan, apabila Mahkamah semalam turut bersetuju dan mengkritik Anwar yang dilihat sengaja melambat-lambatkan proses rayuan ini.
Kesimpulannya mudah, sekiranya Anwar berani berhadapan dengan kes ini secara anak jantan, pasti ia sudah lama diselesaikan
Sent from my BlackBerry® smartphone
04/03/2014
Anwar Semakin Pening Perang Azmin vs Khalid
Gambar Al-Quran Di Campak Dalam Masjid
Lantai masjid pula bersepah dengan darah, apabila kaki 'binatang' yang melakukan pekerjaan ini berdarah disebabkan menyepak cermin untuk masuk kedalam masjid.
Sent from my BlackBerry® smartphone