Followers

02/12/2013

Kerana Tawaran MT, Ustaz Kazim Dilabelkan Seperti Anjing Dan Babi

Isu tawaran perlantikan kepada penceramah bebas, Ustaz Mohamed Kazim Elias sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno (MT) adalah antara topik hangat yang sedang dibincangkan pada ketika ini. Malah para macai pembangkang telah menjadikan isu tersebut sebagai modal baru untuk menyerang Ustaz Kazim dengan pelbagai kata-kata yang kesat dan nista semata-mata untuk merosakkan kredibiliti ahli agama itu.

Selain cacian seperti, anjing Umno, babi, pencacai dan sebagainya, mereka turut menyerang Ustaz Kazim yang dikatakan masih merupakan ahli Pas. Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Kazim dengan nada sinis telah menempelak kembali dengan mengatakan parti itu seharusnya malu dengan dasar terbuka yang ditunjukkan oleh Umno.

"Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada Pas kerana mereka tidak pernah terbuka terhadap saya," katanya.

Pengasas dan pengetua, Pusat Pendidikan Al-Barakah itu yang ditemui ketika menyampaikan ceramah anjuran Pemuda Umno Setiawangsa menjelaskan, walaupun masih memegang status ahli Pas, beliau tidak pernah dipedulikan baik di peringkat pusat mahupun peringkat negeri untuk sama-sama berdakwah dalam parti berkenaan.

"Ya saya memang ahli Pas, saya tidak pernah keluar dari Pas walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat" katanya lagi.

Menurutnya sehingga ke hari ini tiada sebarang surat dari Jawatankuasa Disiplin parti yang mengatakan beliau dipecat. Beliau sebelum ini dilaporkan pernah mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998.

Mereka mendakwa sebagai pejuang Islam, namun di masa seperti mengamalkan dasar memilih orang tertentu untuk bersama dengan Pas. Menurut ustaz Kazim adalah sesuatu yang memalukan kerana, walaupun Pas mengetahui status keahlian beliau, parti itu langsung tidak membuka pintu untuknya.

Tetapi apabila Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan jawatan MT kepadanya, mereka bersikap seperti 'kucing yang kepanasan'. Tambah mengecewakan apabila parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu seperti takut dan tunduk apabila ada pemimpin dari parti tertentu 'berdehem' setiap kali timbul isu yang berkaitan Islam.

"Bila dia 'berdehem' semua pakat takut dan diam, walaupun yang berdehem itu hanya duduk di atas kerusi roda. Pada yang faham-fahamlah" sindir beliau lagi.

Beliau juga seakan sedih dengan tindakan segelintir mereka yang terlalu taasub dan jumud sehingga sanggup melemparkan pelbagai kata-kata yang kesat hanya kerana tawaran Umno itu. Paling mengecewakan apabila ia datang dari mereka yang beragama Islam.

"Begitu cara yang diajarkan oleh Islam? Memaki hamun orang tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Sedangkan sebagai orang Islam, kita seharusnya mengambil iktibar terhadap peristiwa hijrah Nabi Muhammad saw" katanya lagi.

Ini kerana, selepas Nabi saw. Berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda telah menyatukan dua kelompok Islam terbesar itu kaum Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansar sehinggakan Islam menjadi kuat dan digeruni. Malah disebabkan penyatuan itu juga, tamadun Islam akhirnya dapat menguasai dua pertiga dunia.

"Tohmahan mereka ini menggambarkan sikap mereka dan ini tidak baik. Alangkah bagusnya jika memandang kepada kebaikan. Saya berlapang dada. Jika Perdana Menteri minta tolong untuk meningkatkan martabat Islam, apa salahnya saya bantu. Sesiapa sahaja yang minta nasihat juga akan saya bantu," jelasnya lagi sebelum ini.

Kesimpulannya, Pas sepatutnya tidak menjadi isu keahlian Ustaz Kazim sekiranya benar-benar ingin melihat syiar terus berkembang. Ini kerana seperti yang telah dijelaskan, sekiranya Ustaz Kazim menerima pelawaan tersebut ia adalah bagi membantu meningkatkan lagi martabat Islam. Tambahan pula, parti itu tidak pernah mempedulikan agama itu, walaupun menyedari beliau masih merupakan ahli Pas.

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...