Followers

14/06/2013

Sinopsis Filem Tanda Putra Yang Cina Takut Sangat


TAHNIAH saya ucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu kerana memberikan lampu hijau untuk filem 'Tanda Putera' arahan pengarah hebat Datuk Shuhaimi Baba yang akan ditayangkan di pawagam mulai 29 Ogos 2013.

Saya berkesempatan menonton pra-tonton filem Tanda Putera itu hampir setahun lalu. Pada saya filem tersebut wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.

Ini kerana ia sebuah filem sejarah negara - filem kenegaraan. Memang ada yang menyatakan subjek sejarah adalah membosankan. Tetapi kebijaksanaan Shuhaimi mengolah kisah sejarah tersebut daripada sudut yang sangat menarik berjaya menghidupkan kisah sejarah yang dipaparkan!

Filem Tanda Putera sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail - bagaimana dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Negara yang baharu 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu, kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi cabaran yang dihadapi pada masa itu.

Dan cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Mereka menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik. Mereka tahu mereka berdepan dengan kematian pada bila-bila masa! Tetapi mereka mengetepikan masalah itu. Malah dirahsiakan daripada pengetahuan isteri dan anak-anak. Yang penting bagi mereka adalah masa depan agama, bangsa dan negara mesti diutamakan.

Keunikan filem ini adalah kejayaan Shuhaimi mengolah kisah dua tokoh negara ini dengan berlatarbelakangkan sejarah negara pada masa itu. Daripada peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menyebabkan pergaduhan antara orang Melayu dengan kaum Cina, kepada peristiwa banjir besar Kuala Lumpur 1971, kepada ancaman bersenjata komunis membawa kepada pembunuhan Allahyarham Tan Sri Abdul RahmanHashim (Ketua Polis Negara) dan Ketua Polis Perak mendiang Tan Sri Khoo Chong Khong pada 1974, pengeboman Tugu Negara dan beberapa peristiwa penting lain.

Semua peristiwa bersejarah negara ini berjaya diolah dengan begitu menarik, tanpa sedikit pun mengorbankan nilai seni dan dan fakta sejarah. Malah Shuhaimi begitu berhati-hati memastikan fakta sejarah langsung tidak diusik ketulenannya!

Persoalannya kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beria-ia menentang penayangan filem ini? Sebenarnya golongan ini tidak mahu rakyat, terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu.
Memang ramai anak muda dan belia masa kini tidak tahu sejarah sebenarnya. Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik yang diberi label demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Mereka tidak tahu cerita dulu bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si", 'Mampos Melayu'! Mereka tidak tahu bagaimana Raja-Raja Melayu dan institusi Melayu seperti MARA dan lain-lain dihina dan diperlekehkan! Mereka tidak tahu bagaimana hak istimewa Melayu-Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan dan cuba dihapuskan! Mereka tidak tahu bagaimana Malaysia ini dahulunya adalah negeri orang Melayu di bawah kuasa mutlak Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu!
Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu begitu tinggi sikap toleransi sanggup menerima dan memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang Cina dan India yang diimport oleh penjajah British ke Tanah Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana kemudiannya kaum cauvinis mendakwa orang Melayu bukan anak watan dan pribumi Negeri Persekutuan Tanah Melayu ini! Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu! Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan! Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

Mereka tidak tahu bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya dihina dan kemudian disimbah dengan cat merah! Mereka tidak tahu bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Kampung Baru; Mereka tidak tahu sejarah bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari; Mereka tidak tahu bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa di dalam kenderaan di sebatang jalan raya yang sibuk di Kuala Lumpur; Banyak perkara yang golongan muda dan belia, yang dikenali sebagai Gen-Y tidak tahu mengenai sejarah kaum cauvinis, rasis dan berotak komunis ini!
Dan kalau mereka tahu, sudah pasti mereka akan bangkit menentang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang kini bertopengkan kononnya perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang ditunjangi orang Melayu!

Dan semua peristiwa ini dirakam dan diolah dengan begitu baik oleh Shuhaimi dan dipaparkan di dalam filem Tanda Putera. Sebab itu teman cukup yakin kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini akan melakukan apa sahaja untuk memastikan filem ini tidak ditayangkan kepada umum. Mereka bukan sahaja mahu menghalang filem itu, tetapi mahu menutup kebenaran mengenai kurap dan sopak cauvinisme dan pelampau perkauman yang ada pada mereka yang dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

Filem ini juga akan menyedarkan kita bahawa apa yang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman gagal perolehi melalui politik perkauman sempit dan perjuangan bersenjata dahulu, kini mereka cuba memperoleh dengan memperdayakan rakyat melalui mainan politik idealisme berteraskan kononnya kepada perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi.

Sebenarnya mereka kekal serigala cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berselindung di sebalik bulu ayam! Topeng mereka wajib dibongkarkan; dan filem Tanda Putera berjaya menjadi pembuka tirai terhadap pembongkaran itu! Hari ini, kita mendengar semula laungan, maki hamun, caci nista yang sama seperti yang bergema pada 1969!

1. Mereka memperlekeh, menghina dan memaki hamun Raja-Raja Melayu;

2. Mereka mendesak hak sama rata dan dihapuskan hak istimewa orang Melayu seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 153;

3. Mereka mempertikai institusi pendidikan Melayu seperti UiTM dan mendesak institusi ini dibuka juga kepada mereka;

4. Mereka mendesak pendidikan aliran bahasa mereka diperkasakan walaupun tidak menurut sistem pendidikan kebangsaan;

5. Mereka memaki hamun institusi Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan negara seperti SPRM, KDRM dan lain-lain;

6. Siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan kedudukan Melayu-Islam akan dilabel sebagai ekstremis dan teroris; sebaliknya perjuangan mereka dilabel sebagai hak asasi dan kebebasan;

7. Begitu melampau dan biadapnya mereka sekarang, sehinggakan kedudukan Islam turut dipertikaikan; malah mereka mendesak kalimah Allah juga dibenarkan untuk non-Muslim gunakan;

Sebab itu siapa juga yang menonton filem Tanda Putera akan mendapati bahawa sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berlaku sejak peristiwa 13 Mei 1969 tidak berubah sehingga sekarang. Malah para aktor dan pelaku tersebut masih ada yang aktif sehingga ke hari ini!

Yang berubah hanyalah slogan dan retorik mereka; namun sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman masih menebal dalam jiwa mereka. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana mereka begitu menanti saat dan ketika di mana Malai-si akan berlaku; saat kerajaan dan pemerintahan yang ditunjangi orang Melayu mati dan terhapus daripada muka bumi ini.

Dan di ketika itu sudah nampak terbayang di depan mata mereka apabila ada segelintir Melayu yang bersedia menjadi keldai tunggangan bagi kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini!
Sebab itu teman cadangkan kepada Kerajaan supaya:

1. Membenarkan tayangan filem Tanda Putera di pawagam awam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak;

2. Mewajibkan penayangannya disemua sekolah menengah semua aliran;

3. Mewajibkan penayangannya di semua IPTA dan IPTS;

4. Mewajibkan penayangannya di semua PLKN;

5. Mewajibkan penayangannya di semua pusat pelajar Malaysia luar negara;

6. Mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menonton filem ini;

7. Mewajibkan semua kakitangan kerajaan, sama ada beruniform atau awam menonton filem ini;

8. Mewajibkan semua pengurusan dan kakitangan GLC menonton filem ini;

9. Mencetak filem Tanda Putera dalam bentuk cakera padat dan disebarkan secara percuma kepada seluruh rakyat tidak kira latarbelakang agama dan bangsa;

10. Menayangkan filem Tanda Putera di semua rangkaian televisyen dan Memuat-turun filem ini ke YouTube.

Selamat menonton filem Tanda Putera. Jangan lupa bawa anak isteri, kaum keluarga, adik beradik dan kawan-kawan sama menonton!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...