Followers

Showing posts with label pakatan. Show all posts
Showing posts with label pakatan. Show all posts

15/08/2015

Kongres Rakyat PAS Ganti #BERSIH 4.0

BERSIH 4.0 : Ahli diminta tunggu arahan parti.

PAS konsisten menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih bagi menjamin kelansungan sistem demokrasi dalam negara ini. Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihanraya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihanraya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.

Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorendum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.

Tunggu Arahan

PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak- anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini. Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar YB Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS dan Sdr Kamaruzaman Mohamad Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.

Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang - undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format Himpunan tersebut.

Kongres Rakyat

Insyaallah, bagi melunaskan maksud mendokong cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan Ngo, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.

Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan- rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta samada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta.

Sekian.
Oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

01/08/2015

Dana Berjuta Dollar Kepada Pakatan Rakyat

USAHA SEKUTU ISRAEL UNTUK PERALIHAN REGIM DI MALAYSIA DENGAN SALURAN DANA BERJUTA DOLLAR KEPADA PAKATAN RAKYAT

1. "Premesh Chandran, Ketua Pegawai Eksekutif media portal Malaysiakini, adalah penerima dana daripada Open Society Foundation yang dibiayai oleh seorang Yahudi, George Soros. Portal Malaysiakini telah ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak USD100,000 yang dibiayai oleh Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), satu lagi organisasi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat."

2. "Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya mempromosikan hak asasi manusia, mendapat kritikan hebat berkenaan dana pembiayaan dan struktur organisasinya. Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melaksanakan siasatan ke atas syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Suaram, yang telah digunakan sebagai saluran untuk menyalurkan dana daripada organisasi luar negara pro-Israel iaitu NED."

3. "Wartawan penyiasat bebas telah menemui beberapa surat yang telah ditulis oleh Anwar Ibrahim, dua daripadanya telah dihantar kepada Presiden NED, Karl Gershman, seorang Yahudi pro-Israel di Washington DC. Surat ketiga dihantar oleh Anwar kepada seorang lagi Yahudi iaitu George Soros untuk memohon kerjasama dalam firma yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen tersebut."


FOREIGN ATTEMPT FOR REGIME CHANGE IN MALAYSIA THROUGH CAMPAIGN FUNDING TO PAKATAN RAKYAT

1. "Premesh Chandran, the CEO of the nation's most prominent alternative media outlet, Malaysiakini, is a grantee of George Soros's Open Society Foundations and launched the news organization with a $100,000 grant from the Bangkok-based Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), another organization with dubious affiliations to the US State Department."

2. "Suaram, an NGO promoting human rights, has borne heavy criticism over its funding and organizational structure. The Companies Commission of Malaysia launched investigations into Suara Inisiatif Sdn Bhd, a private company linked to Suaram, and found it to be a conduit for money being used to channel funds from NED."

3. "Independent journalists have uncovered letters written by Anwar Ibrahim, two of which were sent to NED President Carl Gershman in Washington DC. A third letter was sent to George Soros, expressing interest in collaborating with an accountability firm headed by Ibrahim. Pakatan Rakyat's Communications Director, Nik Nazmi Nik Ahmad, verified the authenticity of the documents."

Source: http://www.globalresearch.ca

10/03/2015

Aksi Panas Ahli Parlimen Pakatan Depan Bangunan Parlimen

Botak kepala simbolik tuntut Anwar dibebaskan

15 orang penyokong Pakatan Rakyat termasuk 1 ADUN dan 2 Ahli Parlimen membotakkan kepala tanda menuntut pembebasan Ketuanya iaitu Anwar Ibrahim.
Lebih 15 orang membotakkan kepala mereka di depan bangunan Parlimen hari ini sebagai tanda bantahan terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antar yang terlibat dalam kempen itu termasuk  Jimmy Wong (Kota Kinabalu), Nik Maizan Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan  Lee Khai Loon (Machang Bubuk).

30/07/2014

Fakta Kekuatan Pakatan Rakyat Yang Perlu Diketahui

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR

18/05/2013

Aktivis Mahasiswa Ditahan

Siapa tak kenal dengan Adam Adli, nama yang cukup terkenal dikalangan mahasiswa yang pro pakatan pembangkang yang pernah menurunkan bendera  gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Disember tahun lepas. 

Adam Adli  hari ini ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan 1948.Adam Adli di tangkap polis di sekitar kawasan Bangsar pada pukul 3.15petang tadi dan dibawa ke Balai Polis Jinjang dan disahkan oleh Ketua Polis KL, Datuk Mohmad Salleh

Adam Adli yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya yang dianjurkan Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lepas.

Dalam forum itu , Adam Adli menyertai beberapa NGO Anti-Kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihanraya umum ke 13.

16/05/2013

Anwar Terus Membuli Rakyat


Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik. 

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular. 

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.

Lim Kit Siang Tuntut 5 Pekara Bodoh Dari kerajaan

Lim Kit Siang tidak akan duduk diam selagi lima pekara yang dituntutnya tidak dilayan walaupun dia telah menang di kerusi Gelang Patah. Apa lagi Kit Siang Mahu?

Perkara yang dituntut oleh Lim Kit Siang ialah:

1. Menuntut pilihan raya yang adil dan tidak memihak kepada sebelah pihak untuk menang. - mengikut Lim Kit Siang, pelbagai cara dan taktik kotor dilakukan pihak tertentu seperti melibatkan politik wang, menyebarkan cerita bohong atau fitnah dan menakut-nakutkan pengundi.

2.  Malayisa perlu menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem domokrasi. Setiap pengundi atau rakyat berhak menukar parti pilihan mereka. "Mereka juga berhak untuk menukar kerajaan pilihan mereka, selain setiap pilihan raya yang dilaksanakan tidak kiralah ia pilihan raya umun atau kecil perlu dilakukan secara aman" Lim Kit Siang.

3. Keluhuran perlembagaan yang ada perlulah dihormati bukannya pihak tertentu sahaj yang dikenakan tindakan undang-undang. (sesetengah golongan kenamaan terlepas daripada hukuman setelah melakukan kesalahan tertentu- lim kit siang)

4. Pendidikan negara perlu setaraf dengan negara luar yang mengamalkan sistem pendidikan betaraf antarabangsa bukannya dipandang di dalam negara sahaja. (negara luar tidak iktiraf ssitem pendidikan negara, terutama pendidikan tinggi- lim kit siang)

5. Negara ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan aman dan wujud budaya sihat persaingan termasuk dalam politik.

Wahai Lim Kit Siang, jangan lah nak perbodohkan 
Rakyat Malaysia ini.
Kalau tengok kesemua tuntutan ini nak tergelak pun ada. Lim Kit Siang ni macam pikir dengan kepala lutut jer, seolah-olah sebelum ni kerajaan tidak berlaku adil dalam mengamal demokrasi.
Sudah lah kit siang kalau dah kalah, kalah lahh....
Nik Aziz kata "Nak Kena Ludoh"

TOLAK ANWAR IBRAHIM!
TOLAK LIM KIT SIANG!
TOLAK DAP!
TOLAK PAKATAN RAKYAT!
TOLAK PAKATAN MEMBULI RAKYAT!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...