Followers

Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

30/08/2015

Tun Mahathir Hadir Himpunan Bersih


Sewaktu menjadi Perdana Menteri, sebagai Ketua Kerajaan, beliau Tun Mahathir Bin Mohamed menyekat semua salauran demokrasi.
Sejak tahun 1998 hingga beliau bersara, baik dari sudut kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun atau apa jua hak yang dijamin oleh Perlembagaan, semuanya beliau nafikan.
Mana mana individu yang cuba menentang beliau, individu tersebut akan di ugut dan akan disumbat dalam tahanan ISA.

Malangnya, sejak Anwar terpenjara kali kedua, kita bukan hanya berhadapan dengan PKR, DAP dan PAS yang berusaha menjatuhkan Barisan Nasional, tetapi termasuklah Tun Mahathir. Ini menyebabkan kita terpaksa menjawab segala kecaman dan fitnah dari Mahathir. Seperti biasa, bila kita menjawab Mahathir, semua juak dan kuncu Mahathir akan menyerang kita bertubi-tubi kerana mereka menganggap Mahathir ini terlalu maksum dan sempurna.

Namun hari ini diucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir. Kenyataan beliau di Pasir Gudang menyokong demonstrasi bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak membuka mata dan pemikiran pentaksub beliau yang mula sedar bertapa terdesaknya Mahathir hingga menyeru rakyat bangkit mengulingkan PM Najib sepertimana Marcos digulingkan di Filipina. Lebih mengembirakan lagi hari ini bila Tun Mahathir buat satu tindakan yang paling bodoh dalam hidupnya iaitu dengan menyertai perhimpunan Bersih 4, Maghrib tadi (29 Ogos) Segala apa yang beliau ludah selama ini telah beliau jilat balik.

Sedarkah Mahathir bahawa perhimpuan tersebut kini ditunjangi DAP dan bertujuan untuk mengulingkan kerajaan Melayu?
Bersih 1, yang hadir 80% Melayu, 20% Cina. Bersih 2, 60% Melayu dan Cina 40%.
Bersih 3, 50% Melayu dan 50% Cina.

Perhimpunan Bersih 4 hari ini cuma tinggal 10% Melayu dan India, manakala 90% lagi Cina. Apakah tujuan Mahathir memberikan nyawa kepada Cina DAP untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional?

Yakinlah apa yang berlaku hari ini akan membuka otak pentaksub Tun Mahathir untuk menjadi lebih rasional dan sedar sikap sebenar Tun Mahathir. Kalian mempunyai 2 pilihan sekarang, terus diperbodohkan dan menjayakan agenda Mahathir untuk mengulingkan Najib. Atau, berhenti membiarkan diri anda diperalat oleh Mahathir yang akhirnya menguntungkan DAP.
Buatlah keputusan sebelum nasi menjadi bubur. Takkan nak biarkan diri kita jadi alat menjayakan agenda Cina DAP?

15/08/2015

Kongres Rakyat PAS Ganti #BERSIH 4.0

BERSIH 4.0 : Ahli diminta tunggu arahan parti.

PAS konsisten menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih bagi menjamin kelansungan sistem demokrasi dalam negara ini. Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihanraya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihanraya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.

Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorendum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.

Tunggu Arahan

PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak- anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini. Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar YB Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS dan Sdr Kamaruzaman Mohamad Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.

Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang - undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format Himpunan tersebut.

Kongres Rakyat

Insyaallah, bagi melunaskan maksud mendokong cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan Ngo, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.

Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan- rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta samada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta.

Sekian.
Oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

04/08/2015

Sumbangan Dana Untuk Parti Politik

Image result for duit

KENAPA AKAUN PM DAN BUKAN AKAUN PARTI

1. Menerima sumbangan untk dana politik tidak salah d sisi undang undang negara ini. Cadangan SPRM untuk wujudkan undang2 istihar sumbangan kepada parti politik telah ditolak oleh DAP walaupun UMNO setuju. Yang salah nya kalau penyumbang dapat balasan saperti projek atau peluang perniagaan dari kerajaan. Dalam isu ini, penyumbang tidak berminat untuk dapat apa-apa balasan. Mereka hanya mahu pastikan agar kerajaan Islam Melayu/Bumiputra boleh dipertahan sekaligus dapat mengekang aktiviti ISIS dan militan.

2. Syarat penyumbang dari Timur Tengah tersebut hanya mahu sumbang melalui PM secara persendirian kerana tidak mahu identiti penyumbang diketahui umum. Maka akaun peribadi dibuka khas untuk tujuan penyaluran dana aktiviti parti dan pilihanraya, kemudiannya ditutup selepas itu.

3. Kalau dimasukkan ke dalam akaun amanah sudah pasti identiti penyumbang akan terdedah dan diketahui umum, ini tidak dipersetujui oleh penyumbang.

4. Dlm isu ini, PM tidak melaku apa apa kesalahan disisi undang undang.

FAKTA TAMBAHAN

1. Selama ini DAP, PKR & PAS memang menerima ratusan juta malah billion ringgit sumbangan dana politik, tapi oleh kerana undang-undang negara ini tidak memerlukan ianya diistihar dan juga tidak perlu maklum sumber atau penyumbang nya, maka ianya tidak diketahui umum dan tidak menjadi isu.

2. Maka bila UMNO menerima sumbangan dana politik, tidak ada sebab ianya perlu dihebah kepada umum. Tapi malangnya, ada org dalam saperti bekas pemimpin yg telah mendedahkan perkara ini kpd pengetahuan umum. Lebih malang lagi pendedahan tersebut dibuat secara 'half truth' (separuh benar) yg menyebabkan pelbagai tafsiran sehingga menjadi isu negatif yg besar terhadap UMNO dan pemimpinnya. Sgt tidak beretika untk bekas pemimpin tersebut mendedahkan rahsia parti.

3.  Adakah mungkin antara sumber derma kpd  DAP berkait dgn CIA, Isreal (Yahudi) atau lain lain yg boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap DAP?Mungkin ini lah sebabnya DAP menolak sekeras kerasnya untk gubal akta tersebut.

Wallahuallam

Wang Zakat Di Agihkan memalui Ketua Cabang PKR

Image result for zakat selangor
Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) membuat laporan polis berhubung laporan media yang mendakwa Kerajaan Selangor mengagihkan dana zakat bernilai RM5 juta di seluruh negara melalui ketua-ketua cabang PKR tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) 

Ahli Jawatankuasa ARAS, Nasiruddin Mohamed berkata, agihan zakat itu menimbulkan keraguan dan kegusaran dari segi keabsahan senarai penerima iaitu adakah mereka yang menerima zakat itu merupakan golongan asnaf yang benar-benar layak.

“Peranan dan fungsi lembaga zakat negeri dan institusi awam berkenaan diketepikan kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri dilaporkan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pengagihan ini dibuat “Kemungkinan, demi mencapai matlamat politik sesetengah individu dan kepentingan kepartian sempit, wujud elemen salah guna dan penyelewengan dana awam serta salah laku lain, bertentangan dengan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik merangkumi ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti,” katanya ketika dihubungi FMT. 

Laporan polis dibuat di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Rabu. Ahli PKR itu berkata, pihaknya khuatir pengagihan zakat tanpa melalui pihak berwajib melanggar prosedur dan tatacara pengagihan yang ditetapkan mengikut hukum syarak. “Mewakili rakyat Selangor yang menolak kebobrokan dan kejelekan seumpama ini daripada terus meracuni pentadbiran negeri, saya mohon agar Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berwajib yang lain segera menjalankan siasatan menyeluruh tanpa rasa takut atau pilih kasih,” ujarnya. 

FMT pada 23 Julai lalu melaporkan Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata cara kerajaan Selangor agih zakat RM5 juta meragukan kerana tidak melalui LZS. LZS juga mengesahkan pihaknya tidak dimaklumkan tetapi meminta kerajaan negeri atau anak syarikat yang terbabit supaya menghantar laporan penuh. 

Agihan zakat sebanyak RM5 juta oleh kerajaan Selangor itu diketahui umum selepas majlis penyerahkan bantuan zakat itu diadakan Pahang.

SUMBER

25/02/2015

Majlis Tertinggi UMNO Sahkan Tidak Bertanding Di DUN Chempaka


Kerusi DUN Chempaka, Kelantan MT UMNO memutuskan tidak akan bertanding. Namun tidak boleh menghalang calon lain bertanding.
Presiden UMNO YAB Datuk Sri Najib Razak memberi tahu ada beberapa sebab kukuh mengapa UMNO tidak meletakkan calonnya.
Antaranya:
1. Memberi tumpuan kepada usaha pemulihan banjir dan kerja kerja bantuan.
2. Dalam usaha ke arah perpaduan ummah walaupun ada perbezaan politik.
3. Ambil kira pendapat Badan perhubungan UMNO Kelantan dan Bahagian Pengkalan Chepa.

Pengumuman ini di buat dalam sidang media sebaik sahaja tamat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dibuat secara tertutup.

Untuk rekod, Kerusi DUN Chempaka, terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan berlaku kekosongan kerana kematian penyandangnya (PAS) Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Semoga usaha UMNO ini membawa kepada perpaduan. TAKBIR!!!

13/02/2015

Nik Aziz Nik Mat Masuk UMNO Jadi Guru Agama KEMAS

Al-Fatihah, Nik Aziz Nik Mat


Selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orang ramai panggil beliau untuk memberi kuliah. 

Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam KEMAS sebagai Guru Agama.

Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadikan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim. 

Cuba pergi Kelantan dan siasat!

Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas KEMAS. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru Agama KEMAS, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta KEMAS dan menjadi seorang ahli PAS.

11/11/2014

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Sertai Kursus Anjuran Biro Tatanegara?


Bosan dengan tohmahan pembangkang kononnya Biro Tata Negara (BTN) menganjurkan kursus berunsurkan perkauman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semalam mencabar Ahli Parlimen Pas dan DAP menghadiri kursus berkenaan.

Menurut Razali, sehingga kini, kursus BTN sudah dihadiri lebih sejuta peserta dan agak mustahil untuk menyembunyikan tuduhan itu jika benar ianya wujud dalam kursus anjuran kerajaan itu.

“Kita buat kursus yang melibatkan hampir satu juta orang pada 2013...boleh sembunyikan rahsiakah hendak latih setuja orang ini?

“Zaman sekarang mana boleh sembunyi (kandungan kursus), program tengah jalan orang sudah boleh tweet,” katanya menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2015 Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di sini, malam semalam.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah apabila Ahli Parlimen Sepang-Pas, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Beruas-DAP, Ngeh Koo Ham mencelah penggulungan Razali dengan mendakwa mereka menerima aduan mengatakan kursus BTN menyerapkan sentimen perkauman.

Razali kemudian mencabar mereka mengemukakan bukti tetapi Ngeh pula meminta timbalan menteri itu memberikan silibus kursus anjuran BTN.

Bagaimanapun timbalan menteri itu menempelak ahli-ahli parlimen pembangkang yang kerap memutar belit penjelasan kerajaan dengan menyatakan sebaliknya di luar Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Razali menegaskan seseorang itu akan bersikap perkauman tanpa perlu menghadiri kursus BTN.

Beliau memberi contoh seperti mana yang dilakukan Ahli Parlimen Seputeh-DAP, Teresa Kok sebelum ini yang dengan sengaja menerbitkan video satira Tahun Baharu Cina.

“Seputeh tidak perlu pergi ke BTN tetapi boleh buat video perkauman,” katanya.

SUMBER

02/08/2014

Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad MahaFiraun?

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenar?

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti......

Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel.

Tun Dr Mahathir Mohamad....

1.Dialah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

30/07/2014

Fakta Kekuatan Pakatan Rakyat Yang Perlu Diketahui

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR

24/03/2014

Kajang Move Gagal Jika Wan Azizah Tidak Jadi MB

‘Kajang Move’ atau Gerakan Kajang adalah satu perancangan untuk meletakkan Anwar di tempat yang lebih signifikan di dalam politik, iaitu dengan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor.   

Mengikut perkiraan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, gerakan ini akan membuka peluang yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya yang akan datang. Memandangkan Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah, maka Wan Azizah dipersiapkan sebagai boneka pengganti bagi perancangan ini. 

Pendek kata, perancangan tetap tidak berubah tetapi diteruskan dengan Anwar bergerak di belakang tabir. 

Sejauh mana sekutu PKR bersetuju dengan gerakan ini sukar untuk dipastikan.  Apa yang pasti, Wan Azizah tidak mendapat sokongan kuat sepertimana yang diharapkan PKR.  Kemerosotan undi Wan Azizah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang, benar-benar memalukan PKR.  Nampaknya, penyokong PR di  Kajang lebih mempercayai seorang yang merupakan ‘nobody’ daripada Presdien parti sendiri. 

Ketidakyakinan rakyat terhadap Wan Azizah bukannya tidak berasas.   Selama ini Wan Azizah diketahui sebagai boneka Anwar semata-mata dan tidak tahu berbuat apa-apa.   Malah, Wan Azizah sendiri, tanpa berselindung mengakui, tidak tahu bagaimana untuk menangani kemelut antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali, yang mana merupakan masalah utama PKR Selangor sedangkan beliau adalah Presiden parti. 

Ketika ‘disuruh’ bertanding di Kajang juga, Wan Azizah mengaku tidak tahu menahu mengenainya dan agak keberatan untuk kembali aktif berpolitik. 

Bayangkan, apa jenis Presiden yang tidak tahu apa-apa dan boleh disuruh-suruh?  Bagaimana Wan Azizah boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor, jika begini sikapnya? 

Selangor adalah negeri yang paling ‘penting’ dalam Malaysia, sekali gus menjadikan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan negeri jauh lebih sukar berbanding negeri lain.   Hampir semua isu penting dalam negara datangnya dari Selangor. 

Selangor hari ini berhadapan dengan begitu banyak masalah, antaranya, masalah air, denggi, jalan yang tidak diselenggara, pusat hiburan yang tumbuh tanpa kawalan, masalah moral anak muda, masalah murtad, isu kalimah ‘Allah’, isu harga hartanah yang melambung tinggi, isu jurang ekonomi antara kaum yang semakin luas serta isu perkauman. 

Bagaimana Wan Azizah dapat menyelesaikan isu ini yang mana Khalid Ibrahim juga tidak mampu?  Apakah cukup dengan hanya menyalahkan BN atau UMNO?

Ini belum lagi diambilkira pengurusan kewangan Selangor yang pastinya memerlukan pengetahuan ekonomi serta ketegasan yang tinggi untuk menangani persepsi atau mungkin juga hakikat bahawa Selangor kini dikuasai kontraktor dan peniaga DAP. 

Apakah Wan Azizah mampu melakukan semua ini dalam keadaan di mana suaminya berhadapan dengan penjara dan anaknya pula mempunyai masalah rumahtangga? 

Selama Wan Azizah terlibat dalam politik, satu-satunya kebolehannya yang harus diakui oleh setiap rakyat Malaysia ialah bakat lakonannya.  Beliau mudah mengalirkan air mata dan meraih simpati.   Itu saja.  Lebih dari itu, Wan Azizah sama saja seperti mana-mana surirumah yang tidak bekerja. 

Justeru, ‘Kajang Move’ dengan watak yang bertukar dari Anwar kepada Wan Azizah merupakan satu strategi yang bakal merugikan rakyat Selangor sendiri.   

Walaupun hakikatnya Anwar di belakang Wan Azizah sekiranya Wan Azizah menjadi Menteri Besar, ia tetap Wan Azizah yang perlu menghadiri semua program rasmi negeri serta mempengurusikan mesyuarat, bukan Anwar.  Wan Azizah juga yang perlu menandatangani sebarang dokumen rasmi dan berjumpa dengan delegasi tetamu negeri, bukan Anwar.  Wan Azizah yang perlu ke pejabat setiap hari, bukan Anwar. 

Mampukah Wan Azizah melakukan semua ini?  Apakah Wan Azizah akan berjaya menepis kerakusan politik orang-orang di sekelilingnya di dalam PKR sendiri?    Apakah Wan Azizah mampu menangani kelicikan DAP atau kebebalan PAS? 

Walaupun semua rakyat Selangor sedia maklum bahawa jawapan kepada semua persolan ini adalah ‘tidak’, tetapi melihat dari kemenangan Wan Azizah di Kajang, kita tidak mampu mengharapkan tindakan yang rasional dari PR.  Sesungguhnya, penyokong PR tidak peduli biar pun pemimpin mereka tiada berkredibiliti. 

Contohnya, jika diletakkan Wan Azizah dengan Tun Daim sebagai pilihan Perdana Menteri pun, mereka akan tetap memilih Wan Azizah. 

Kata orang, manusia sentiasa mendapat apa yang selayaknya untuk dirinya.  Jika rakyat Selangor layak mendapat MB yang tidak berfungsi, maka Allah SWT akan meletakkan Wan Azizahlah sebagai MB mereka. 

Namun, jika Wan Azizah gagal menjadi MB, maka gagallah sepenuhnya ‘Kajang Move’ ini. 


12/03/2014

Wan Azizah Tersinggung Dengan Gelaran Boneka

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail ‘tersinggung’ dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menggelarnya sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidan terjun di pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah semalam dilaporkan berkata, Khairy sepatutnya menghormati orang yang lebih tua yang kononnya telah tertindas.

“Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy) dah diberikan ganjaran yang baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada sedikit hormat terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita” katanya di dalam ceramah di Taman Koperas Cuepacs, Kajang semalam.

Namun persoalannya ialah, sekiranya faktor umur perlu dijadikan sebagai hujah mengapa Wan Azizah tidak pernah mempertikaikan tindakan ‘anak-anak’ buahnya sebelum ini. Sedangkan sebelum ini majoriti ‘pimpinan jadian’ kelahiran PKR yang rata-rata masih muda sering mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar.

Malah mereka juga sebelum ini sering melabelkan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai gelaran. Mengapa semua itu tidak diambil kira?

Mungkin Wan Azizah beranggapan, apabila pimpinan muda PKR mengutuk dan menghina ‘orang tua’ di dalam BN ia dibenarkan dan tidak menjadi isu. Tetapi apabila ia melibatkan pembangkang ia dimaafkan.

Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, menyifatkan Azizah sebagai ‘boneka’ dalam permainan politik yang dicipta partinya.

Atas sebab itu, beliau menyeru agar pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan permainan dan politik murahan pakatan dalam menagih ‘undi simpati’ dalam pilihnaraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

Sedangkan apabila diteliti, kenyataan Khairy ini ada asasnya. Pilihanraya kecil Kajang ini terpaksa diadakan apabila Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding.

Malah perkara itu turut diakui oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang menegaskan ia adalah merupakan sebagai daripada startegik #LangkahKajang yang diambil oleh parti itu bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Ia juga bagi membolehkan Anwar menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum dilihat lemah dalam mengurus pentadbiran negeri. Tambah memburukan keadaan apabila, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sering menjadi Khalid sebagai ‘punching bag’ kerana dirasakan menjadi penghalangnya untuk menguasai pentadbiran negeri.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Atas sebab itu juga, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding yang akhirnya menyebabkan Wan Azizah dipilih untuk menjadi calon bidan terjun.


04/03/2014

Anwar Semakin Pening Perang Azmin vs Khalid

Isu ‘perang dalaman’ yang melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya semakin memeningkan kepala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Walaupun dia sebelum ini dikatakan mampu menyelesaikan konflik tersebut, namun perkembangan terkini isu tersebut nampaknya semakin sulit untuk ditangani. Malah Ketua Strategi parti itu, Rafizi Ramli sebelum ini turut mengakui antara sebab utama mantan Adun Kajang meletakan jawatan adalah bagi membolehkan Anwar bertanding sekali gus menyelesaikan konflik tersebut.

Melalui pendedahan yang dilakukan sebelum ini, masalah dalaman yang melibatkan parti itu bukanlah perkara baru. Ia sebenarnya telah bermula sejak awal tahun lalu dan berterusan sehingga kini.

Isu ini bermula apabila Khalid dikatakan pro kepada kumpulan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala Azmin dilihat tetap berdiri teguh di belakang Anwar. Bermula dengan episod sindir menyindir, perbalahan antara keduanya semakin berlarutan apabila keduanya saling ‘membogelkan’ dan menghentamkan secara terbuka antara satu sama lain.

Pelbagai kritikan pedas turut dilemparkan oleh Azmin sehinggakan Khalid dilihat lemah dan tidak cekap mengurus dan mentadbir negeri Selangor. Namun dengan sokongan kuat yang diberikan oleh Azizah, Khalid bingkas bangun dan membalas kembali serangan Azmin yang akhirnya menyebabkan Adun Bukit Antarabangsa itu dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.

Tidak cukup dengan itu, Khalid turut meminta agar beliau dilantik sebagai Pengarah pilihanraya PKR bagi PRK Kajang. Sedangkan sekiranya mengikut amalan biasa, jawatan tersebut sepatutnya di sandang oleh Azmin yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Selangor.

Terbaru, Khalid turut mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini.

Ekoran perbalahan yang semakin memuncak itu, Anwar terpaksa mengambil jalan selamat dengan menyokong kedua-dua kumpulan bagi mengelakkan para penyokong mereka memboikot kempennya di Kajang.

Malah portal pro-pembangkang turut mengambil pendekatan menyiarkan berita kononnya Azmin dan Khalid telah bersetuju untuk melakukan ‘gencatan senjata’ sehingga PRK Kajang selesai.

Pemilihan PKR yang akan diadakan ini, bakal menyaksikan pertembungan hebat antara dua kumpulan ini apabila masing-masing turut membawa calon pilihan mereka untuk bersaing merebut semua jawatan tertinggi parti.

Menurut sumber, Khalid dipercayai akan bergandingan dengan Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Naib Presiden dan Adun Baru Tiga. Bagi jawatan Ketua Wanita pula, kumpulan Khalid akan bergandingan dengan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sebagai Timbalan Ketua Wanita.

Bagi kumpulan Azmin pula, dia dikatakan akan menyokong ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin bertanding jawatan naib presiden. Shamsul yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda PKR Pusat dikatakan akan mengosongkan jawatan tersebut bagi membolehkan lebih ramai penyokong Azmin diserapkan di dalam jawatan tertinggi parti.

Untuk kerusi Ketua Wanita PKR pula, Azmin dikatakan akan memberikan sokongan penuh terhadap ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan penyandang bagi jawatan tersebut.

Seterusnya bagi jawatan Ketua AMK pula, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari akan bergandingan dengan Adun Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin sebagai Timbalan Ketua AMK dilihat sebagai calon pilihan Azmin.

Kesimpulannya pemilihan PKR pada kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara dua kumpulan yang saling tamak dan dahagakan kuasa. Walaupun secara dasarnya PKR akan mendakwa pemilihan pada kali ini adalah merupakan sebahagian dari proses demokrasi parti, namun pada hakikatnya graf sokongan Anwar semakin kian menyusut.

Apa yang jelas, Anwar semakin hilang cengkaman pengaruhnya terhadap parti yang diasaskannya ini.


03/03/2014

Khalid Terpaksa Lawan Timbalan Presiden Untuk terus Berkuasa?

Kononnya ingin memberikan tumpuan terhadap pilihanraya kecil Kajang (PRK Kajang), Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali enggan mengulas isu berkaitan pemilihan PKR yang akan bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.

"Saya belum buat keputusan (bertanding dalam pemilihan parti), saya mahu fokus di Kajang.

"Tetapi saya ingin menegaskan fokus hari ini ialah memastikan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar menang bergaya di Kajang," katanya semalam.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengejutkan banyak pihak bila mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, April ini.

Khalid dikatakan mahu berhadapan dengan Azmin yang merupakan penyandang jawatan itu di peringkat parti serta menjadi pengerusi PKR negeri dan yakin akan mampu mengalahkan Azmin dalam perebutan jawatan tersebut.

“Semua pendekar masuk gelanggang, kalau rasa tidak menang, tak masuk. Saya ada kelebihan dari segi track record dalam semua bidang, saya juga jujur dan sangat berdedikasi. Yang lebih penting ialah saya bekerja untuk agenda reformasi dan saya tidak ada agenda peribadi,” katanya lagi kepada pemberita.

Namun kenyataan Khalid itu dibidas oleh ahli parlimen PKR dari Kuala Langat, Abdullah Sani yang jelas tidak bersetuju dengan alasan yang diberikannya itu.

Ujar Abdullah, seseorang pemimpin serta pentadbir yang baik tidak akan membelakangkan parti selain mengutamakan kepentingan rakyat.

"Track record Azmin jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan Khalid. Track record Azmin Ali sebagai pentadbir selama 15 tahun ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kewangan," katanya.

Katanya, rekod Khalid sebelum menunjukkan ADUN Perlabuhan Klang itu telah beberapa kali membelakangkan parti dan terbaru beliau bertindak menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) berhubung isu air dengan Putrajaya, tanpa memaklumkan hal itu kepada parti.

"Persetujuan dengan Syabas (menjadikan) 37 peratus (tarif) air akan dinaikkan pada 2014. Macam mana dia kata dia 'good administrator’? “soalnya. 

Khalid sebelum ini dikritik pemimpin PKR bersabit tindakannya itu.

Isu bertanding ini timbul, apabila Khalid dan Azmin dilihat saling ‘tikam-menikam’ antara satu sama lain dan pertikaian antara mereka dilihat semakin meruncing sejak lewat tahun lalu. 

Azmin menjadi timbalan presiden PKR sejak tahun 2010 dan tidak lama kemudian menjadi  Pengerusi PKR Selangor, menggantikan Khalid. 

Beliau sering menegur Khalid kerana tidak melaksanakan dasar-dasar parti dalam menguruskan kerajaan negeri. 

Pertikaian berpanjangan itu dikatakan membawa kepada keputusan PKR untuk “memaksa” pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai keadah meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid. 

Menurut sumber, Khalid enggan meletak jawatan sebagai MB secara sukarela, malah mahu menguatkan kedudukannya di dalam PKR, justeru mengambil keputusan untuk melawan Azmin bagi jawatan No. 2 parti. 

“Jika Khalid berundur atau dipaksa berundur sebagai MB, pemilihan PKR adalah  satu-satu opsyen yang tinggal kepada Khalid untuk memastikan beliau masih relevan kepada PKR,” kata sumber itu lagi.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...