Followers

Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

30/08/2015

Tun Mahathir Hadir Himpunan Bersih


Sewaktu menjadi Perdana Menteri, sebagai Ketua Kerajaan, beliau Tun Mahathir Bin Mohamed menyekat semua salauran demokrasi.
Sejak tahun 1998 hingga beliau bersara, baik dari sudut kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun atau apa jua hak yang dijamin oleh Perlembagaan, semuanya beliau nafikan.
Mana mana individu yang cuba menentang beliau, individu tersebut akan di ugut dan akan disumbat dalam tahanan ISA.

Malangnya, sejak Anwar terpenjara kali kedua, kita bukan hanya berhadapan dengan PKR, DAP dan PAS yang berusaha menjatuhkan Barisan Nasional, tetapi termasuklah Tun Mahathir. Ini menyebabkan kita terpaksa menjawab segala kecaman dan fitnah dari Mahathir. Seperti biasa, bila kita menjawab Mahathir, semua juak dan kuncu Mahathir akan menyerang kita bertubi-tubi kerana mereka menganggap Mahathir ini terlalu maksum dan sempurna.

Namun hari ini diucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir. Kenyataan beliau di Pasir Gudang menyokong demonstrasi bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak membuka mata dan pemikiran pentaksub beliau yang mula sedar bertapa terdesaknya Mahathir hingga menyeru rakyat bangkit mengulingkan PM Najib sepertimana Marcos digulingkan di Filipina. Lebih mengembirakan lagi hari ini bila Tun Mahathir buat satu tindakan yang paling bodoh dalam hidupnya iaitu dengan menyertai perhimpunan Bersih 4, Maghrib tadi (29 Ogos) Segala apa yang beliau ludah selama ini telah beliau jilat balik.

Sedarkah Mahathir bahawa perhimpuan tersebut kini ditunjangi DAP dan bertujuan untuk mengulingkan kerajaan Melayu?
Bersih 1, yang hadir 80% Melayu, 20% Cina. Bersih 2, 60% Melayu dan Cina 40%.
Bersih 3, 50% Melayu dan 50% Cina.

Perhimpunan Bersih 4 hari ini cuma tinggal 10% Melayu dan India, manakala 90% lagi Cina. Apakah tujuan Mahathir memberikan nyawa kepada Cina DAP untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional?

Yakinlah apa yang berlaku hari ini akan membuka otak pentaksub Tun Mahathir untuk menjadi lebih rasional dan sedar sikap sebenar Tun Mahathir. Kalian mempunyai 2 pilihan sekarang, terus diperbodohkan dan menjayakan agenda Mahathir untuk mengulingkan Najib. Atau, berhenti membiarkan diri anda diperalat oleh Mahathir yang akhirnya menguntungkan DAP.
Buatlah keputusan sebelum nasi menjadi bubur. Takkan nak biarkan diri kita jadi alat menjayakan agenda Cina DAP?

25/08/2015

Cerita Sebenar Unit Amal PAS Di Minta Berkawal Untuk Kerja Maksiat

Cerita pasal BERSIH 4.0. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau telah diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata.

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0. Dlm BERSIH 1~3, PAS merupakan penganjur bersama. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan namun penganjur tetap mengingkari segala syarat tersebut.

Pada BERSIH 4 yang akan diadakan kali ini PAS telah ditolak awal-awal drp menjadi penganjur bersama kerana mereka telah ada GHB iaitu golongan yg kecewa selepas kalah dlm Muktamar PAS yg lalu. Selain drp itu dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu-birukan keselamatan dan keamanan negara.

PAS yg telah ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta utk mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama iaitu Unit Amal utk turun seramai mungkin. Tindakan ini seolah2 menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini hanya mahu meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Cukup2lah selama ini mereka memperkudakan PAS dlm siri demonstrasi haram BERSIH 1~3!

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka penganjur BERSIH pula nak memerintah.Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di Dataran Merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli Amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah.

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama ini nak dibuat drp 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36 jam.. Tiada aktiviti khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36 jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas utk perempuan dan lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..Sudah tentu mereka yg hadir lebih berseronok kpd perkara2 yg maksiat dan melalaikan. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (NGO lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit Amal menjadi budak suruhan lagi untuk kerja-kerja maksiat mereka..Beliau mengingatkan seluruh ahli dan keluarga agar menjauhi perhimpunan BERSIH 4 itu kerana penganjur mempunyai agenda yg amat tidak baik disebaliknya.

Ayuh jauhi BERSIH 4!!!!!

15/08/2015

Kongres Rakyat PAS Ganti #BERSIH 4.0

BERSIH 4.0 : Ahli diminta tunggu arahan parti.

PAS konsisten menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih bagi menjamin kelansungan sistem demokrasi dalam negara ini. Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihanraya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihanraya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.

Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorendum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.

Tunggu Arahan

PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak- anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini. Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar YB Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS dan Sdr Kamaruzaman Mohamad Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.

Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang - undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format Himpunan tersebut.

Kongres Rakyat

Insyaallah, bagi melunaskan maksud mendokong cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan Ngo, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.

Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan- rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta samada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta.

Sekian.
Oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

16/08/2013

Ambiga BERSIHkan Pemilihan Semula CEC DAP

Akhirnya DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sepertimana yang diarahkan oleh ROS.  Keputusan ini agak mengejutkan memandangkan Mesyuarat Tergempar parti itu Isnin lalu baru sahaja memutuskan bahawa pemilihan semula bukanlah satu opsyen.   Dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut, Lim Guan Eng telah mempamerkan sikap kiasu-bodoh dengan memberi syarat pula kepada ROS agar mengemukakan fakta tentang kenapa pemilihan semula perlu diadakan. 

Akibatnya, tindakan Guan Eng untuk terus menerus berdolak dalih menyebabkan kredibiliti beliau dan juga DAP hancur lebur.  Beliau yang sebelum ini dikecam kerana tidak tahu mengira, diejek pula sebagai pengecut.  Keengganan beliau mengadakan pemilihan semula membuktikan bahawa Guan Eng seorang rasis dan penipu apabila dengan sengaja menafikan hak wakil India untuk memilih. 

Mungkin menyedari keadaan semakin buruk bagi DAP, maka parti itu bermesyuarat sekali lagi semalam dan memutuskan untuk akur dengan arahan ROS. 

Memandangkan DAP telah pun mempunyai rekod menipu yang cukup ‘mengagumkan’, maka kita wajar menerima keputusan DAP dengan dengan penuh hati-hati.   

Justeru, kita menunggu Ambiga yang amat ‘obses’ dengan ‘kebersihan sistem pengundian’, untuk menggerakkan BERSIH sebagai pemantau bagi pemilihan semula CEC DAP.   Kita tidak mahu DAP sekali lagi membelakangkan wakil-wakil dari kaum Ambiga sendiri dalam menjalankan hak mereka sebagai ahli parti.   

Malangnya, Ambiga nampaknya langsung tidak prihatin dengan nasib kaumnya yang dipinggirkan oleh DAP melalui pemilihan parti paling kotor dalam sejarah.   Mungkin Ambiga tidak lagi mempunyai semangat keIndiaan yang tinggi kerana turut percaya kepada kesamarataan total yang membawa erti Ketuanan Cina di Malaysia.   

Jelaslah Ambiga sendiri begitu kotor kerana hanya berminat untuk ‘mencari fasal’ dengan kerajaan, dan bukannya berminat untuk membersihkan apa-apa. 

Kaum India dan juga Melayu di dalam DAP tidak wajar memberi peluang kepada pemimpin mereka memijak dan memperbodohkan mereka sekali lagi.  Mereka perlu memikirkan sesuatu bagi memastikan pemilihan semula ini dijalankan dengan bersih dan supaya tiada siapapun yang dinafikan hak untuk memilih. 

Selain itu, mereka juga perlu memastikan komputer berada dalam keadaan baik dan para pengendalinya benar-benar tahu menggunakannya.  Kita tidak mahu ada lagi alasan komputer tersalah kira atau petugas tidak tahu mengira. 

Namun, kita sedia maklum bahawa untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan adil, kaum India dan Melayu di dalam DAP memerlukan lebih daripada pemantau dan sistem pemantau.   Apabila berhadapan dengan kepimpinan yang samseng seperti Guan Eng, ahli-ahli DAP memerlukan kekuatan untuk menahan ‘kilasan tangan’ dan juga kekuatan untuk ‘menolak tawaran’.   

Ingatlah bahawa Guan Eng telah terkenal sebagai seorang penipu dan seorang penipu yang tidak pernah mengaku menipu hanya akan membesarkan lagi penipuannya.    Ertinya, bagi menutup penipuan dalam pemilihan CEC yang lalu, Guan Eng perlu memastikan keputusan pengundian semula tidak jauh berbeza dengan sebelumnya. 

Oleh itu, jika Guan Eng boleh menetapkan keputusan bagi pemilihan lalu, apakah jaminan yang beliau tidak menetapkan keputusan bagi pemilihan semula juga?   Bayangkan sajalah apa yang seorang samseng merangkap penipu sanggup lakukan untuk menjustifikasi penipuannya…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...